Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 28, 2011

Petua Rumahtangga Bahagia

Hari ni saya tergerak hati nak share pasal petua rumahtangga bahagia. Yelah, bila dah hidup berumahtangga ni, bila dah hidup berdua bertiga berempat dan seterusnya ni (InsyaAllah..), mesti kita nak kekal sampai bila-bila kan? Ade ke orang yang macam,

'hurm, rase nak kawen la hari ni. kalo rase tak best, esok putus la.' 

Er...adekah? Even orang berchenta pun nak kekal..

'I sayangkan you. I nak sehidup semati dengan you.' (dialog rekaan semata-mata. tiada kena mengena dengan kisah saya dan En. Openg ye. harap maklum.)

Hehe. So, kesimpulannya, kita nak hubungan tu berpanjangan dan kekal. Sebab bagi saya, once saya dah kawen dengan dia, saya akan pandang dia sorang aje. Takde dah usha jejakes hensem kat luar sana. Opsss...saya inesen ye En. Openg..haha. Ok ok, nak tau petua kan? Sila la baca ye..

  1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
  2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
  3. Jaga agar mulut dan badan agar tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
  4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
  5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
  6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumahtangga.
  7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
  8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
  9. Sekiranya berlaku perceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan talak dua sahaja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
  10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
  11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding dengan keluarga sendiri.
  12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
  13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
  14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
  15. Menjawab setiap pertanyaan suami denga lembut.
  16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
  17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
  18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumahtangga.
  19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
  20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. 
  21. Ketua rumahtangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
  23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.



Jadi, apa lagi? Renung-renungkan dan selamat beramal~ ;)

Monday, April 25, 2011

Suami Ringan Tulang

MENGEMAS, memasak, membasuh, melipat baju dan menjaga anak sememangnya tidak dinafikan seolah-olah tugas mutlak isteri. Suami, hanya kerana dia bekerja dan memenuhi perbelanjaan sekeluarga, kerja rumah seperti sudah tertulis, di luar bidang kuasa mereka.
Satu senario yang mungkin wajar atau boleh diterima jika isteri tidak bekerja. Tetapi, jika isteri juga bekerja, sama-sama menyumbang untuk perbelanjaan isi rumah, keadaan seharusnya berubah. Suami harus membantu isteri. Sudahlah penat bekerja, balik ke rumah, 1,000 tugas lagi menanti.
Hari ini, kita dapat lihat ramai wanita dan isteri keluar bekerja, malah tidak kurang juga yang memegang jawatan hebat. Perangkaan Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat menunjukkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh meningkat daripada 44.7 peratus pada 1995 kepada 45.7 peratus pada 2008. Ia terus meningkat kepada 46.4 peratus pada 2009, malah kerajaan menyasarkan sebanyak 55 peratus penyertaan wanita dalam guna tenaga pada akhir Rancangan Malaysia Ke-10.
Namun, sebagai isteri, tanggungjawab di rumah masih lagi perlu diteruskan. Bagaimanapun, sebagai pembantu menambah pendapatan isi rumah, suami juga perlu membantu, ringan tulang dan saling bekerjasama dalam melakukan tugasan berkenaan.
Tolak tepi buat mereka yang berkemampuan atau mahu menggaji pembantu rumah. Pendek kata, segala-gala urusan, jika boleh diserahkan bulat-bulat kepada pembantu rumah. Tetapi, bagaimana pula bagi mereka yang kedua-duanya bekerja dan tidak mengupah pembantu? Tidakkah suami juga perlu memainkan peranan menguruskan kerja rumah?
Kerjasama, tolak ansur dan memahami antara satu sama lain amat penting dalam institusi kekeluargaan, lebih-lebih lagi hubungan suami isteri. Apabila suami ringan tulang, rajin membantu isteri di rumah, yang lelah dengan bebanan tugas di pejabat, isteri pasti sejuk hati. Paling penting, tidaklah isteri berasa diri seperti orang gaji.
Kerja dilakukan bukan lagi kerana terpaksa sebaliknya dilakukan dengan penuh keikhlasan. Bila terbit keikhlasan, hati gembira, hubungan suami isteri akan lebih intim malah lebih seronok apabila dapat melakukan kerja rumah bersama.
Penulis kagum melihat suami yang rajin menolong isteri di rumah. Ayah saudara penulis adalah contoh nyata, bagaimana sikap suami yang memahami dan bertolak-ansur ini mampu mengeratkan hubungan dengan pasangan dan membawa kesejahteraan pada keluarga.
Sebagai Ketua Hakim Mahkamah Syariah, Pak Ngah memang sibuk, belum lagi mengambil kira tekanan yang ditanggung. Tetapi, sebaik melangkah kaki ke rumah, biar pun penat, Pak Ngah tetap membantu isterinya, Mak Yah, melakukan kerja rumah, mengemas rumah, membasuh pinggan malah memasak.
Memang ada suami begitu tetapi penulis yakin, tidak ramai. Jika ada pun yang membantu, itu pun selepas diminta isteri berulang kali. Paling malang, tolong pun tak sepenuh hati, membentak-bentak, paling tidak pun muncung panjang sejengkal.
Alangkah bagusnya jika suami yang menawarkan diri. Bukankah itu lebih manis dan bahagia?

