26 Feb 2010
Hari ni tak banyak sangat aktiviti, sekadar berehat di rumah. Kira macam menggantikan hari semalam yang agak hectic la. Hehe. Bangun agak awal pagi tu, kira-kira jam 6 pagi and tolong mak sediakan sarapan (nak jadi menantu yang disenangi..hehe). Lepas tu cuma berehat-rehat saja, and took a nap pagi tu. Entah kenapa, mata ni macam berat je. Sampaikan mak tanya pada En Openg, 'dah ada isi ke?'. Alamak! Sori mak, memberi harapan palsu pula. Hehe.
Petang tu kami mengikut mak dan ayah untuk berjumpa dengan mak andam pilihan di Ayer Hitam. Pening kepala juga nak memilih baju yang ada. Baju-bajunya agak 'daring' dan agak tidak sesuai dengan imej saya yang bertudung. Tapi tak mengapa, inner kan ada..Ehe. Kata putus akhir, saya dan En Openg memilih baju pengantin dengan lace berwarna silver. Simple but elegant. Chewah! Kemudian saya diminta mencari kasut berwarna silver atau putih..ok..dan mencari contact lens berwarna biru atau grey! Biru? (tak boleh bayang saya bermata biru). Grey? (hurm..boleh la..lagi ok daripada biru). Macam-macam...
Pada malam harinya, ada family gathering kat rumah atuk di Felda Ayer Hitam plus aktiviti barbeque. Quite nice and enjoyable la. Masa makan-makan tu, Pakcik Khamis (bapa saudara En Openg) siap minta anak buah bacakan teks ucapan yang disediakan lagi. Pasal aktiviti-aktiviti family yang lepas and sedikit updates pasal family. Cerita perkahwinan kami turut dimasukkan, begitu juga dengan cerita honeymoon kami di UK. Malu! En Openg dah gelak besar. Saya pula dah tersenyum-senyum cover malu. Adeih...Waktu gathering itu juga, ada dibincangkan tentang next family activity iaitu lawatan ke Langkawi. Satu bas tu! Tentatively, lawatan tu pada 29 April nanti, memandangkan hujung minggu itu bersambung dengan cuti sempena Hari Buruh, 1 Mei. Insya-Allah saya dan En Openg akan turut serta rombongan tersebut. Tak sabar nye!
27 Feb 2010
Hari ini En Openg membawa saya berjalan-jalan di sekitar bandar Kluang. Kami ke Kluang Parade untuk mencari mata biru..ops..mata kelabu saya. Hehe. Memang tak pernah pakai, dan agak keberatan sebenarnya. Tapi tak apalah, demi mak andam terchenta yang dah janji untuk jadikan saya 'Diva' di majlis kami nanti (can't imagine!). Kami ke Kluang Railway Coffee untuk 'food testing' di sana, memandangkan tempat itu agak sinonim dengan Kluang. Malangnya tempat itu hanya dibuka pada waktu pagi, tidak pada waktu petang. Mungkin bukan rezeki saya untuk merasa agaknya..
Selepas berlegar-legar di sana, kami bergerak ke Ayer Hitam untuk meninjau kedai carpet dan langsir. Carpetnya agak mahal. Tapi berjaya merembat sehelai langsir untuk rumah baru kami. Hehe..Malam itu, sekali lagi kami ke rumah atuk untuk makan malam di sana..
28 Feb 2010
Pagi-pagi lagi kami dah bergerak ke Intan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) untuk bertanya tentang penginapan sementara (homestay) yang boleh disewa. Pencarian tak berhasil, memandangkan rumah-rumah di dalam IKWAS tak disewakan untuk tujuan peribadi. Tetapi pegawai di kaunter mencadangkan agar kami ke kuarters Kastam kerana ianya memang dijadikan homestay untuk orang luar. Alhamdulillah, kami jumpa dan berpuas hati dengan keadaan rumah tersebut. Keputusan, kami menyewa 2 homestay, rumah teres 3 bilik yang terletak bersebelahan di Taman Intan, dengan harga cuma RM70 sehari. Murahnya! kalau di kampung saya, satu homestay berharga dalam anggaran RM200 - RM300 sehari. Mungkin rezeki kami kali. Alhamdulillah..
Setelah selesai, kami berkemas untuk pulang ke Klang. Setibanya di Klang, kami tak terus pulang ke rumah, tetapi ke Jusco Bukit Raja dan Courts Mammoth Klang untuk membeli sedikit barang keperluan. Barang apa? Langsir, penyidai baju, mesin basuh, peti ais dan lain-lain. Pada malam harinya pula, kami ke rumah sewa lama En Openg untuk mengambil Macho dan ke Tesco Shah Alam untuk membeli barang-barang lagi.
Selepas itu, barulah kami pulang ke rumah, berkemas apa yang patut (masing-masing dah penat time ni) and bersedia untuk kembali bekerja pada keesokan harinya...haih..
wah ayu...awalnye bgn pg nk tlg mak mertua...bgs2...jd menantk yg baik...xkisah la kita ni mcm mana pun...yg penting dpn mertua semua kena baik...he3...sbb nk jaga maruah suami kita kan...excitednye psl percutian ke langkawi...ak suka~..
ReplyDeletehahahah...tau takpe. kne la jage imej sdiri and imej hubby depan mak mertua. takde la die ckp anak die slh pilih org. hehehe. aku pun excited psl vacation tu. sbb tak pnah buat. rombongan nek bas tau! pastu siap main kuiz2 lgi dlm bas. ade hadiah summore! :D
ReplyDeleter9l35d5f54 g3u96i0v27 l4x11w4v86 c5n23j8q26 i3k17g4x78 p4l80i1s65
ReplyDeleteb7p77h1v96 b7g03z7p46 w6k58l2x89 m4l61e3h37 g2g08h1e07 v1o45h8p69
ReplyDelete