Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers

The Twin!

Thursday, August 18, 2011

Ibu Mengandung Berpuasa?

Tahun ni merupakan tahun pertama saya berpuasa bersama suami terchenta, En. Openg. Dan akan menjadi kali pertama juga kami beraya bersama-sama. Kalau diikutkan, sepatutnya daripada tahun lepas lagi kami dah berpuasa dan beraya bersama. Apakan daya, En. Openg kan merantau ke UK untuk mecari sesuap nasi. Chewah! So saya masih lagi berpuasa dan berhari raya sebagai seorang yang ala-ala bujang tahun lepas. Hoho.

Dan tahun ini menjadi lebih istimewa sebab saya dan En. Openg berpuasa dan akan beraya bersama-sama dua orang budak kecik dalam perut saya ni (walaupun belum melihat dunia, saya dah assume diorang dah ada dengan kami) :D

Macam mana puasa? Mula-mula tu, saya risau jugak. Yela, saya dapat banyak sangat nak sihat macam ni..

'Kalau tak larat, jangan paksa diri. Nanti memudaratkan ibu dan anak-anak dalam perut tu..'

Maklumlah, saya mengandungkan dua orang sekaligus. Er..teruk sangat ke sampai tak larat nak puasa? Saya pun tak pasti saya akan lalui bulan puasa tahun ni macam mana. Tapi saya tekadkan dalam hati, kalau boleh, saya nak puasa penuh tahun ni! Maklumlah, bukan selalu dapat puasa penuh kan kalau dah namanya perempuan. Ehhe. So saya cakap dengan anak-anak saya.. 'Baby-baby mama, bulan ni mama nak puasa tau. So takle makan suka-suka hati. Mama makan awal sangat, sebelum Subuh and mama makan balik bila dah masuk Maghrib. So baby-baby mama ni kena tolong mama ok. Kena kuat sikit la...'

Selalu jugak saya cakap dengan diorang macam tu. Kalau ikutkan, dalam usia 5 bulan dalam kandungan ni, diorang dah boleh dengar apa yang kita cakap kan? Saya pun buat sikit study jugak pasal ibu mengandung yang berpuasa. Simptom-simptom macam mana yang menggalakkan ibu mengandung berbuka. Semua tu saya dapat dalam majalah Pa & Ma.



Cuak-cuak saya, saya kuatkan jugak semangat nak berpuasa. Alhamdulillah, masuk hari ni, dah 18 hari saya berpuasa. Tak pernah tinggal lagi. Hebat kan saya? hehe.. Takde lah, ni pun atas bantuan si kecik berdua dan En. Openg yang sangat memahami. Biasanya saya akan masak banyak untuk berbuka puasa. Sebab saya save kan untuk sahur sekali. Hehe. Ada jugak time saya tak larat. Macam letih sangat, sampai rasa tak larat nak masak semua tu. Time-time macam tu, siapa lagi..hero malaya la yang tolong. Hihi. Sama ada dia akan masak, ataupun kami akan berbuka di luar. Thanks for being soooo understanding sayang! :-*

Bazar ramadhan? Hoho..tu la antara tempat yang kami selalu cuba elakkan bulan puasa ni. Tergoda ke? Tidak..bukan sebab tu.. Tapi sebab ramai sangat orang! Rasa sesak. Tambahan lagi dengan keadaan saya yang berbadan dua ni. Jalan pun dah macam siput, ada hati nak ke tempat yang ramai orang macam tu..Kalau diikutkan, baru 2-3 kali kami ke bazar puasa kali ni. Tu pun sebab nak beli kuih dalam kuantiti yang agak banyak (saya memang sah-sah malas nak masak) ;p



Korang semua, macam mana puasa tahun ni? ;)

Wednesday, August 17, 2011

Checklist Barang Sebagai Persediaan Menyambut Orang Baru

Bila fikir-fikir, macam banyak lagi je barang yang belum beli. Risau la jugak, sebab saya bawak dua orang budak dalam perut ni. Biasanya orang akan advice start shopping gile-gile time kandungan dah cecah 7 bulan. Sebab masa tu kita dah confirm jantinanya, apa conditionnya seme la. Tapi saya tak pasti sama ada saya larat ke tak nak gi shopping mopping bila dah cecah 7 bulan nanti. Yela, sekarang pun baru 5 bulan, tapi dah rasa lenguh-lenguh kaki bagai. Pastu ramai yang cakap perut saya dah macam mengandung 7-8 bulan. Nak buek cemano..anak-anak mama dua orang kat dalam ni...ehe..

