Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers

The Twin!

Thursday, October 28, 2010

Accident Lagik..

Hujung minggu lepas, saya pulang ke kampung halaman. Asalnya tak plan nak balik pun. Yela, balik ke Terengganu dari Raub memerlukan ongkos yang agak besar jugak (bagi saya yang kesempitan wang ini). Tapi terpujuk dek abang yang ingin pulang ke kampung minggu tu. Teringatkan si comel Farah dan Fahda yang dah lama tak jumpa, cepat aja minda ini berubah fikiran.

It's a good weekend indeed! At first..huhu..playing around with those two chomels, bermalas-malasan ngan adinda Dikmi, enjoy my mum's cooking...heaven! Dah lama tak rasa macam ni.

Hari Isnin tu, saya pulang ke Raub dengan hati yang berat. Yela, nak berhadapan dengan kerja-kerja yang menimbun tu. Huhu. Waktu tu hujan di Raub. Tidaklah lebat, tapi saya rasa baru saja lepas hujan lebat. Sebab jalan basah dan licin. Hati ni dah mula rasa kurang enak sebenarnya. Waktu tu dah sampai ke Mempaga, Bentong. Bila membelok, ada sedikit rasa unbalance. Tapi saya teruskan jugak drive. Waktu di selekoh simpang tiga nak masuk ke Jalan Bentong-Raub, tiba-tiba kereta saya out of control. Puas saya pusing stereng, tapi kereta tak membelok. Last-last, bammmmm!!!!



that bad? er..tidaklah..tu bukan kereta saya. Heheh.. Ini baru kereta saya..



Alhamdulillah, skarang dah siap dibaiki. Cuma tak cat aje lagi. Kenapa? Ongkosnya tiada..huhu.. Kesian baby saya. Dah tak chumil like she used to be.. T_T

Monday, October 11, 2010

Perpindahan Tempat Kerja

Whooopsss..bukan berpindah pejabat ye..saya hanya melompat dari satu unit ke unit yang lain. masih lagi bekerja di pejabat yang sama. Di mana? owh, belum saya nyatakan dalam post sebelum ini ya? saya bekerja di Pejabat Daerah Dan Tanah Raub. Er, mengapa dapat sini? entah, itu semua di luar bidang kuasa saya. hehe. Asalnya saya ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang a.k.a SUK Pahang pada April tahun ini. mungkin kerana saya anak jadi Terengganu. maka dapatlah negeri yang menjadi jiran tempat kelahiran saya. dari sana, kami (seramai 12 orang) dipecah-pecahkan. dari situlah saya bergerak ke Daerah Raub yang aman damai ini..



Oh, berbalik kepada topik asal. saya kini ditempatkan di Unit Pembangunan Luar Bandar, memegang jawatan Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Fizikal merangkap Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Masyarakat. panjang tak jawatan saya? saje kasi gempak aje tu..heheh..sebelum ini saya bertugas di Unit Khidmat Pengurusan.

Apa bezanya? banyak..di Unit Khidmat Pengurusan, saya banyak menguruskan hal-hal pentadbiran pejabat, termasuklah bahagian pengurusan kewangan, sumber manusia dan latihan. unit sayalah juga yang bertanggungjawab jika ada majlis dan keraian di daerah Raub. berada di unit ini, saya melaporkan tugasan terus kepada Pegawai Daerah. bunyi macam agak hebat, tapi sebenarnya biasa-biasa saja (saja merendah diri XD ).

Di Unit Pembangunan Luar Bandar a.k.a PLB, saya lebih banyak berinteraksi dengan orang luar. berinteraksi dengan Penghulu, Ketua Kampung dan masyarakat. saya juga bakal bertugas menjaga dan memantau projek-projek pembangunan kampung dan pembangunan masyarakat sekitar daerah Raub. seronok? memang seronok bunyinya. tapi say masih belum dapat memberikan gambaran lebih jelas, kerana minggu ini merupakan minggu kedua saya di sini. baru minggu kedua? ya..masih baru (walaupun saya pernah ditempatkan di unit PLB selama 1 bulan seawal saya menjejakkan kaki ke sini).




Kenapa kena tukar? prestasi teruk? owh, tidak..(harap-harap ini bukan sebabnya..eheh). sebenarnya saya ditugaskan di unit khidmat pengurusan kerana Penolong Pegawai Daerah KP pada waktu itu sedang mengikuti Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama 7 bulan. sepanjang waktu itu, saya mengambil alih tempat beliau, En. Zaidi. jadi faham-faham sajalah kenapa saya ditukarkan. ya, En. Zaidi sudah kembali bertugas di pejabat ini bermula minggu lepas. maka berpindah randahlah saya..



oh, itu bukan satu berita buruk. bagus juga sebenarnya, sebab saya dapat belajar banyak benda di sini, berada di unit-unit berbeza. dan saya harap masih banyak yang saya boleh pelajarai di sini..chayok! chayok! :D


Ganbatte!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service