Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 2, 2014

Sepetang di Padang

Hujung minggu yang lepas saya dan En Openg bawa si kemabr ke padang bersebelahan dengan Masjid Shah Alam. Tak rancang pun..duk lepak-lepak kat rumah, terlintas pulak nak bawa diorang ke sana. Ni kali kedua la bawa..first time tu Pak Uda a.k.a Dede diorang yang bawak ke sana.

Amboih...kemain seronok anak dara dua orang tu berlari-larian! Yang first time tu lagi tak plan. SO memang tak bawak apa-apa pun. Sudahnya, pi cilok bola member sebelah! Terkebil-kebil kawan tu tengok bola kena rampas..sorry dik non! hehe..

So yang ni prepared sikit la..bawak bola sorang satu, bawak jajan ngan bawak air..seronok diorang! Berlari ke tengah padang, pastu patah balik kat mama minum air. Ala-ala isi minyak la kononnya!

Anak dara benti minum air..sempat bergambar peace lagi!


Serius memang seronok buat family riadah kat sini..untuk family yang ada berdekatan, disyorkan bawa anak-anak kat sini. Petang-petang memang meriah.. (sah lepas ni bawak selalu). Hehe..

Apa pun, family time is the best!

xoxo,

Tuesday, May 20, 2014

Bilamana Balik Kampung

Ho ho ho balik kampung!

Ho ho ho balik kampung!

Hati girang!~

(adaptasi lagu Sudirman dengan gaya tersendiri.haha)

Seronok kan balik kampung? Kampung saya jauhhhhh nun di Terengganu sana. Memang susah la nak selalu balik. Jeles pulak kite ngan orang yang boleh balik kampung tiap-tiap minggu..boleh gitu? Hehe.

Oleh kerana jauh, jadinya biasanya kitorang adik-beradik yang merantau ke negeri lain ni (macam merantau ke luar negara pulak bunyinye..kelas gitu!) akan pakat-pakat balik time yang sama. Baru la meriah suasana di hari cuti!

Apa yang best kat kampung?

1. Sesi bergossip sambil mendera anak

Maknya dan makciks dan tokma bergossip di atas katil. Lokasi: bilik tokma

2. Makan mom's cooking yang super duper best sampai menjilat sepuluh jari uols!

Haaa...tergoda tak? Rosak binasa diet iols!


Tokki mempromote masakan the wifey aka tokma..memang the best!

Banyak lagi la cara kitorang spend masa kat kampung..tengok yang ni pun dah cukup nak gambarkan keseronokan yang kitorang rasa.

Oh, tak sabarnya nak gathering lagi!

xoxo,

Monday, March 3, 2014

Soya ESP Shaklee..Selamat Ke Tak?


Haaa..hari ni saya nak cerita khas tentang Energized Soy Protein (ESP) Shaklee aje. Produk-produk Shaklee lain jangan jeles-jeles ye..entri lain nanti mak cerita pasal uols pulak.. (eh, boleh gitu? haha..)

Ni antara soalan-soalan yang saya selalu dengar kalau cerita bab ESP Shaklee ni..

"ESP ni ok ke tak? Selamat ke?"

"ESP ni soya kan? Same je ke dengan soya biase?"

Jawapan saya:

ESP Shaklee ni InsyaAllah selamat..dan ESP Shaklee ni tak sama dengan soya biasa yang jual kat kedai tu. Apa bezanya? Satu berkualiti tinggi, satu lagi tak pasti kualitinya camna..hehe..

Kenapa saya berani cakap soya dalam ESP Shaklee berkualiti tinggi dan lebih selamat berbanding soya biasa?

1. Cara pemprosesan ESP Shaklee berbeza!

Tahu tak anda yang sesetengah soya diproses menggunakan alkohol?  Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Haaa, this explains rumours yang cakap soya ni tak bagus dan tak sihat..


Soya ESP pula dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.


2. Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO


Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya Shaklee bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, komitmen Shaklee amat tinggi dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

Dan ada banyak lagi bezanya soya ESP Shaklee ni dengan soya biasa..Nampak tak? (dah macam cikgu cikgi gitu..)

Still lagi kata soya tak bagus untuk kesihatan? Ok..Ok..korang boleh baca lebih lanjut di sini ye..Happy reading!

Tawaran terhebat abad ini!


Oh, yang berminat untuk dapatkan ESP Shaklee (yang harga tengah menjunam-junam sekarang ni), boleh la kontek Shaklee Independent Distributor di bawah ni ye:

Ayuaz (eh..iols la ni ye? haha )
Shaklee Independent Distributor 889093
No utk dihubungi : 0126879546 (kontek jangan tak kontek!)

xoxo,

Tuesday, February 25, 2014

My Current Favourite Shaklee Set : SLIMMING SET!!

Haaaa...jangan tak tahu..saya sekarang ni tengah bercita-cita nak selim-melim macam zaman anak dara dulu uols..opsss..hehehe..okla, okla..zaman anak dara tu melampau la..cita-cita sekarang nak jadi selim melim mazam zaman lepas bersalin dulu..

Eh, jangan tak tahu..iols selim tau lepas bersalin! Sekarang? hohhh..toksah cakap la..tambah 10 kg! Aduhai badan..senang beno nak naik..so, demi mencapai cita-cita dan impian di samping men'surprise'kan sang suami terchenta (haha!), saya dengan ini memperkenalkan..

Set Slimming Shaklee!

Sebenarnya, slimming set ni agak variety, bergantung kepada budgetlah biasanya..dalam entri saya kali ni, saya nak bercerita tentang set Shaklee yang saya ambik buat masa sekarang ni..

Saya ambik Omega Guard..untuk kawal kolestrol dalam badan..


Saya ambik Lecithin..untuk memecahkan lelemak tepu yang menyorok bawah kulit ni..


Saya ambik Alfalfa..untuk detoxkan badan..



Dan saya ambik Herb-lax jugak..untuk buang segala yang tak diperlukan oleh badan saya..dengan erti kata lain, er..untuk lawas!

Haaa...tu secara ringkas saya ceritakan tentang apa yang saya ambik dan sebab apa saya ambik produk-produk ni..Insya-Allah dengan Shaklee dapat membantu saya mencapai impian saya. Yang penting, konsisten dan yakin..dan yang paling penting, kena ingat..segalanya Allah yang tentukan..ye dak? Kalau Dia kata ya, maka ya lah jawabnya. Part kita, kita usaha dan tawakkal..

Eh, bagi tazkirah pulak kat sini..hehe..bukan..sekadar peringatan untuk kita bersama. Apa pun, ni secara ringkas aje tau! Nak tau lebih lanjut, boleh la roger-roger ye..ingat motto.. 'Stay Healthy Till Happy! :D


xoxo,

Friday, January 31, 2014

Cinta Pandang Pertama..

Curlasss tak topik iols? haha..

Er, cinta pandang pertama dgn En. Openg? Oh..bukan..yang tu biarlah rahsiaaa..ahaks! Hari ni saya nak cerita macam mana saya boleh 'berkenalan' dengan chenta hati dan jiwa dan badan saya..SHAKLEE..




Saya melahirkan kembar saya pada November 2011. Masa tu rasa macam dah fully prepared nak jage twin ni. Buat research sane sini, tanye kawan yang ade experience semua. 

TApI saya lupa, lain bayi lain caranya. Turn out to be, waktu dalam pantang tu anak-anak saya sangatlah kuat nanges. Sikit sikit nangis. Saya memang niat nak fully menyusu badan. So bila diorang nangis, after check bende lain (kembung ke tak, pampers basah ke tak), and takde problem, so saya susukan diorang. Bayangkan! Last last tu saya yang jadi penat sangat..dah takde energy dah kate orang. Yela, siang malam macam tu. tido pun macam tak tido sangat..