So, selepas menggodek dan menggodek, saya jumpa checklist ni di blog Puan Nadxoxo. Mintak share ye Nad.. ;)

Clothes
* Long sleeve/short sleeve/sleeveless rompers
* Baju tidur
* Mittens + booties
* Hats
* Barut
* Bedung
* Bakul baby
* Baby laundry detergent

Feeding
* Breast pump & storage bottles
* Feeding bottles + teats
* Bottle & teat brush
* Bib
* Burp cloths
* Pacifier
* Nursing pillow

Bathing/Baby Care
* Bath tub/basin
* Baby shampoo/bath/lotion/talcum/baby oil
* Diaper rash cream
* Cotton buds
* Cotton balls
* Towels
* Baby wipes
* Baby nail clipper
* Thermometer
* Disposable diapers
* Minyak telon/Yuyi

Beddings
* Set tilam kekabu baby
* Blanket
* Mosquito net
* Baby bouncer

Travel
* Stroller + car seat
* Diaper bag with changing pad

For Me
* Disposable & washable nursing pads
* Nursing bras
* Nipple cream
* Maternity pads
* Nipple shields
* Massage oil
* Warm socks
* Nursing tops
* Disposable briefs
* Set bersalin & bengkung


Memandangkan saya akan prepare for two, so yang saya highlightkan dengan warna biru tu maksudnya saya dah beli, tapi belum cukup lagi. Yang dah dipotong tu pulak yang memang dah complete. Hoho. Banyak lagi rupanya yang belum selesai! :o

Wednesday, July 27, 2011

Duit Syiling Baru

Berita terkini! Hehe..orang lain semua dah kecoh-kecoh. Saya aje yang baru nak share pasal duit syiling baru ni kan. Haaa...jangan tak tahu. Bank Negara nak keluarkan duit syiling baru, dan akan mula berada di pasaran (chewah!) pada awal tahun depan. Bagus jugak ye..sebab dah lama sangat dah kan kita pakai duit syiling yang sedia ada ni. Apa salahnya sekali sekala buat pembaharuan. Melangkah setapak maju ke hadapan! ;)

Ni la rupa dan saiz duit syiling yang baru nanti..
Oh, untuk maklumat lebih lanjut, kat sini saya kongsikan artikel yang diperoleh dari Bank Negara Malaysia. Alert! Alert! :D

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baru sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini (25 Julai 2011) oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baru ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna, dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Siri baru duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling baru ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelakkan daripada pemalsuan. Logam baru yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang berkualiti dan tahan lama.

Reka Bentuk Duit Syiling



  • Bahagian hadapan duit syiling
    Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan 14 titik yang melambangkan 13 Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai 5 garis mendatar yang melambangkan 5 prinsip Rukun Negara.
  • Motif bagi setiap denominasi adalah seperti berikut:



  • Bahagian belakang duit syiling
    Bahagian belakang semua duit syiling memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia' sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.
Haaaa...lepas ni boleh la simpan duit-duit syiling yang lama tu ye untuk dijadikan kenangan. Sebab duit syiling lama akan dimansuhkan secara berperingkat dan digantikan dengan duit syiling baru ni. Hurmmm...teringat pulak kat duit syiling seringgit yang warna kuning tu. Takde lak terfikir nak simpan dulu-dulu..Ada sesiapa yang simpan ke? ;)


Tuesday, July 26, 2011

Minggu Check Up Dan Berpindah..

Pagi tu saya bangun agak awal, walaupun hari tu hari Sabtu. Rajin kan saya? Haha..Tak lah..Sebenarnya saya ada pemeriksaan kesihatan hari tu. Nak cek macam mana anak-anak saya dalam perut ni. Lepas tu dah janji dengan abang saya untuk tolong dia dalam proses perpindahan dari Kuala Pilah ke Bangi. Oh, ingat saya yang pindah ke? Bukan..bukan..tajuk saje kasi gempak..hehe.. ;p

Memang excited sangat nak tau apa cerita baby-baby saya kat dalam ni. Sampai aje kat hospital, lepas dah cek GL En. Openg, saya daftar di kaunter. Masa nak timbang berat (nurse dah pesan supaya timbang siap-siap masa last check up hari tu), tak sangka pulak terserempak dengan Kak Tiqa, ex-opismate masa di DRB dulu. What a small world! And anak dia dah besar dah pun. Aktif dan nakal! Hehe..Oh, berat saya naik 2kg. Isk..Lepas ni kena la berjaga-jaga sikit time makan. Doc pun pesan, kalau naik banyak sangat, tak elok jugak.

Macam mana keadaan baby-baby saya? Tanak cerita panjang la..Apa kata tengok aje gambar kat bawah ni...

Ni la dua2 kembar saya..nampak kepala aje..duk bergosip agaknye tu..ehe..

Ni sorang..saya upload satu je la ye sbb baby lgi sorg pn duk camni gak...ehe..
Comel kan? Dah besar dah diorang..dah nampak tulang belakang semua. Elok aje duduk sebelah-sebelah pulak tu. Alhamdulillah dua-dua sihat. Rasa happy sangat-sangat...

