Seperti biasa, waktu saya baru nak ke tempat kerja (tengah panaskan enjin kereta time tu), saya layankan aje topik borak di HotFM. Memang pagi-pagi saya akan bukak HotFM dan dengar apa topik diorang untuk hari tu. Kat rumah pun, bukak TV8 kuat-kuat, pastu dengar la celoteh Fara, FBI ngn AG sambil kemas tempat tido, gosok baju, sidai baju, lipat baju, ape-ape aje la! Er, ok, kembali ke topik asal. Hehe. Topik yang saya dengar hari tu agak menarik bagi saya - Pemandu Wanita Berbahaya.
'KUALA LUMPUR 28 Mac - Sidang Dewan Rakyat hari ini 'hangat' apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekaligus boleh mengundang kemalangan.
Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.
Malah, ujarnya, pemandu terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.'
Saya dah macam, 'Apekah??'. Secara peribadi, saya kurang bersetuju dengan kenyataan tu. Bagi saya, berbahaya atau tak, bukan terletak pada jantina, tapi pada pemanduan seseorang tu. Masa tu, tangan saya dah gatal dah nak dail nombor tepon HotFM, kononnya nak pertahankan hak asasi wanita la. Chewah! Tapi macam malas la plak nak membazirkan bil tepon. Marah En. Openg nanti..(ops...).
Kemudian, pagi tadi, juga dalam HotFM, saya dengar satu lagi kenyataan..
'Kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati bilangan pemandu lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita.
Ketua Pengarah MIROS Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kajian itu turut disokong statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan sejumlah 244,336 kemalangan membabitkan pemandul elaki berbanding 103,153 bagi wanita, pada 2009.'
Ha! Masih lagi nak cakap pemandu wanita berbahaya? Saya tak sebelahkan mana-mana pihak. Seperti yang saya katakan, berbahaya atau tidak, tidak bergantung kepada jantina pemandunya. Korang rasa pula macam mana?
Tepuk dada, tanya selera.. :)
No comments:
Post a Comment