Time tu En. Openg dah suggest utk pakai susu formula sebab kesian tengok saya macam tu. dah jadi macam patung bernyawa pun ada (hyperbola sket. Aha). Saya tak nak..nak jugak menyusu badan. Time tu baru la saya usha sane sini tengok macam mana cara nak banyakkan susu (takut diorang tak kenyang) and badan still bertenaga. And after doing some research, saya ambil keputusan utk cuba Shaklee. Memang sebelum ni dah banyak kali dengar pasal Shaklee, tapi tak terfikir nak ambil.

Hasilnya? Memang jatuh cinta terus lepas pertama kali consume..





Alhamdulillah, saya tau dan yakin yang saya dah buat keputusan yang tepat dengan memilih Shaklee..susu badan tak pernah susut (rezeki dari Allah jua) sampai saya ambik keputusan nak stop sebab kursus jangka masa panjang dan badan kekal sihat bertenaga! 


So korang kat luar sana..tak nak try ke? ;)


xoxo,

Thursday, January 9, 2014

New Work, New Environment..

Ok.

Mana nak start ye..

Hurmmm...

Abes saja kursus yang macam bertahun nak abis tu, Alhamdulillah saya masih kekal di Selangor. Tapi tak tentu balik ke pejabat lama. Masa ditanya,

"Awak nak balik ke opis lama tak?"

Saya macam blur sekejap. Hati kata mauuuuuu sangat! Yela, environment lama, yang dah biasa..dah serasi kata orang. Tapi bila difikirkan, siapalah saya nak demand lebih-lebih. So saya cakap saya tak kisah, terpulang kepada pengurusan.

Maka..

Di sinilah saya sekarang..Opis lama ke? Tentulah tidak! Katanya better bertukar. Good for career development. And dapat pengalaman baru jugak..Kat mana? Mujur masih lagi dekat dengan rumah..di Bahagian Korporat. Wow! Ye..ye..saya tau..totally unrelated dan sangat sangat jauh dari job scope saya sebelum ni kan?

Mula-mula lapor diri balik dan dapat tau penempatan, macam ni la saya..

Apekah?

 
Pastu bila dah masuk opis baru jadi camni..


Ape nak buat kat sini?

 
 Pastu bile dah tau jobscope..

Ngaaa..tak penah buat! Boleh ke aku ni??

 Haaaa...hiperbola tak saya? Haha..Tapi Alhamdulillah..pegawai-pegawai, rakan sepejabat semua sangat helpful dan tak lokek beri tunjuk ajar. Sikit-sikit saya belajar..Sekarang pun masih lagi dalam proses pembelajaran..

Harapnya saya dapat la memberikan performance yang umppphhhh meletop kedebommm gitu kat opis baru ni..Haha..Amin... :)

xoxo,


Monday, January 6, 2014

Permulaan Tahun Baru..


Ha.. sedar tak sedar, kita dah menginjakkan kaki ke tahun 2014. Lagi 6 tahun nak sampai ke Tahun 2020. Cepat kan masa berlalu?

2013 dah berlalu pergi meninggalkan kita semua. Masa tak boleh undur-undur dah tau! So apa pencapaian korang semua sepanjang tahun 2013 yang lepas? (soalan bajet bagus je kan..macam la saya ni cemerlang sangat..haha). Ok takpe..lemme see..

Tahun 2013 :

Aliya ngan Anis dah masuk tiga tahun..OMG! Macam tak caya je! Tu la yang paling buat saya rasa cepatnya masa berlalu..dah panjang akal dah! Bak kata adik-adik saya, diorang ni macam tweety bird ngan ciken little!


 
 
 Err..same ke?