Lepas dah habis check up, saya, En. Openg dan Dikmi bergerak ke Bangi untuk berjumpa abang dan adik lelaki saya. Dari sana barulah kami bertolak ke Kuala Pilah. Tak banyak pun yang nak dikemaskan sesampai di sana. Sebab semua kakak ipar saya dah kemaskan. Rajinkan dia? Respect sangat..sebab dia boleh kemas semua tu sorang-sorang sambil jaga dua orang anak yang berusia 4 tahun dan 1 tahun. So..kami cuma tolong time nak angkat barang masuk dalam lori the next day. Saya angkat barang? Tak..tak..ma dah warning siap-siap kat abang supaya tak kasi saya angkat barang sangat. Sayang kan ma kat saya? Hehe..

So, apa yang kami buat?


Haaa..ni la kerja saya, En. Openg dan adik saya. Layan budak kecik berdua tu supaya diorang tak ganggu papa dan mama diorang mengangkat barang dan nak elak dari diorang terkena habuk. Oh, saya hanya pemerhati saja..Cuba tengok, sapa yang lagi riang? Anak ke 'bapak-bapak'? Hehe...

Thursday, July 7, 2011

Waktu Saya Sakit..

Saya ingat lagi..masa saya kecik-kecik dulu, kalau saya demam, Tok (panggilan untuk nenek saya) akan cepat-cepat datang ke rumah dengan Tokki (atuk saya) menaiki motosikal. Lepas tu Tok akan angkat kepala saya, letak atas pangkuan dia, basahkan kepala saya dengan air dan usap-usap kepala saya.

How I miss that moment!

Sekarang? Kalau saya sakit, ade ke yang nak layan saya macam tu? Eh, siapa kata takde? En. Openg kan ade! Hehe..awal-awal entri saya macam nak komplen kan? Takde la.. Sebenarnya saya buatkan entri ni khas untuk bagitau betapa saya hargai apa yang En. Openg dah buat..

2-3 hari ni memang saya tak larat. Demam punya pasal. Macam mana boleh demam? Main hujan ye...haha.. Takde lah. Tiba-tiba aje kena serang dengan Enchek Demam. Penangan first check up dekat klinik kerajaan kot..eheh.. So, apa yang En. Openg dah buat? Salah soalan tu! Apa yang En. Openg tak buat waktu saya demam ni? Boleh kata semua benda dia buat... Dialah tukang masak, tukang kemas rumah, jadi doktor tak bertauliah cek suhu badan saya, buatkan air asam letak kat dahi saya, urut-urut kepala saya, macam-macam lagi la! Siap sanggup berpanas tak bukak kipas semata-mata nak kasi saya berpeluh. Saya lak pi diam-diam bukak balik kipas tu sebab panas. Hehe...


Alhamdulillah, demam pun dah kebah sekarang. Tinggal Enchek Batuk dengan Cik Selsema yang liat sikit nak tinggalkan badan saya. Tapi ni pun dah makin ok dah ni.

To En. Openg : thanks sayang sebab jaga saya baik-baik dan dengan bersungguh-sungguh time saya sakit...Sayang awak ketat-ketat!!! :-*

Wednesday, June 22, 2011

Minggu ke-14

Diam tak diam, anak-anak dalam kandungan saya dah hampir 14 minggu usia mereka. Perut saya pun dah mula rasa menegang dan tak selesa. En. Openg selalu kena marah dengan saya sebab dia sukeee sangat cucuk-cucuk perut and pinggang saya. Tak selesa tau! Bila dah kena tegur, dia cucuk tempat lain pulak. Lengan la, kaki la...haih..macam-macam la hubby saya sorang ni. Tapi itu la penghibur saya setiap hari. Hehe...

Oh, sempena usia chomel-chomel saya yang dah hampir mencecah 14 minggu ni, saya nak kongsi sedikit perkembangan bayi di dalam kandungan pada usia 14 minggu. Untuk panduan saya, dan juga ibu-ibu mengandung di luar sana.. :)


Masuk minggu ke 14, degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita (lajunye!). Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat salur darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa.

Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi adalah sekitar 3 setengah inci/ 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns/ 43 gram (last month, ukuran diorang dalam 5 cm sorang..I wonder..macam mana la sekarang ye?). Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerutkan dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak.

Sumber : Mengandung.com dan BabyCenter

Hmm..hujung minggu ni saya akan ke SMC untuk jalani pemeriksaan bulanan. Tak sabar rasanya nak tengok bayi-bayi comel saya! Berdebar-debar pun ada jugak. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Nanti saya kongsikan perkembangan mereka ye! Doakan babies dan mommy ni ye! :D

Wednesday, June 15, 2011

Orang Ketiga...Dan Keempat??

Atas permintaan seseorang, entri saya kali ni berkisar tentang orang ketiga dan keempat dalam hidup saya dan En. Openg. Apekah?? Ada orang yang cuba mengganggu gugat rumahtangga kami?? How dare! Taklah..kan saya dah cakap dalam entri saya sebelum ni..bukan sesuatu yang buruk. Masih confuse? Takpe takpe..meh saya ceritakan rentetan kisah yang berlaku...

6 April 2011

Pesanan dari penaja: sesiapa yang belum cukup umur, sila baca dengan pengawasan orang yang lebih arif ye. hehe.

