Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers

The Twin!

Thursday, March 31, 2011

Pemandu Wanita Berbahaya?

Seperti biasa, waktu saya baru nak ke tempat kerja (tengah panaskan enjin kereta time tu), saya layankan aje topik borak di HotFM. Memang pagi-pagi saya akan bukak HotFM dan dengar apa topik diorang untuk hari tu. Kat rumah pun, bukak TV8 kuat-kuat, pastu dengar la celoteh Fara, FBI ngn AG sambil kemas tempat tido, gosok baju, sidai baju, lipat baju, ape-ape aje la! Er, ok, kembali ke topik asal. Hehe. Topik yang saya dengar hari tu agak menarik bagi saya - Pemandu Wanita Berbahaya.



'KUALA LUMPUR 28 Mac - Sidang Dewan Rakyat hari ini 'hangat' apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekaligus boleh mengundang kemalangan.
Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.
Malah, ujarnya, pemandu terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.'

Saya dah macam, 'Apekah??'. Secara peribadi, saya kurang bersetuju dengan kenyataan tu. Bagi saya, berbahaya atau tak, bukan terletak pada jantina, tapi pada pemanduan seseorang tu. Masa tu, tangan saya dah gatal dah nak dail nombor tepon HotFM, kononnya nak pertahankan hak asasi wanita la. Chewah! Tapi macam malas la plak nak membazirkan bil tepon. Marah En. Openg nanti..(ops...).

Kemudian, pagi tadi, juga dalam HotFM, saya dengar satu lagi kenyataan..


'Kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati bilangan pemandu lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita. 
Ketua Pengarah MIROS Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kajian itu turut  disokong statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan sejumlah 244,336 kemalangan membabitkan pemandul elaki  berbanding 103,153 bagi wanita, pada 2009.'

Ha! Masih lagi nak cakap pemandu wanita berbahaya? Saya tak sebelahkan mana-mana pihak. Seperti yang saya katakan, berbahaya atau tidak, tidak bergantung kepada jantina pemandunya. Korang rasa pula macam mana?

Tepuk dada, tanya selera.. :)



Tuesday, March 29, 2011

Sehari Bersama BabyBeruwang

25 Mac lepas merupakan hari lahir adik kesayangan saya, Dikmi or a.k.a blogger BabyBeruwang yang ke 21 ke 12 (opsss...muda lagi you ni ye!). Hehe. Memandangkan besday beliau jatuh pada hari Jumaat, tak dapatlah saya celebrate dengan beliau pada hari tersebut. Hujung minggu tempoh hari saya dan En. Openg ke UIA untuk melawat adik terchenta sekaligus meraikan hari beliau menjadi setahun lebih tua. Hoho. Kat sini saya dengan berbesar hati mahu berkongsi aktiviti-aktiviti kami yang tak berape nak best tu.. ;D


Shopping kasut di WangsaWalk XD

BabyBeruwang bersama kek pilihan hati di Secret Recipe

Wah wah..menghayati lagu gitu! ;D

Tu dia...En Openg turut sama menghangatkan suasana! >_<

p/s : pls forgive gambo2 yang agak tak chantek ni (amik dengan sayang Nokia XpressMusic saya aje)

Friday, March 25, 2011

Stylish Blogger Award For Me!

Hari ni saya dapat satu award : Stylish Blogger Award. Woa...first award yang saya dapat sejak saya berblogging. Thanks to Sue yang memang murah hati bagi anugerah ni kat saya. Sayang ko! Berbesar hati sangat-sangat sebab rasa tak layak pun dapat award ni. Tapi takpe, saya akan cuba yang terbaik untuk betul-betul jadi 'a stylish blogger'! :D


To accept this award completely, I have to share 7 things about me (ni syarat-syarat yang penerima award kena buat ye!). So, here it is!

♥ dah berkahwin dengan En. Openg sejak Julai 2010, tapi baru saja memulakan hidup bersama lepas En.  Openg pulang dari UK hujung bulan Februari 2011 (pengantin baru lagi ni!)
♥ suka sangat sangat sangat baca novel tapi sekarang kena belajar berjimat sementara tunggu stok novel dari UK sampai (En. Openg belikan sampai satu beg untuk saya. Thank sayang!)
♥ sekarang bekerja di Klang (baru aje pindah awal tahun ni dari Raub)
♥ suka sangat makan coklat tapi kena kawal sebab saya ada migrain. isk2.. T_T
♥ En. Openg suka gelar saya 'kumbang besar yang melekat'..apekah? -_-"
♥ tengah belajar makan sayur. Hoho..sangat tak sihat kan?
♥ sekarang suka sangat belajar menari walaupun En. Openg selalu geleng kepala tengok saya praktis di rumah. Hoho..