En. Openg..well, maintain selim melim macam tu jugak (jeles iols okay).. sepanjang stengah tahun lepas dia la yang duk jaga si kembar semasa saya berkursus 6 bulan. Lama ok! Sangat tabah dan sabar. Suami-suami dan bapa-bapa di luar sana, sila contohi ya! Muaahahahaha (gelak bangga)

Saya? Hmmm...dah berisi dah.. Eh, bukan berisi yang 'itu' ye..berisi dengan lemak di sana sini. Konon target nak kuruskan badan time kursus..dah imagine dah surprisekan sang suami dengan penampilan baru yang cun melecun meletopss.. A ah, ye la tu..memang surprise, tapi dengan saiz badan yang bertambah. Waaaaa! Takpa takpa..bawak jadikan azam tahun 2014 pulak! hahahah...

Korang pulak macam mana? ;)


XOXO,

Friday, April 5, 2013

Tangga Menuju Kejayaan..


Ha..hebat tak tajuk post saya kali ni? Apa maksudnya tu? Ok..sebenarnya entri kali ni saya buat khas untuk abang sulung saya, Ami Rozaidi, yang jealous sebab saya buat entri khas untuk adik saya (refer entri sebelum ini). Haha..

Tak adalah! Gurau saja..ayat sama macam sebelum ni..jangan marah ye abang..nanti cepat tua! Jatuh saham kang! Haha..

OK..ok..yang sebetulnya entri ni khas untuk abang saya yang sedang mendaki dan terus mendaki untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan. Buat abang yang akan membuka firma guamannya sendiri tak lama lagi (InsyaAllah..) diucapkan selamat maju jaya dan adik-adik semua mendoakan kejayaan abang sulung diorang ni. Kami bangga tau!





Dah..tak payah nak jealous-jealous bagai! ;p


Thursday, April 4, 2013

Birthday Gurl

Walaupun dah agak-agak terlambat sikit (er...sikit je kan? kan?), saya nak jugak wishkan..


kat adik musyuk saya yang sangat sangat sangat sangat tak matured itu. (haha..jangan marah dikmi! Nanti cepat tua!) :p
Ha? Apa? Tak percaya? Kalau tak percaya, cuba tengok kat bawah ni..


Ha..matured kan? (ni post nak kena cekik ngan birthday gurl nih..haha). Again, jangan marah darling! Nanti cepat tua! ;p

XOXO,

Friday, January 4, 2013

Gelagat Kami!

Kali ni saya tak nak cakap panjang-panjang, bebel banyak-banyak. Terasa nak share dengan semua gelagat dan keletah anak-anak dara saya sepanjang tahun lepas..so, enjoy!

Ape tengok-tengok? Bagi sebijik kang! (harap maap..mama tak berjaya nak rotate pic..hihi)

Gembira bermain dengan toys baru

Ok kakak! Jom kite lumbe sape sampai kat mama dulu!

Cubaan si adik untuk bermanje ngan si kakak..aha!

Mama ni! Terkezut kami tau!

Mama! Kaki Aliya tersepit ni! Cemane nih?

Kami bukan gaduh ye! (sekali lagi gagal rotate..aiyak..)

Jom join kami mandi meh!
 Dan yang terbaru...

Tudia..aksi ganas si adik sambil dipantau oleh kakak yang prihatin..

Haha...seronok sangat tengok diorang ni. Tu belum lagi tengok budak dua orang ni suka geleng-geleng. Kata Teacher diorang, siap buat bulatan kat school, and diorang lead kawan-kawan sebaya acara geleng kepala beramai-ramai. Nasib baik bawah umur..Kalau tak dah nampak macam ajaran sesat dah. Haha..




Monday, December 31, 2012

31 Disember 2012

Hari terakhir bagi tahun 2012..

Dah lame dah tak post apa-apa kat sini kan? Dah bersarang bersawang bermacam-macam lagi dah blog ni. Al maklumlah..kerja tak sudah-sudah. Lunch hour pun pi bantai buat kerja jugak. Kalau sebelum ni, sempat la jugak nak intai-intai kat sini. Sekarang, takdak maknanya...