Hari ni hari Rabu (sila cek kalendar anda kalau tak percaya ye). Saya dah berkira-kira time ni. Kalau ikutkan, saya dah hampir-hampir datang bulan. Kiranya sebenarnya tak lewat lagi la. Malam tadi tiba-tiba ada darah yang keluar. Saya pun macam, 'oh, dah datang la ni..'. Tapi hari ni takde la pulak. Saya rasa pelik sikit, tapi buat tak tahu aje. Tengah hari saya ke Jusco Bukit Raja (lunch hour tau..bukan mengulor ye!) sebab nak poskan kad jemputan kawen kami belah En. Openg. Entah kenapa, rasa nak beli 'benda tu' pulak. Haha. Dah fikir bukan-bukan la tu! Pregnancy test kit la..gatal kan? Padahal bukannya dah lewat 2 bulan. Lewat sehari pun belum! Dah gatal sangat nak perabih duit. Dub dab dub dab jugak la hati ni. Yela, still frust kalau tak jadi walaupun tau possibility untuk positif saaaangatlah low. Alih-alih...

OMG!

Malam tu saya tunggu En. Openg balik kerja. Excited toksah cakap la ni. Dah tak senang duduk dah ni. En. Openg sampai je kat rumah, saya dah senyum sampai ke telinga dah. Mula-mula saya hadiahkan dia kasut baby (yang dah beli sejak 2 bulan lepas..again, gatal kan?). En. Openg blur. Pastu, saya tunjukkan gambar result pregnancy test tadi. En. Openg blur lagi. Last-last, saya cakap direct aje. I'm pregnant! Seriously, both of us memang tak percaya mula-mula tu. Tapi Allah dah bagi rezeki..Alhamdulillah...

Ok..ok...saya tau, awak pura-pura blur je kan? Gedik!


Malam tu jugak kami pergi ke klinik, nak pastikan betul ke tak. Siap scan lagi! Haha. Doc cakap tak nampak apa-apa lagi kat dalam sebab awal lagi. Tapi memang confirm positif la lepas buat urine test dekat klinik. Kalau ikut perkiraan Doc, baru aje 3 minggu usianya. Alhamdulillah...and Doc minta kami datang lagi selepas 2 minggu untuk pastikan betul-betul..

20 April 2011

Baru aje sampai semalam dari Johor selepas bertungkus-lumus (kononnya) untuk majlis bertandang di rumah En. Openg. Penat tu memang ada lagi. Tapi tak sabar-sabar nak pergi cek kat klinik. So kami pergi waktu malam untuk berjumpa Doc yang sama..

Masa Doc scan tu..

Doc : Ok..ni nampak ni, kantung baby..so memang confirm ade la..

Saya dengan En. Openg dah senyum happy dah.


Doc : Eh, macam ada 2 kantung aje..kembar kot?

Saya dengan En. Openg tergamam. 2 kantung?? Biar betik!

Doc : Ada sape-sape yang ada keturunan kembar ke?
Saya : Ayang takde..abang ade ke?
En. Openg : Abang takde gak..

Aneh!

Doc : Takpe la..macam ni. Jangan terlalu mengharap sangat..sebab baby pun tak nampak lagi. Anything can happen. Next month datang lagi, kite tengok macam mana nanti..

24 Mei 2011

Saya ngan En. Openg try ke klinik panel Proton. Yela, jimat sikit belanja..free aje. Proton bayarkan. Hehe. Sampai aje di klinik, kami cakap nak buat pregnancy check up. Masa tu kami belum bagitau Doc lagi yang kemungkinan saya mengandungkan kembar.

Time scan tu, Doc macam confuse sket..Terdiam jugak la dia tengok dekat skrin tu. Pastu baru dia cakap..

Doc : Ok, nampak kat sini..ada satu kantung..so memang ada baby la. Nampak baby tu?
Saya : Er..Doc, satu kantung aje ek? (oh, so memang sorang aje la..)
En. Openg : Sebenarnye Doc, mase cek last month, Doc tu cakap ade possibility kembar..sebab nampak dua kantung..

Doc macam terkejut sikit. Dia tengok balik dekat skrin, pastu scan perut saya betul-betul..

Doc: Oooo..patut la..A ah, memang ada 2 la! (er....) Ok, ni satu..and ni lagi satu. Tengok, dua-dua sehat. Nampak tak heartbeat dia?

Nampak!!! And comel sangat! Jantung baby-baby saya kecik sangat! Nampak berdenyut-denyut. Pastu diorang gerak-gerak time Doc scan tu. Soooo cute! Saya rasa cam nak nangis je time tu!

Ok fine, lepas dah confirm tu, kami confirmkan dengan both families. Rupa-rupanya keturunan kami memang ada twin! Belah saya ada, belah En. Openg pun ada. Dan kami dua-dua tak tahu. Sengal kan? Apa pun, saya bersyukur sangat-sangat sebab Allah bagi rezeki pada kami dua sekaligus! Sekarang ni our babies dah almost 3 month dah. Alhamdulillah, both are safe and sound. Saya pun tak dibenarkan buat kerja yang berat-berat. Yela, bukan setakat berisi seorang..dua orang tau! Sedikit sebanyak, saya rasa risau jugak..Takut apa-apa terjadi pada anak-anak saya. Yela, masih awal lagi kan.

