"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira dan ceria. Ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena."
Mulakan kerja anda dengan ceria! |
Ingatlah, sesiapa yang datang dengan hanya perasaan 'biasa' saja, maka hasilnya juga adalah 'biasa' saja. Manakala sesiapa yang datang dengan ceria, maka hasilnya akan jadi lebih daripada biasa atau luar biasa.
Justeru, kerjalah dengan ceria agar dapat menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan dari Allah. Amin..
Mari kita renung-renungkan perkara ini:
- Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab DATANG BEKERJA saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat macam kita TAK DATANG kerja langsung.
- Adakala kita rasa kita BUSY gile, tapi rupanya kita aje yang buat KELAM KABUT.
- Adakala kita rasa kita PRIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY.
- Adakala kita rasa kita OPEN MINDED dan OUTSPOKEN, tapi rupanya kita PERASAN BAGUS.
- Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS, rupanya kita hanya suka MENGKRITIK yang buat kecoh tak tentu pasal.
- Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA, tapi rupanya kita hanya nak MENGADA-NGADA.
- Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MACAM TAK ADA KERJA?', tapi adalah lebih baik kita tanya diri sendiri 'APA LAGI YANG AKU BOLEH BUAT?'
- Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK DAN BERDEDIKASI, tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhlan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tu tak bagus kalau nak dibandingkan dengan kita), kita sepatutnya terima hakikat bahawa kita sebenarnya lebih teruk daripada anggapan kita itu sendiri.
Pejam mata dan renunglah diri, kalau kita perlu melakukan PERUBAHAN, maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...
Sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik. Adakah dengan merasakan begitu maka kita memang yang terbaik?
Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkatkan kerjasama dalam kerja. Tak rugi kita semaikan rasa 'kekeluargaan' dalam kerja. kalau kita kurang kerja, carilah kerja untuk mebantu teman-teman yang lain...
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat. Kita withdraw kat akhirat nanti. Tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..siapa suruh?
Renung-renungkan, dan selamat beramal.. :)
No comments:
Post a Comment