And saya nak share award ni dengan sayang-sayang saya ni:


Aimie Cr
Hidayah
Ayu Jue


Happy blogging everyone!~ :-*


Thursday, March 24, 2011

Sedetik Lebih - Anuar Zain

Masih lagi berkisarkan tentang bachelorette party kami baru-baru ini. Apa kaitannya? Sebenarnya antara kami, yang paling sukakan lagu ni adalah Che Bad (correct me if I'm wrong my dear..ehe..). Tapi masa kami berkumpul tempoh hari, Che Bad telah mempromote lagu ni dengan jayanya kepada kami semua sampaikan tiap kali lagu ni ke udara di radio, kami semua akan menjerit sejerit-jeritnya! (hiperbola semata-mata..haha). Tapi serius, akan riuh-rendahla dalam kereta bila lagu ni dimainkan. Lepas tu kami akan menyanyi ramai-ramai ala-ala koir gitu. Aha. Bagi memahatkan memori bachelorette party itu (chewah!), saya postkan lagu kegemaran kami di sini untuk semua..Enjoy it and feel it! ;)



SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu..

Saturday, March 19, 2011

Bachelorette Party @ Perak 2

Lokasi: Hutan Lipur Lata Kijang

Selama 5 tahun belajar di UTP, saya tak pernah sampai ke sini. Akhirnya saya dapat jugak jejakkan kaki ke tempat air terjun yang agak famous di Perak ni. Tu pun lepas dah 2 tahun habis belajar. Kuat sangat study kot? Hehe...(konon je la). So, selamat menjamu mata! :)

Pendakian bermula..

Indahnya pemandangan alam kan?

4 orang kanak-kanak gigih mandi air terjun dalam hujan

'Sape lagi banyak bulu tangan? U ke I? (jangan marah kawan-kawan) ;p
Kanak-kanak riang bermain air..hehe..

Saya dan peace :D
 To my besties, harap semua ni tak berubah although kita dah ada hidup and family masing-masing.. :)


Monday, March 14, 2011

Bachelorette Party @ Perak

Hujung minggu lalu saya, che bad, nadia, farhana dan huda ke Perak, konon-kononnya nak adakan bachelorette party sambil mengimbau kenangan lama. Chewah! Bachelorette party?! Oh, jangan risau..bukan di club sepertimana yang selalu kita tonton di tv ye. En. Openg, don't worry. Bachelorette party kami takde 'tiang' ok. Hehe. One of my besties, huda, is getting married soon. So, ritually kitorang akan spend masa sama-sama sebelum Cik bertukar menjadi Puan. Mine was done at Putrajaya last time :)

Untuk kali ni, Huda request untuk adakan bachelorette partynya di Perak, specifically di UTP dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Kami bertolak ke Ipoh Jumaat malam dan stay di Hotel Seri Malaysia. Malam tu sempat juga unggun api kat atas katil dan tolong bride-to-be untuk selesaikan apa-apa yang patut.

Hari berikutnya..

Sabtu, 12 Mac 2011

Lokasi : UTP

'Bride-to-be! Jangan lari!'

Che Bad, saya, Farhana, Huda, Nadia

'Alamak! Kelas kat mane ni??'

'She's getting married!!!!'

'Hurm, abes blaja nanti aku nak apply kat company mane ek?'

'Weh, cepat la korang! Nanti lauk kat Yaumi abes!'

'Bye bye UTP..'

To be continued... ;)

P/S: to my besties, I really enjoyed my time with you gurls.. :D

Thursday, March 10, 2011

Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat



Masa saya first time dengar lagu ni, saya masih lagi berjauhan dengan En. Openg. Masih merindu-rindu kata orang. So memang feeling habis la bila dengar lagu ni. Terus masuk dalam top chart lagu-lagu yang saya suka. Dan saya nak share lagu ni dengan semua. So, enjoy.. :D




p/s: sekarang pun tengah dengar lagu ni :D


Wednesday, March 9, 2011

My Baby..