Balik rumah? A'ah, yela tu boleh bukak laptop kat rumah. Duk melayan si kembar tu aje kerjanya. Kalaupun diorang tengah main, nampak aje papa mama diorang bukak laptop ke, ipad ke, habis la. Berkejar nak ambik. Berebut-rebut lak tu. Tu yang jarang sangat-sangat bukak laptop kat rumah. Ipad bole la, bukak jugak la (papa buat main game). Tu pun asyik basah kuyup dek kena cium ngan si kembar tu. Aduhai anak..

Tapi! Hari ni nak jugak post something kat sini. Konon sebagai penutup bagi tahun 2012..Kelas gitu!!

Ok, apa yang menarik bagi tahun 2012? Banyakkkkk sangat! Tapi yang paling saya treasure, melihat si Aliya dengan Anis membesar depan mata saya sendiri. Yela, masa diorang kecik and masa baby ni la diorang cepat membesar kan?Rugi sangat kalau terlepas time ni. Nasib baiklah tak kena pergi kursus lama-lama tahun ni. Fuhhh...(tapi bersedia la nak pi kursus 6 bulan tahun depan..isk).

Si Teciks ready nak makan

Dalam-dalam seronok tu, ade jugak dukanya tahun ni. Pemergian arwah tokki..Sedih sangat! Tak sangka betul arwah pergi time ni..Dalam tidur pulak tu. Saya mendapat khabar pemergian beliau pagi Sabtu awal Disember tempoh hari. Tu pun lepas dah berbelas miscall (sorry adik-adik..tak perasan). Terus berkejar balik ke Terengganu tang-tang tu jugak. Walaupun ralat tak sempat jumpa sebelum arwah meninggal, tapi Alhamdulillah sempat cium arwah sebelum dikebumikan. Untuk arwah Tokki, moga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...Al-Fatihah..

Majlis tahlil arwah..

Ok lah! Lunch hour pun dah habis, kerja pun dah menunggu, sampai sini dulu ya! Lain kali saya post panjang-panjang best-best ok! Tata titi tutu~


Wednesday, July 18, 2012

Aliya & Anis : 8 Bulan!

Hmm..sedar tak sedar, hari ni si kembar dah berusia 8 bulan 1 hari. Dah besar rupanya anak-anak mama ni! Sekejap aje rase mase berlalu...ish ish ish..

Hi u ols! Meet us the cute twin! XD

Ha? Apa perkembangan diorang sekarang? Dah dapat kaki (kate orang)? Belum..belum lagi..  TAPI..sangat sangat sangat la aktif. Hadoih! Penat mama nak kejar sorang sorang tau! Setakat ni, both my cuties belum boleh merangkak lagi. Sedang aktif mengengsot gitu. Ehe. Anis dah stabil dah posisi merangkak die. Cuma belum sampai tahap gerakkan tangan dan kaki ke hadapan lagi. Bile dah posisi merangkak tu, suke la die duk berayun sampai la die penat. Dah penat baru die meniarap balik. Comel tak? Hihi. Aliya baru angkat bontot aje. Belum posisi merangkak lagi. TAPI (lagi sekali ye)..kalau dah letak kat bawah, die la yang paling laju mengengsot ke sana ke mari. Faveret spot die? Cube teka! Apa? Atas tilam? Atas tikar evamatic ABC yang papa beli tu? Oh, no no no...Faveret spot die adalah tepi langsir kt sliding door tu, kat betul-betul depan TV main vcd player, sebelah peti ais, and the best spot is...lalu bawah kerusi. Aduhai anak mama..suke main terowong terowong ni ye...

Mama! Aliya dah lepas terowong~

Anis camna pulak? Selain daripada duk posisi merangkak die tu, Anis ni sukeeee sangat2 memanjat atas sumthing. Atas paha, atas kaki kalau kite lunjurkan, n yang paling best..haaa..cube tengok kat bawah ni...

Siap tertonggeng2 tu...seb baik la kasi main pek kecik -_-"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service