Ini bukan En. Openg dan saya ye..harap maklum.. ;)

Sumber : Mahligai Impian


Saya setuju dengan artikel di atas. Suami yang ringan tulang memang menjadi impian isteri, lagi-lagi isteri yang bekerja seperti saya. Er, jangan salah faham ya. Saya buatkan entri pasal ni bukan untuk komen atau kritik En. Openg. Tak pernah terniat pun nak buat macam tu..(Hubby, jangan salah faham jugak tau!).


Artikel ni adalah sebagai intro kepada apa yang cuba saya sampaikan kali ni. Yang saya cuba katakan di sini, saya saaaaayang En. Openg. Er, ada kaitan ke? Hehe. Lari topik? Tidak sebenarnya. Hm, untuk pengetahuan semua, semenjak dua menjak ni, saya cepat letih. Dan cepat mengantuk. Hanya orang tertentu yang tau kenapa. Hehe. Hujung minggu lalu, saya dan En. Openg keluar ke merata tempat. Dalam satu hari, kami ke Bandar Puteri Klang, ke Tesco Ampang, ke Sunway Pyramid dan ke Tesco Shah Alam. Sepanjang dalam kereta, saya cepat aje lelap. Tinggallah En. Openg drive sorang-sorang (mintak maaf banyak-banyak T_T). Kat rumah pun sama. Tengok tv sekejap aje dah lelap. Waktu saya macam tu, En. Openg la yang buat kerja-kerja kat rumah. Dia buat apa? Everything! Saya terjaga je (waktu tu dah tengah malam), rumah dah berkemas, pinggan dah berbasuh, baju yang saya basuh pun dah selamat bersidai. Waktu tu En. Openg dah tido nyenyak. Kepenatan agaknya. Masa tu saya rasa terharu sangat-sangat. So, entri ni saya buat khas untuk En Openg..to show how much I appreciate what he did and always do...


En. Openg, saya sayang kamu ketat-ketat! :-*

Friday, April 22, 2011

Saat Ku Bergelar Isteri..

Untuk kawan-kawan yang tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan saya pada 31 Julai 2010 yang lepas, di sini saya serta gambar-gambar untuk tatapan kalian. Maaf atas kelewatan ini..pengantin dah basi dah pun..hehe..

Kyaaaaaa!~ saye dibuli mereka!~ 

Tok Kadi kusyuk bagi tazkirah. Si Pengantin kusyuk menghapal ;)

Yessss!!! Akhirnya!!! ;p

Me + Him :)

Ish..muat tak ni? nasib baik muat..phew~

With my bestest buddies. Love ya all! :-*

Abah yang riang gumbire di hari raye..ops..hari perkahwinanku.. ;)

My family. Ramai kan? :D

His family. Eh, now mine as well.. :)

Nganga luas-luas sket..aaaaa..ummmm...shedap? XD

Di sebalik lalang-lalang di Masjid Terapung..

p/s: next entri nanti pasal wedding saya di Johor..harap sabar menanti ye ;)

Thursday, April 21, 2011

Kembali Bekerja

Alhamdulillah, setelah puas bercuti-cuti malaysia selama 8 hari (Rabu to Rabu), hari ni saya dah kembali bekerja seperti sediakala. Pagi tadi, masuk-masuk aje office, mak aih! Menimbun jugak fail atas meja! Belum lagi tiba-tiba ada memo atas meja pasal program bersama Menteri Besar esok hari, dan nama saya tersenarai sebagai petugas bahagian makanan dan minuman. Tu dia...mengejut tu! Memang torkojut mak!