Time takde kerja ni, saya rajinkan diri tengok FB kawan-kawan. Ramai juga rupanya yang letak gambar baby masing-masing as profile picture. Bila dah tengok banyak-banyak kali, mula la terfikir, 'bilalah pula turn diri sendiri nak letak gambar baby kat profile pic tu?'. Memang teringin untuk menimang cahayamata, tapi belum ada rezeki lagi. Takpe la. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya...betul tak? :)


p/s: tolong doakan saya ye semua! :)

Monday, March 7, 2011

Mulakan Dengan Ceria!

Marilah kita sama-sama menghayati pesanan Dr Fadzilah Kamsah ini sebagai renungan diri saya sendiri dan anda semua:

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira dan ceria. Ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena."

Mulakan kerja anda dengan ceria!

Ingatlah, sesiapa yang datang dengan hanya perasaan 'biasa' saja, maka hasilnya juga adalah 'biasa' saja. Manakala sesiapa yang datang dengan ceria, maka hasilnya akan jadi lebih daripada biasa atau luar biasa.

Justeru, kerjalah dengan ceria agar dapat menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.

Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan dari Allah. Amin..

Mari kita renung-renungkan perkara ini:

  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab DATANG BEKERJA saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat macam kita TAK DATANG kerja langsung.
  2. Adakala kita rasa kita BUSY gile, tapi rupanya kita aje yang buat KELAM KABUT.
  3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED dan OUTSPOKEN, tapi rupanya kita PERASAN BAGUS.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS, rupanya kita hanya suka MENGKRITIK yang buat kecoh tak tentu pasal.
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA, tapi rupanya kita hanya nak MENGADA-NGADA.
  7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MACAM TAK ADA KERJA?', tapi adalah lebih baik kita tanya diri sendiri 'APA LAGI YANG AKU BOLEH BUAT?'
  8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK DAN BERDEDIKASI, tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhlan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tu tak bagus kalau nak dibandingkan dengan kita), kita sepatutnya terima hakikat bahawa kita sebenarnya lebih teruk daripada anggapan kita itu sendiri.
Pejam mata dan renunglah diri, kalau kita perlu melakukan PERUBAHAN, maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...
Sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik. Adakah dengan merasakan begitu maka kita memang yang terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkatkan kerjasama dalam kerja. Tak rugi kita semaikan rasa 'kekeluargaan' dalam kerja. kalau kita kurang kerja, carilah kerja untuk mebantu teman-teman yang lain...

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat. Kita withdraw kat akhirat nanti. Tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..siapa suruh?

Renung-renungkan, dan selamat beramal.. :)

Usaha Tangga Kejayaan

"Kejayaan itu dikaitkan dengan perbuatan. Mereka yang berjaya akan terus berusaha. Mereka akan melakukan kesilapan, tetapi mereka tidak akan mengalah." - Conrad Hilton

* Kata-kata motivasi diri untuk orang yang menghadapi Monday Blues seperti saya ;)

Kerja!

Friday, March 4, 2011

Mama Dah Sihat!

Alhamdulillah, Mama dah semakin sihat. Cuma masih kena makan ubat dan berjalan dengan perlahan. Tapi Mama cakap, sakit tu dah kurang. Last time pergi scan tempoh hari, doktor dah sahkan yang tiada batu karang dalam hempedu. Kata doktor, asid yang keluar agak banyak dalam badan, menjadikan gastrik Mama agak teruk kesannya. Nasib baik tak teruk..Tapi Mama still kena jalani follow up check up untuk memantau keadaan salur yang tersumbat disebabkan oleh darah agak beku..

Sekarang, saya berada di kampung halaman, juga adik-adik saya. Terpaksa batalkan plan untuk ke pre-wedding photoshoot Huda. Agak ralat, tapi bagi saya kesihatan Mama lebih penting. InsyaAllah saya akan join diorang ke Perak minggu hadapan untuk bachelorette party Huda. Can't wait! :D

Wednesday, March 2, 2011

Doakan Mama Saya..

Kawan-kawan, minta tolong doakan agar Mama saya cepat sembuh ya..Mama mengalami sakit gastrik yang agak teruk sehingga dimasukkan dalam emergency hospital tempoh hari (saya dapat tahu berita ini hari Ahad lalu). Di hospital, doktor suspect ada batu karang sekali. Dah scan dan tak nampak ketulan batu karang, Alhamdulillah..tapi doktor cakap risau kalau ada ketul-ketul halus batu karang. Terbaru, Mama ada masalah salur darah ke jantung sedikit tersumbat. Tak kritikal, alhamdulillah, dan doktor dah bagi ubat untuk cairkan darah beku. Hari ini Mama sekali lagi buat check up untuk pastikan ada batu karang atau tak. Masih belum tahu lagi apa keputusannya. Masuk hari ini, dah 4 hari mama tak ke sekolah..Minta doakan ye..