Apa pun, doakan kesejahteraan mama dan anak-anaknya ya!  :D

Friday, May 27, 2011

Setelah Lama Menyepi..

Lama kan saya menyepi? Sebenarnya banyak aje yang nak diceritakan dan dikongsi kat dalam ni. Tapi yela, macam-macam halangan dan kekangan yang ada. Hari bekerja, sibuk dengan kerja lah. Hari minggu, ade aje program yang dirancang dan tak dirancang. Jarang betul ada betul-betul masa terluang di rumah. Erm, tu belum masuk lagi mood nak berblog tak sampai-sampai. Hehe..Ok ok, saya admit, tu salah satu penyebab jugak la. Bukan tak bukak blog. Bukak aje. Selalu aje singgah blog kawan-kawan tengok apa perkembangan terkini. Tapi tangan ni belum cukup gatal nak menaip kat blog sendiri. Haha..

So, untuk pastikan saya kembali rajin berblog selepas ni, saya nak buat satu checklist pasal topik-topik atau benda-benda yang nak diceritakan dan dikongsi bersama. Bila dah ada checklist ni, harap-harap kerajinan tu bertambah-tambah la ye. Haha..



Here comes the checklist!

  • Honeymoon di Pulau Perhentian
  • Jalan-jalan di Negara Orang (cum second honeymoon..hihi)
  • Rombongan Che Kiah ke Langkawi
  • Majlis Bertandang
  • Orang Ketiga? (oh, jangan risau..not a bad one..*wink2*)

Hmm...stakat ni benda-benda kat atas ni yang terlintas di fikiran. Nak cabut undi ke entri mana yang nak dibuat dulu? Hehe. Or, any special request from you guys? Feel free to voice out ok! :D

Wednesday, May 11, 2011

Petua Rumahtangga Bahagia Siri 3 [untuk lelaki]

Kalau sebelum ni, entri saya lebih kepada untuk kaum Hawa, kali ni saya nak kasi lagi petua untuk rumahtangga bahagia aman damai untuk kaum Adam pula. So, selamat beramal! ;)

  1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama menanggung hutang suami. Seeloknya bahagikan sama rata, isteri bayar bil air, suami bayar bil elektrik.
  2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kena la memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.
  3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada mak anda.
  4. Jangan demand hubungan intim sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahawat sahaja.
  5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam ular sawa. Ada juga isteri baru buka lampin anak, suami dah muntah bagai nak rak sebab tak tahan tengok/bau tahi anak.
  6. Jangan sekali-kali duduk bersandar depan TV atau relaks macam tauke besar sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut berlari masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan, goyang kaki.
  7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai turn isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, ayam licin..tinggal tulang, janggut sotong, ekor taugeh.
  8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu. Kalau boleh sehari dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga).
  9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu especially perut. Banyak suami yang perut jalan dulu..
  10. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengorat isteri anda dulu. Jangan sesekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  11. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Rezeki tak masuk nanti..
  12. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami 'degil' tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela menolong.
  13. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor (bini bukan buka kedai dobi). Dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah (jangan nak berjimat sangat, kedai mamak jual murah aje). Bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya. Dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? Ni semua Kemahiran Hidup ni!
  14. Kalau keluar berjalan, biarlah seiringan. Ada suami yang jalan dulu, sebab isteri lembap sangat. Awak tu bukannya bujang lagi, jangan nak eksyen lebih.
  15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Kami pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tetapi diputarbelitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat tentu awak tak boleh tolerate jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
  18. Kalau tak suka sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aje. Kalau kita sakit atau nazak nanti, siapa yang akan jaga kita?
  19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjukkan anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri dah nazak pun tak perasan.
  20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya adalah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.
  21. Dalami agama dan bimbinglah isteri dan anak dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isterinya pun masuk syurga. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan isteri suami masuk neraka. Tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan tapi ini didengar dari seorang ustaz.
  22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. Jangan buat tak hirau kalau isteri merajuk atau kecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf. Kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau suami tak ambil kisah, perasaan isteri bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh jadi kanser kepada isteri.
Info : Koleksi Terbaik


Wednesday, May 4, 2011

Petua Rumahtangga Bahagia Siri 2 [untuk wanita]

Ha, kali ni saya nak share laaaaagi petua rumahtangga bahagia dengan semua, terutamanya para isteri di luar sana. Kepada yang dah kahwin, boleh amalkan ye (termasuk saya sendiri). Kepada yang belum dan bakal menjadi isteri, boleh jadikan sebagai pedoman ya :)