Sekadar ilusi semata-mata ;p

Mula-mula rasa serabut + panik gak. Plus blur jugak. Yela, tak tahu nak start dari mana. Ok, saya setelkan dulu sikit fail yang atas meja. Baru lapang sikit nampak. Lepas tu saya jumpa member yang sekali bertugas untuk esok and dapatkan detail kerja yang perlu dibuat, memandangkan beliau bercuti atas urusan-urusan yang tak dapat dielakkan. Sekarang ni baru la dah clear sikit dalam kepala ni. Dah lega sket. Sekejap lagi dah nak rehat, and petang nanti ada raptai untuk majlis esok pulak. Rasanya ok la kot untuk first day saya bekerja kembali lepas cuti panjang.

Kepada yang menjadi tempat meluahkan perasaan sedari pagi tadi, ampun dipinta ye. Sekadar mahu meluahkan apa yang tebuku di hati dan meringankan beban di kepala. Chewah! :D

Tuesday, April 12, 2011

Telur Oh Telur..

Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan sejumlah telur yang dirampas di Pulau Tikus, Pulau Pinang minggu lalu adalah tulen dan bukannay telur tiruan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abdul AzizJamaluddin berkata, hasil pemeriksaan dan penelitian fizikal ke atas telur tersebut membuktikan ia tidak mempunyai ciri-ciri tiruan.

Beliau menjelaskan, telur itu adalah tulen tetapi berdasarkan 'keganjilan' pada fizikalnya yang besar, ia tidak sepatutnya dijual di negara ini.

"Mengikut kajian kita, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAPP) adalah telur itu luar biasa dari segi saiz kerana lebih besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur."

"Bagaimanapun, ujian kita mendapati kulit dan isi kandungannya tidak mempunyai banyak perbezaan kerana ia memang tulen dan isu mengenai kewujudan telur tiruan adalah tidak benar."

-petikan daripada Utusan, 11 April 2010-


Pulak dah? Sebelum ni lain cerita, ini lain cerita pulak. Tapi kalau betullah tak ada telur tiruan seperti yang dihebohkan sebelum ini, Alhamdulillah. Tak ada la saya ragu-ragu nak makan telur lepas ni. Telan aje la labu (macam la sebelum ni berhati-hati sangat. hehe). Apapun, saya mohon maaf sekiranya entri saya sebelum ini membawa fakta yang salah dan mengelirukan semua orang. Maaf ya..saya hanya menulis berdasarkan apa yang saya tau dan apa yang saya rasa. Jangan marah ya kawan-kawan! :D (post terdahulu saya yang pasal telur tiruan tu pun saya ambik dari Utusan tau!) ;)

Dunia oh dunia...

Monday, April 11, 2011

Telur Ayam Tiruan?

"Kementerian Kesihatan mengesahkan kandungan telur ayam tiruan yang diperoleh di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru ini menyamai telur tulen.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persamaan seratus peratus kandungan protein telur ayam tersebut disahkan selepas bahan makanan itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kelmarin.
Berikutan itu, kata beliau, pihaknya akan mengadakan pemeriksaan DNA kali kedua bersama Jabatan Kimia esok terhadap sampel berkenaan untuk menentukan tahap ketulenannya."


-petikan akhbar Utusan Malaysia 10 April 2010-




Ape pun, bagi saya, tiruan tetap tiruan. Dalam banyak-banyak benda, kenapa la makanan yang nak dijadikan tiruan. Kita kan masih boleh menghasilkan makanan dengan cara yang baik dan neutral. Kenapa perlu ada makanan tiruan? Jadi darah daging kita nanti tau! Adeh...Ops, ini pendapat peribadi saya saja ok. Lain orang, lain pendapat..Ye tak? :)


Sunday, April 10, 2011

My Bestfriend's Wedding [Huda & Firdaus Part 2]

Kalau 2 April tempoh hari saya menghadiri majlis perkahwinan teman baik saya, Huda dan Firdaus a.k.a Ayam di Kuala Pilah, kali ini saya menghadiri majlis persandingan pasangan yang sama di pihak pengantin lelaki pula di Shah Alam.

Saya dan En Openg tiba agak lambat daripada perjanjian asal dengan Hidayah dan Farhana (mintak mahap ye kawan-kawan) iaitu kira-kira jam 1.30 petang kerana kesulitan memakai contact lens. Isk..isk..gatal kan? Bukan saya suka-suki nak pakai ye. Tapi nak test power sebelum dipaksa pakai contact lens di hari persandingan saya nanti (permintaan dari Mak Andam terchenta). Layankan aje la labu...