Mama,

Kak Ayu doakan Mama cepat-cepat sembuh. Tamo sakit-sakit..Kuatkan semangat Mama. Jangan lupa makan ikut waktu dan makan ubat juga. Love you Mama..

Hari Kepulangan En Openg 2

26 Feb 2010

Hari ni tak banyak sangat aktiviti, sekadar berehat di rumah. Kira macam menggantikan hari semalam yang agak hectic la. Hehe. Bangun agak awal pagi tu, kira-kira jam 6 pagi and tolong mak sediakan sarapan (nak jadi menantu yang disenangi..hehe). Lepas tu cuma berehat-rehat saja, and took a nap pagi tu. Entah kenapa, mata ni macam berat je. Sampaikan mak tanya pada En Openg, 'dah ada isi ke?'. Alamak! Sori mak, memberi harapan palsu pula. Hehe.

Petang tu kami mengikut mak dan ayah untuk berjumpa dengan mak andam pilihan di Ayer Hitam. Pening kepala juga nak memilih baju yang ada. Baju-bajunya agak 'daring' dan agak tidak sesuai dengan imej saya yang bertudung. Tapi tak mengapa, inner kan ada..Ehe. Kata putus akhir, saya dan En Openg memilih baju pengantin dengan lace berwarna silver. Simple but elegant. Chewah! Kemudian saya diminta mencari kasut berwarna silver atau putih..ok..dan mencari contact lens berwarna biru atau grey! Biru? (tak boleh bayang saya bermata biru). Grey? (hurm..boleh la..lagi ok daripada biru). Macam-macam...

Pada malam harinya, ada family gathering kat rumah atuk di Felda Ayer Hitam plus aktiviti barbeque. Quite nice and enjoyable la. Masa makan-makan tu, Pakcik Khamis (bapa saudara En Openg) siap minta anak buah bacakan teks ucapan yang disediakan lagi. Pasal aktiviti-aktiviti family yang lepas and sedikit updates pasal family. Cerita perkahwinan kami turut dimasukkan, begitu juga dengan cerita honeymoon kami di UK. Malu! En Openg dah gelak besar. Saya pula dah tersenyum-senyum cover malu. Adeih...Waktu gathering itu juga, ada dibincangkan tentang next family activity iaitu lawatan ke Langkawi. Satu bas tu! Tentatively, lawatan tu pada 29 April nanti, memandangkan hujung minggu itu bersambung dengan cuti sempena Hari Buruh, 1 Mei. Insya-Allah saya dan En Openg akan turut serta rombongan tersebut. Tak sabar nye!

27 Feb 2010

Hari ini En Openg membawa saya berjalan-jalan di sekitar bandar Kluang. Kami ke Kluang Parade untuk mencari mata biru..ops..mata kelabu saya. Hehe. Memang tak pernah pakai, dan agak keberatan sebenarnya. Tapi tak apalah, demi mak andam terchenta yang dah janji untuk jadikan saya 'Diva' di majlis kami nanti (can't imagine!). Kami ke Kluang Railway Coffee untuk 'food testing' di sana, memandangkan tempat itu agak sinonim dengan Kluang. Malangnya tempat itu hanya dibuka pada waktu pagi, tidak pada waktu petang. Mungkin bukan rezeki saya untuk merasa agaknya..

Selepas berlegar-legar di sana, kami bergerak ke Ayer Hitam untuk meninjau kedai carpet dan langsir. Carpetnya agak mahal. Tapi berjaya merembat sehelai langsir untuk rumah baru kami. Hehe..Malam itu, sekali lagi kami ke rumah atuk untuk makan malam di sana..

28 Feb 2010

Pagi-pagi lagi kami dah bergerak ke Intan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) untuk bertanya tentang penginapan sementara (homestay) yang boleh disewa. Pencarian tak berhasil, memandangkan rumah-rumah di dalam IKWAS tak disewakan untuk tujuan peribadi. Tetapi pegawai di kaunter mencadangkan agar kami ke kuarters Kastam kerana ianya memang dijadikan homestay untuk orang luar. Alhamdulillah, kami jumpa dan berpuas hati dengan keadaan rumah tersebut. Keputusan, kami menyewa 2 homestay, rumah teres 3 bilik yang  terletak bersebelahan di Taman Intan, dengan harga cuma RM70 sehari. Murahnya! kalau di kampung saya, satu homestay berharga dalam anggaran RM200 - RM300 sehari. Mungkin rezeki kami kali. Alhamdulillah..