  1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
  2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
  3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai).
  4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
  5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
  6. Luangkan masa yang betul-betul 'berkualiti' sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
  7. Tanya ibu mertua, abang, kakak atau adik ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
  8. Masak resepi ibu mertua (kegemaran suami) sekali-sekala.
  9. Beri pujian terhadap penampilan suami - rambut, wajah, pakaian, kacak, kesederhanaan dan seumpamanya.
  10. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
  11. Minta bantuan suami hanya jika sesuai - sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
  12. Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama terutamanya ketika bersiap.
  13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu (lebih baik beritahu dari tak beritahu langsung).
  14. Bila suami minta bantuan, buatlah dengan serta-merta dan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit dan banyak komen (sesungguhnya Allah sangat gembira dengan perbuatan demikian).
  15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik kepada suami sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  16. Jika kita marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
  17. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan (jika boleh).
  18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
  19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
  20. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
  21. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
  22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian untuk berfikir.
  23. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
  24. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walaupun kita tak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
  25. Bila meminta bantuan suami - *terangkan kepada suami dengan jelas kerja-kerja rumah yang perlukan bantuan. *beri pilihan kerja yang disukai olehnya. *jangan menyuruh-nyuruh. *gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
  26. Pesan kepada suami untuk menelefon jika outstation. Jangan marahi dia jika dia tidak dapat berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
  27. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
  28. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dengan orang lain.
  29. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual
Info : Koleksi Terbaik


Thursday, April 28, 2011

Petua Rumahtangga Bahagia

Hari ni saya tergerak hati nak share pasal petua rumahtangga bahagia. Yelah, bila dah hidup berumahtangga ni, bila dah hidup berdua bertiga berempat dan seterusnya ni (InsyaAllah..), mesti kita nak kekal sampai bila-bila kan? Ade ke orang yang macam,

'hurm, rase nak kawen la hari ni. kalo rase tak best, esok putus la.' 

Er...adekah? Even orang berchenta pun nak kekal..

'I sayangkan you. I nak sehidup semati dengan you.' (dialog rekaan semata-mata. tiada kena mengena dengan kisah saya dan En. Openg ye. harap maklum.)

Hehe. So, kesimpulannya, kita nak hubungan tu berpanjangan dan kekal. Sebab bagi saya, once saya dah kawen dengan dia, saya akan pandang dia sorang aje. Takde dah usha jejakes hensem kat luar sana. Opsss...saya inesen ye En. Openg..haha. Ok ok, nak tau petua kan? Sila la baca ye..

  1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
  2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
  3. Jaga agar mulut dan badan agar tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
  4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
  5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
  6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumahtangga.
  7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
  8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
  9. Sekiranya berlaku perceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan talak dua sahaja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
  10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
  11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding dengan keluarga sendiri.
  12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
  13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
  14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
  15. Menjawab setiap pertanyaan suami denga lembut.
  16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
  17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
  18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumahtangga.
  19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
  20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. 
  21. Ketua rumahtangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
  23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.



Jadi, apa lagi? Renung-renungkan dan selamat beramal~ ;)

Monday, April 25, 2011

Suami Ringan Tulang

MENGEMAS, memasak, membasuh, melipat baju dan menjaga anak sememangnya tidak dinafikan seolah-olah tugas mutlak isteri. Suami, hanya kerana dia bekerja dan memenuhi perbelanjaan sekeluarga, kerja rumah seperti sudah tertulis, di luar bidang kuasa mereka.
Satu senario yang mungkin wajar atau boleh diterima jika isteri tidak bekerja. Tetapi, jika isteri juga bekerja, sama-sama menyumbang untuk perbelanjaan isi rumah, keadaan seharusnya berubah. Suami harus membantu isteri. Sudahlah penat bekerja, balik ke rumah, 1,000 tugas lagi menanti.
Hari ini, kita dapat lihat ramai wanita dan isteri keluar bekerja, malah tidak kurang juga yang memegang jawatan hebat. Perangkaan Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat menunjukkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh meningkat daripada 44.7 peratus pada 1995 kepada 45.7 peratus pada 2008. Ia terus meningkat kepada 46.4 peratus pada 2009, malah kerajaan menyasarkan sebanyak 55 peratus penyertaan wanita dalam guna tenaga pada akhir Rancangan Malaysia Ke-10.
Namun, sebagai isteri, tanggungjawab di rumah masih lagi perlu diteruskan. Bagaimanapun, sebagai pembantu menambah pendapatan isi rumah, suami juga perlu membantu, ringan tulang dan saling bekerjasama dalam melakukan tugasan berkenaan.
Tolak tepi buat mereka yang berkemampuan atau mahu menggaji pembantu rumah. Pendek kata, segala-gala urusan, jika boleh diserahkan bulat-bulat kepada pembantu rumah. Tetapi, bagaimana pula bagi mereka yang kedua-duanya bekerja dan tidak mengupah pembantu? Tidakkah suami juga perlu memainkan peranan menguruskan kerja rumah?
Kerjasama, tolak ansur dan memahami antara satu sama lain amat penting dalam institusi kekeluargaan, lebih-lebih lagi hubungan suami isteri. Apabila suami ringan tulang, rajin membantu isteri di rumah, yang lelah dengan bebanan tugas di pejabat, isteri pasti sejuk hati. Paling penting, tidaklah isteri berasa diri seperti orang gaji.
Kerja dilakukan bukan lagi kerana terpaksa sebaliknya dilakukan dengan penuh keikhlasan. Bila terbit keikhlasan, hati gembira, hubungan suami isteri akan lebih intim malah lebih seronok apabila dapat melakukan kerja rumah bersama.
Penulis kagum melihat suami yang rajin menolong isteri di rumah. Ayah saudara penulis adalah contoh nyata, bagaimana sikap suami yang memahami dan bertolak-ansur ini mampu mengeratkan hubungan dengan pasangan dan membawa kesejahteraan pada keluarga.
Sebagai Ketua Hakim Mahkamah Syariah, Pak Ngah memang sibuk, belum lagi mengambil kira tekanan yang ditanggung. Tetapi, sebaik melangkah kaki ke rumah, biar pun penat, Pak Ngah tetap membantu isterinya, Mak Yah, melakukan kerja rumah, mengemas rumah, membasuh pinggan malah memasak.
Memang ada suami begitu tetapi penulis yakin, tidak ramai. Jika ada pun yang membantu, itu pun selepas diminta isteri berulang kali. Paling malang, tolong pun tak sepenuh hati, membentak-bentak, paling tidak pun muncung panjang sejengkal.
Alangkah bagusnya jika suami yang menawarkan diri. Bukankah itu lebih manis dan bahagia?