Oh, lari topik! Kembali kepada topik asal, hurm, tak nak lah cakap panjang-panjang! Just enjoy the pictures okeh! ;)


















Lastly,

Jejak kasih dua ex-hosmet di majlis perkahwinan. Syahdunye!
(jangan marah ye..) XD

Friday, April 8, 2011

Korean Drama : Mary Stayed Out All Night


This is the new Korean Drama that I'm watching and enjoying for the moment. At first, my friend, Nadia, recommended this story due to its actor, Jang Geun Suk. Well, actually I admire him sooo much after I watched You're Beautiful! But when I started to watch this drama, I happened to like this drama as well! Of course, JGS is sooooo hot!!! (ehem2..En Openg, not as hot as you..not to worry ok? hehe). This drama is one of those romantic + charming + funny dramas that I've been watching lately.


Oh, and here is some review of the drama..


Wi Mae Ri (the main actress of course) is the cheerful, pragmatic daughter of a failed businessman (I hate her father so much! Always give troubel to her) who had grown used to being constantly on the move to escape from debtors. She becomes fast friends with the free-spirited indie singer Kang Moo Kyul (the hot hot hot JGS!!!) when she nearly ran him over in a car. Meanwhile, her father Wi Dae Han is saved from his debtors by his old friend, Jung Suk, who had just returned from considerable success in the Japanese entertainment industry. Jung Suk, who had harboured a secret love for Mae Ri's mother, sets up a deal with Dae Han to have Mae Ri marry his son, Jung In. In her desperate to escape this predicament, Mae Ri begs Moo Kyul to pose as her husband, and finds herself in even more trouble than before when her father proposes a 100-day period in which she has to divide her time equally between Moo Kyul and Jung In, after which she has to decide who to marry.


And what happen next? Who knows! I haven't finish my drama marathon yet. Can't wait to watch tillllll the end! >_<

Thursday, April 7, 2011

Rumahku Syurgaku

Saya jumpa artikel ni sewaktu melayari internet baru-baru ini. Satu artikel yang bagus bagi saya, dan saya harap ianya dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat membaca!