Setelah selesai, kami berkemas untuk pulang ke Klang. Setibanya di Klang, kami tak terus pulang ke rumah, tetapi ke Jusco Bukit Raja dan Courts Mammoth Klang untuk membeli sedikit barang keperluan. Barang apa? Langsir, penyidai baju, mesin basuh, peti ais dan lain-lain. Pada malam harinya pula, kami ke rumah sewa lama En Openg untuk mengambil Macho dan ke Tesco Shah Alam untuk membeli barang-barang lagi.

Selepas itu, barulah kami pulang ke rumah, berkemas apa yang patut (masing-masing dah penat time ni) and bersedia untuk kembali bekerja pada keesokan harinya...haih..

Tuesday, March 1, 2011

Hari Kepulangan En Openg

Dalam entri saya kali ni, saya nak cerita pasal hari En Openg menjejakkan kaki di Malaysia dan hujung minggu bersama En Openg.. :)

25 Feb 2010

Pagi tu saya bangun macam biasa. Still bangun jam 6 pagi walaupun tak kerja. Yela, nak ambil En Openg di KLIA. En Openg cakap dia akan sampai dalam jam 8 pagi. So saya dah buat anggaran, kalau bertolak dari rumah jam 6.50 pagi, masih lagi sampai awal di airport. Semangat nih! Konon-kononnya nak tunggu En Openg depan arrival punya entrance door tu.

Jam 7.30 pagi, time saya baru nak cari parking, En Openg call and cakap dia dah sampai. Dah tunggu dekat arrival hall dah pun. Adeh..kelam kabut saya keluar dari parking area and terus pergi ke terminal ketibaan. Lepas fetch En Openg, kami bergerak ke rumah sewa lama En Openg (ehem..sekarang dah ada rumah baru ye). Plan asalnya nak ambil Macho (nama timangan Persona En Openg) and ke rumah sewa sementara saya untuk ambil barang-barang saya di USJ14 (thanks to roomate yang sudi tumpangkan saya!). Malangnya Macho diblok oleh kereta kawan serumahnya. Untuk tak membuang masa, kami terus bergerak ke rumah sewa saya selepas memindahkan barang-barang yang ada dalam kereta saya ke Macho. Yela, nak banyakkan space yang ada dalam kereta saya.

Setibanya kami di sane, ada pulak pekerja tengah membersihkan lif. Siap dengan tangga dan baldi lagi. Alamak! Lif ada satu aje. Camne nak angkat barang ni? Nak pakai tangga? Kirim salam! Rumah saya di tingkat 3 ok! Kami dah mula risau. Nasib baik selepas saya siap berkemas, pekerja tadi dah selesai dengan kerja-kerjanya.

Masa agak suntuk, dan masih ada beberapa tempat lagi yang kami nak pergi sebelum bergerak pulang ke Johor pada petang itu. Next destination : rumah Zam (ADO Hasil). Memandangkan saya tidak dapat menghadiri jemputan ke majlis perkahwinannya pada esok hari, jadi saya datang melawat hari Jumaat tu. Mujurlah peta yang dilampirkan pada kad ok dan sangat mudah untuk difahami. Dalam pada kesuntukan masa tu, kami tersangkut pula untuk makan tengah hari di rumah Zam. Segan mahu menolak, sebab semua dah tersedia. Tak apa lah, rezeki jangan ditolak kan?

Lepas tu, saya membawa En Openg singgah ke pejabat saya. Nak ambil kunci rumah baru (ehem..ehem..) dan nak tunjukkan pejabat saya kepada Encik Openg. Sambil menyelam minum air la kan..Last destination adalah kuarters yang kami bakal duduki. Selepas memunggah barang-barang dari dalam kereta saya, kami bergerak ke Seksyen 24, Shah Alam untuk En Openg menunaikan solat Jumaat dan selepas itu, kami ke Seksyen 7 Shah Alam untuk mengambil tilam dan anak-anak saya (Daniel dan Chomel) yang saya dobikan. Selepas menghantar barang-barang (lagi sekali) ke rumah sewa baru, barulah kami bergerak pulang ke Johor.

Kami sampai di Kluang pada jam 9 malam..What a day.. -_-"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service