Ini bukan En. Openg dan saya ye..harap maklum.. ;)

Sumber : Mahligai Impian


Saya setuju dengan artikel di atas. Suami yang ringan tulang memang menjadi impian isteri, lagi-lagi isteri yang bekerja seperti saya. Er, jangan salah faham ya. Saya buatkan entri pasal ni bukan untuk komen atau kritik En. Openg. Tak pernah terniat pun nak buat macam tu..(Hubby, jangan salah faham jugak tau!).


Artikel ni adalah sebagai intro kepada apa yang cuba saya sampaikan kali ni. Yang saya cuba katakan di sini, saya saaaaayang En. Openg. Er, ada kaitan ke? Hehe. Lari topik? Tidak sebenarnya. Hm, untuk pengetahuan semua, semenjak dua menjak ni, saya cepat letih. Dan cepat mengantuk. Hanya orang tertentu yang tau kenapa. Hehe. Hujung minggu lalu, saya dan En. Openg keluar ke merata tempat. Dalam satu hari, kami ke Bandar Puteri Klang, ke Tesco Ampang, ke Sunway Pyramid dan ke Tesco Shah Alam. Sepanjang dalam kereta, saya cepat aje lelap. Tinggallah En. Openg drive sorang-sorang (mintak maaf banyak-banyak T_T). Kat rumah pun sama. Tengok tv sekejap aje dah lelap. Waktu saya macam tu, En. Openg la yang buat kerja-kerja kat rumah. Dia buat apa? Everything! Saya terjaga je (waktu tu dah tengah malam), rumah dah berkemas, pinggan dah berbasuh, baju yang saya basuh pun dah selamat bersidai. Waktu tu En. Openg dah tido nyenyak. Kepenatan agaknya. Masa tu saya rasa terharu sangat-sangat. So, entri ni saya buat khas untuk En Openg..to show how much I appreciate what he did and always do...


En. Openg, saya sayang kamu ketat-ketat! :-*

Friday, April 22, 2011

Saat Ku Bergelar Isteri..

Untuk kawan-kawan yang tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan saya pada 31 Julai 2010 yang lepas, di sini saya serta gambar-gambar untuk tatapan kalian. Maaf atas kelewatan ini..pengantin dah basi dah pun..hehe..

Kyaaaaaa!~ saye dibuli mereka!~ 

Tok Kadi kusyuk bagi tazkirah. Si Pengantin kusyuk menghapal ;)

Yessss!!! Akhirnya!!! ;p

Me + Him :)

Ish..muat tak ni? nasib baik muat..phew~

With my bestest buddies. Love ya all! :-*

Abah yang riang gumbire di hari raye..ops..hari perkahwinanku.. ;)

My family. Ramai kan? :D

His family. Eh, now mine as well.. :)

Nganga luas-luas sket..aaaaa..ummmm...shedap? XD

Di sebalik lalang-lalang di Masjid Terapung..

p/s: next entri nanti pasal wedding saya di Johor..harap sabar menanti ye ;)

Thursday, April 21, 2011

Kembali Bekerja

Alhamdulillah, setelah puas bercuti-cuti malaysia selama 8 hari (Rabu to Rabu), hari ni saya dah kembali bekerja seperti sediakala. Pagi tadi, masuk-masuk aje office, mak aih! Menimbun jugak fail atas meja! Belum lagi tiba-tiba ada memo atas meja pasal program bersama Menteri Besar esok hari, dan nama saya tersenarai sebagai petugas bahagian makanan dan minuman. Tu dia...mengejut tu! Memang torkojut mak!