RUMAH TANGGA bahagia bertunjang pada tiang yang kukuh. Andai goyah satu tiang maka goyahlah istana yang dibina. Mewujudkan ‘rumahku syurgaku’ bukanlah suatu yang mudah jika suami dan isteri tidak faham peranan masing-masing.
Penyelia Unit Pembangunan Insan (UPI) Kawasan Jabi, Besut, Ramlah Awang ketika menyingkap kisah hidupnya berkata, keutuhan rumah tangga bergantung sejauh mana keutuhan suami dan isteri berpegang dengan ajaran Islam.
"Kita tidak boleh membentuk rumah tangga mengikut cita rasa kita tetapi mengikut cita rasa Tuhan walaupun bertentangan dengan cita rasa kita sendiri," ujarnya.
Katanya, untuk melahirkan ‘rumahku syurgaku’ bukan semudah ungkapan dibibir mulut tetapi ia perlu dibentuk dengan kecekalan dan kesabaran dengan patuh tunduk menurut perintah Tuhan. Yang paling penting katanya, persefahaman suami dan isteri serta tolak ansur dalam menyelesaikan perselisihan menjadi rencah yang boleh menjurus ke arah pembentukan rumah tangga harmoni.
Beliau yang juga isteri bekas seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tahun 1982, Allahyarham Haji Mohamad Jusoh atau lebih dikenali sebagai Ustaz Setimat, sering mengenangkan kehidupan bersama suami dan mengharapkan Allah merestui kehidupan itu sekaligus merasa bahagia bersama bekas suaminya.
Di samping itu katanya, tumpuan juga perlu diberikan kepada pendidikan anak-anak kerana ia suatu yang tidak boleh dipisahkan dari rencah kehidupan rumahtangga. "Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah Arab pula menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika anak dewasa umpama mengukir di atas air," jelasnya.
Katanya, Islam menentukan modul pendidikan di kalangan kanak-kanak berdasarkan had umur mereka. Tahap pertama ialah kategori satu hingga tujuh tahun, kedua tujuh hingga 14 tahun dan ketiga 15 tahun ke atas. Di tahap pertama Nabi s.a.w. menyarankan agar mendidik anak dengan belaian, kasih sayang dan kemanjaan. Tahap kedua disiplin perlu diberi perhatian secara serius.
Katanya, dalam salah sebuah hadis, Nabi menyaran supaya ibu bapa menjadikan mereka ini sebagai kawan dengan mendekati dan bertanyakan masalah mereka.
Kawan
"Ini kerana jika kita tidak jadikan mereka sebagai kawan, mereka akan mencari tempat lain untuk mencurahkan masalah. Dan kalau dia mencari kawan yang jahat, tindakan itu memberi kesan yang buruk terhadap kehidupannya," jelas beliau. Seterusnya pada tahap umur 21 tahun ke atas, ibu bapa perlu memberi sedikit kebebasan untuk membuat keputusan bagi menentukan haluan arah tuju kehidupannya.
Menurut Ramlah ibu bapa masih menjadi penunjuk arah dan panduan berfikir kepada anak-anak, yang masih belum boleh berfikir bagi menentukan hala tuju kehidupan mereka sendiri tanpa restu dari kedua ibubapa. Kebebasan anak-anak di peringkat umur ini masih terhad. Mereka masih tidak dibenarkan keluar rumah tanpa keizinan dari kedua ibu bapa. "Apa yang saya amalkan dalam pendidikan anak-anak ialah asas agama. Bermula dari pra sekolah hingga ke peringkat rendah. Setelah tamat darjah enam mereka bebas memilih aliran masing-masing," katanya.
Ramlah yang dilahirkan di Kampung Gong Pasir mempunyai sembilan orang anak yang berjaya hasil perkongsian hidupnya dengan Allahyarham Ustaz Setimat. Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya (Khidmat Nasihat II) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Hajjah Tom Haji Ibrahim berkata, dalam usaha untuk mewujudkan ‘Rumahku Syurgaku’ beliau menyarankan para suami harus berperanan seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Katanya, Rasullullah s.a.w. apabila pulang ke rumah dari musafir baginda membeli hadiah untuk isterinya. Bagaimanapun pada suatu hari baginda terlupa membeli hadiah. Baginda lalu berpatah balik dan pergi ke pasar untuk membeli hadiah walaupun sudah tiba di pintu rumah seorang isteri baginda.
Katanya, peristiwa ini menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. menghargai pengorbanan isteri walaupun tidak boleh di balas dengan hanya sebuah hadiah. "Ia amat penting kerana dalam membina rumah tangga sebenarnya, kita berkongsi hidup," jelasnya. Secara tidak langsung timbul perasaan kasih sayang terhadap pasangan dan prinsip ini dijadikan amalan dalam mewujudkan rumahku syurgaku.
Menyentuh pendidikan anak-anak pula beliau berkata, contoh paling mudah ialah dengan mengazankan ke telinga kanan dan mengiqamatkan ke telinga kiri kanak-kanak yang baru dilahirkan ke dunia, bertujuan menanam dari awal lagi konsep iman kepada anak-anak.
"Kedua, apabila umur anak tujuh hari berilah nama yang baik-baik. Kemudian aqiqahkan anak-anak sebelum mereka mencapai usia akil baligh," katanya. Pendidikan awal ini diajar nabi supaya lahirnya anak-anak yang baik.
"la bermula dari kecil tetapi kadang-kadang masalah kita ialah bila anak besar baru mencari apa punca masalah sedangkan kita tidak ikut panduan sejak awal," katanya. Menurut beliau, kebanyakan masalah berpunca di rumah kerana jika di rumah cemerlang bermakna di luar juga cemerlang.
Nabi telah bersabda dalam sebuah hadisnya yang bermaksud, "Didiklah anak kamu 100 tahun sebelum ia dilahirkan." Maksudnya bermula dari memilih bakal isteri yang baik-baik.
Seperti kisah bapa kepada Imam Malik iaitu seorang ulama besar. Ada seorang lelaki bertanya bapa Imam Malik, "Bagaimana kamu melahirkan anak yang begitu hebat, imam yang begitu besar hingga boleh melahirkan satu mazhab (Mazhab Maliki). Bapa Imam Malik menyebut, "saya mendidik ibunya dahulu."
Didikan
Seorang pendidik, Hajjah Zainab Ahmad pula memberitahu, untuk mewujudkan rumah tangga yang bahagia ialah dengan memberi salam apabila keluar dan masuk ke rumah. "Kedua, makan bersama anak-anak. Ketiga, sembahyang jamaah bersama. Keempat rajin-rajin menerima kedatangan tetamu. Kelima, sentiasa membaca al-Quran di rumah. Jika tidak membaca al-Quran dan beribadat di rumah, rumah itu seperti kubur," jelasnya.
"Berdoa merupakan amalan baik walaupun ianya terlalu panjang kerana doa mengundang pertolongan Allah, rahmat dan kasih sayangnya," ujarnya. Tanda orang itu ingatkan Allah ialah seseorang sentiasa berdoa kepada Allah memohon rahmat dan kasih sayang-Nya.

