Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 25, 2011

Suami Ringan Tulang

MENGEMAS, memasak, membasuh, melipat baju dan menjaga anak sememangnya tidak dinafikan seolah-olah tugas mutlak isteri. Suami, hanya kerana dia bekerja dan memenuhi perbelanjaan sekeluarga, kerja rumah seperti sudah tertulis, di luar bidang kuasa mereka.
Satu senario yang mungkin wajar atau boleh diterima jika isteri tidak bekerja. Tetapi, jika isteri juga bekerja, sama-sama menyumbang untuk perbelanjaan isi rumah, keadaan seharusnya berubah. Suami harus membantu isteri. Sudahlah penat bekerja, balik ke rumah, 1,000 tugas lagi menanti.
Hari ini, kita dapat lihat ramai wanita dan isteri keluar bekerja, malah tidak kurang juga yang memegang jawatan hebat. Perangkaan Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat menunjukkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh meningkat daripada 44.7 peratus pada 1995 kepada 45.7 peratus pada 2008. Ia terus meningkat kepada 46.4 peratus pada 2009, malah kerajaan menyasarkan sebanyak 55 peratus penyertaan wanita dalam guna tenaga pada akhir Rancangan Malaysia Ke-10.
Namun, sebagai isteri, tanggungjawab di rumah masih lagi perlu diteruskan. Bagaimanapun, sebagai pembantu menambah pendapatan isi rumah, suami juga perlu membantu, ringan tulang dan saling bekerjasama dalam melakukan tugasan berkenaan.
Tolak tepi buat mereka yang berkemampuan atau mahu menggaji pembantu rumah. Pendek kata, segala-gala urusan, jika boleh diserahkan bulat-bulat kepada pembantu rumah. Tetapi, bagaimana pula bagi mereka yang kedua-duanya bekerja dan tidak mengupah pembantu? Tidakkah suami juga perlu memainkan peranan menguruskan kerja rumah?
Kerjasama, tolak ansur dan memahami antara satu sama lain amat penting dalam institusi kekeluargaan, lebih-lebih lagi hubungan suami isteri. Apabila suami ringan tulang, rajin membantu isteri di rumah, yang lelah dengan bebanan tugas di pejabat, isteri pasti sejuk hati. Paling penting, tidaklah isteri berasa diri seperti orang gaji.
Kerja dilakukan bukan lagi kerana terpaksa sebaliknya dilakukan dengan penuh keikhlasan. Bila terbit keikhlasan, hati gembira, hubungan suami isteri akan lebih intim malah lebih seronok apabila dapat melakukan kerja rumah bersama.
Penulis kagum melihat suami yang rajin menolong isteri di rumah. Ayah saudara penulis adalah contoh nyata, bagaimana sikap suami yang memahami dan bertolak-ansur ini mampu mengeratkan hubungan dengan pasangan dan membawa kesejahteraan pada keluarga.
Sebagai Ketua Hakim Mahkamah Syariah, Pak Ngah memang sibuk, belum lagi mengambil kira tekanan yang ditanggung. Tetapi, sebaik melangkah kaki ke rumah, biar pun penat, Pak Ngah tetap membantu isterinya, Mak Yah, melakukan kerja rumah, mengemas rumah, membasuh pinggan malah memasak.
Memang ada suami begitu tetapi penulis yakin, tidak ramai. Jika ada pun yang membantu, itu pun selepas diminta isteri berulang kali. Paling malang, tolong pun tak sepenuh hati, membentak-bentak, paling tidak pun muncung panjang sejengkal.
Alangkah bagusnya jika suami yang menawarkan diri. Bukankah itu lebih manis dan bahagia?

Ini bukan En. Openg dan saya ye..harap maklum.. ;)

Sumber : Mahligai Impian


Saya setuju dengan artikel di atas. Suami yang ringan tulang memang menjadi impian isteri, lagi-lagi isteri yang bekerja seperti saya. Er, jangan salah faham ya. Saya buatkan entri pasal ni bukan untuk komen atau kritik En. Openg. Tak pernah terniat pun nak buat macam tu..(Hubby, jangan salah faham jugak tau!).


Artikel ni adalah sebagai intro kepada apa yang cuba saya sampaikan kali ni. Yang saya cuba katakan di sini, saya saaaaayang En. Openg. Er, ada kaitan ke? Hehe. Lari topik? Tidak sebenarnya. Hm, untuk pengetahuan semua, semenjak dua menjak ni, saya cepat letih. Dan cepat mengantuk. Hanya orang tertentu yang tau kenapa. Hehe. Hujung minggu lalu, saya dan En. Openg keluar ke merata tempat. Dalam satu hari, kami ke Bandar Puteri Klang, ke Tesco Ampang, ke Sunway Pyramid dan ke Tesco Shah Alam. Sepanjang dalam kereta, saya cepat aje lelap. Tinggallah En. Openg drive sorang-sorang (mintak maaf banyak-banyak T_T). Kat rumah pun sama. Tengok tv sekejap aje dah lelap. Waktu saya macam tu, En. Openg la yang buat kerja-kerja kat rumah. Dia buat apa? Everything! Saya terjaga je (waktu tu dah tengah malam), rumah dah berkemas, pinggan dah berbasuh, baju yang saya basuh pun dah selamat bersidai. Waktu tu En. Openg dah tido nyenyak. Kepenatan agaknya. Masa tu saya rasa terharu sangat-sangat. So, entri ni saya buat khas untuk En Openg..to show how much I appreciate what he did and always do...


En. Openg, saya sayang kamu ketat-ketat! :-*

10 comments:

  1. suami ringan tulang!!
    harap2 berkekalan hingga ke akhir hayat.
    tettt...

    ReplyDelete
  2. amin! aku pun harap gitu~ (en. openg, pls take note!) XD

    ReplyDelete
  3. huda pon dh leh praktik dh tuh...kena bg ayam baca nih...he3

    ReplyDelete
  4. stuju! husband2 di luar sane kne khatam artikel nih! (er..abaikan yg part2 last tu.. XD)

    ReplyDelete
  5. en openg memang sgt rajin orangnya.. bertuah ayu.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. oh, en openg mmg sgt rajin n mmg bertuah sgt2 dpt die. wanita2 di luar sana jgn jeles ye! ;)

    ReplyDelete
  7. doy: jgn jeles daling ye~ hehehe..takpe, banyak2 kan doa. Allah tu kn adil n penyayang. mane tau, mu dpt yg laaaagi tip top drp hubby aku nnti (tp i tak jeles pun ok). haha~ ;p

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service