Sekadar ilusi semata-mata ;p

Mula-mula rasa serabut + panik gak. Plus blur jugak. Yela, tak tahu nak start dari mana. Ok, saya setelkan dulu sikit fail yang atas meja. Baru lapang sikit nampak. Lepas tu saya jumpa member yang sekali bertugas untuk esok and dapatkan detail kerja yang perlu dibuat, memandangkan beliau bercuti atas urusan-urusan yang tak dapat dielakkan. Sekarang ni baru la dah clear sikit dalam kepala ni. Dah lega sket. Sekejap lagi dah nak rehat, and petang nanti ada raptai untuk majlis esok pulak. Rasanya ok la kot untuk first day saya bekerja kembali lepas cuti panjang.

Kepada yang menjadi tempat meluahkan perasaan sedari pagi tadi, ampun dipinta ye. Sekadar mahu meluahkan apa yang tebuku di hati dan meringankan beban di kepala. Chewah! :D

Tuesday, April 12, 2011

Telur Oh Telur..

Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan sejumlah telur yang dirampas di Pulau Tikus, Pulau Pinang minggu lalu adalah tulen dan bukannay telur tiruan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abdul AzizJamaluddin berkata, hasil pemeriksaan dan penelitian fizikal ke atas telur tersebut membuktikan ia tidak mempunyai ciri-ciri tiruan.

Beliau menjelaskan, telur itu adalah tulen tetapi berdasarkan 'keganjilan' pada fizikalnya yang besar, ia tidak sepatutnya dijual di negara ini.

"Mengikut kajian kita, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAPP) adalah telur itu luar biasa dari segi saiz kerana lebih besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur."

"Bagaimanapun, ujian kita mendapati kulit dan isi kandungannya tidak mempunyai banyak perbezaan kerana ia memang tulen dan isu mengenai kewujudan telur tiruan adalah tidak benar."

-petikan daripada Utusan, 11 April 2010-


Pulak dah? Sebelum ni lain cerita, ini lain cerita pulak. Tapi kalau betullah tak ada telur tiruan seperti yang dihebohkan sebelum ini, Alhamdulillah. Tak ada la saya ragu-ragu nak makan telur lepas ni. Telan aje la labu (macam la sebelum ni berhati-hati sangat. hehe). Apapun, saya mohon maaf sekiranya entri saya sebelum ini membawa fakta yang salah dan mengelirukan semua orang. Maaf ya..saya hanya menulis berdasarkan apa yang saya tau dan apa yang saya rasa. Jangan marah ya kawan-kawan! :D (post terdahulu saya yang pasal telur tiruan tu pun saya ambik dari Utusan tau!) ;)

Dunia oh dunia...

Monday, April 11, 2011

Telur Ayam Tiruan?

"Kementerian Kesihatan mengesahkan kandungan telur ayam tiruan yang diperoleh di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru ini menyamai telur tulen.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persamaan seratus peratus kandungan protein telur ayam tersebut disahkan selepas bahan makanan itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kelmarin.
Berikutan itu, kata beliau, pihaknya akan mengadakan pemeriksaan DNA kali kedua bersama Jabatan Kimia esok terhadap sampel berkenaan untuk menentukan tahap ketulenannya."


-petikan akhbar Utusan Malaysia 10 April 2010-




Ape pun, bagi saya, tiruan tetap tiruan. Dalam banyak-banyak benda, kenapa la makanan yang nak dijadikan tiruan. Kita kan masih boleh menghasilkan makanan dengan cara yang baik dan neutral. Kenapa perlu ada makanan tiruan? Jadi darah daging kita nanti tau! Adeh...Ops, ini pendapat peribadi saya saja ok. Lain orang, lain pendapat..Ye tak? :)


Sunday, April 10, 2011

My Bestfriend's Wedding [Huda & Firdaus Part 2]

Kalau 2 April tempoh hari saya menghadiri majlis perkahwinan teman baik saya, Huda dan Firdaus a.k.a Ayam di Kuala Pilah, kali ini saya menghadiri majlis persandingan pasangan yang sama di pihak pengantin lelaki pula di Shah Alam.

Saya dan En Openg tiba agak lambat daripada perjanjian asal dengan Hidayah dan Farhana (mintak mahap ye kawan-kawan) iaitu kira-kira jam 1.30 petang kerana kesulitan memakai contact lens. Isk..isk..gatal kan? Bukan saya suka-suki nak pakai ye. Tapi nak test power sebelum dipaksa pakai contact lens di hari persandingan saya nanti (permintaan dari Mak Andam terchenta). Layankan aje la labu...

Oh, lari topik! Kembali kepada topik asal, hurm, tak nak lah cakap panjang-panjang! Just enjoy the pictures okeh! ;)


















Lastly,

Jejak kasih dua ex-hosmet di majlis perkahwinan. Syahdunye!
(jangan marah ye..) XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service