Monday, April 4, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010

Malam tadi, saya sempat menonton secara langsung (di kaca TV ye...bukan di Genting) ABPBH 2010 sambil menggosok baju kerja En. Openg dan menemani (teman aje) En. Openg memasang kabinet dapur. Kepada yang tak sempat tengok malam tadi, keputusan muktamadnya adalah seperti berikut:


Senarai pemenang-pemenang ABPBH 2010: 


Artis Berkumpuran/Duo Popular: 6ixth Sense 
-yang ni saya tak sempat tengok..and takde komen ape-ape. Hehe.

Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha 
- agak frust la..saya ingatkan Lisa Surihani yang dapat. We want Lisa! ;p

Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail 
-expected. Dah takde orang lain yang boleh lawan FBI setakat ni.

Artis Komedi Wanita Popular: Noorkhiriah 
-saya ingatkan Sharifah Shahira yang dapat..Alih-alih Noorkhiriah. Tapi Sharifah Shahira yang naik ke pentas untuk ambik award memandangkan pemenang masih dalam pantang (baru aje bersalin)

Artis Nasyid Popular: Rabbani 
-expected. Sedihnya arwah Ustaz Asri takde.. T_T

Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Hj Nawawi 
-yang ni saya confuse nak sokong siapa. Pak Nil ke Zizan? Tapi Pak Nil layak dapat award ni..

Artis Baru Lelaki Popular: Shahir 
-Shahir? Okla kot..tapi kena naikkan lagi la populariti. Tak cukup popular lagi ni..Hehe..

Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana 
-memang dah agak. Orang lain tak mampu lagi nak lawan Fafau.

Pelakon TV Lelaki Popular: Remy Ishak 
-masa ni saya tak sokong Remy. Siapa saya sokong ek? Em..Aaron Aziz kot..Tapi takpe la..

Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
-pun dah agak. Rugi la Fafau tak jadi pengacara Melodi dah. She has her own fans..ramai pulak tu. 


Artis Komedi Lelaki Popular: Zizan 
-expected! Ni kalau orang lain yang dapat, memang saya frust. Hidup Ganu! Eh, Hidup Zizan! Hehe.

Penyanyi Lelaki Popular: Faizal Tahir 
-antara Faizal Tahir dengan Anuar Zain, siapa lagi popular? Bolehla!

Pelakon Filem Wanita Popular: Lisa Surihani 
-I loike! Happy sangat bila Lisa diumumkan pemenang kategori ni! Like Lisa ketat-ketat! (er...)

Artis Baru Wanita Popular: Ana Raffali 
-tak berapa minat sangat Ana Raffali. But guess she deserve it, memandangkan AJL dulu pun dia yang menang kan.

Pelakon Filem Lelaki Popular: Shaheizy Sam 
-yang ni pun I suke! Lately banyak filem yang dia berlakon kan?

Penyanyi Wanita Popular: Yuna 
-Yuna? Hm..dia memang banyak menang sebelum ni. Ok la kn.

Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato' Rosnani Jamil 
-mula-mula tu saya macam, 'Sape ni?'. Time tu kan slide show tunjuk gambar dia zaman muda mudi. Bila beliau dah naik ke pentas, baru saya cam. Oooo...dia ni.

Artis Mobile Popular: 6ixth Sense
-artis mobile popular? Boleh la belalang...


BINTANG PALING POPULAR : SHAHEIZY SAM!!!
-yang ni pun I suke! I suke! Comel sangat dia bawak mummy die naik atas pentas. And mummy die was like 'Saya memang peminat Sam. Saya undi sms Sam sampai 20 ringgit sehari dan hantar undi Berita Harian.' Comel!! Dan Sam pulak, 'Terima kasih kepada Dato' Siti sebab tak bertanding tahun ni.' Haha. Klakar!


Dan ada satu lagi yang saya suka pasal ABPBH kali ni;


She looks soooo beautiful wearing hijab!!! Saya baru tau beliau dah ubah imej. Harap-harap kekal la macam ni...Chantek sangat! >_<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service