Dah lama kan saya tak membebel dekat sini? Blog ni pun dah agak-agak nak bersawang dah. Ehe. Maklumlah...ibu mengandung anak dua..Bukan anak kedua tau! Baru anak pertama, tapi Alhamdulillah rezeki dapat dua sekaligus. Ramai yang cakap...
'Eh..eh..bestnye! Dapat dua terus!'
'Untungnye! Tak payah nak tunggu lama-lama'
Macam-macam lagi la..Tapi..penatnya, hanya kita yang rasa kan? Ops...bukan nak mengeluh, mahupun nak kata menyesal. Memang saya bersyukur sangat-sangat diberikan rezeki dua kali ganda berbanding orang biasa (er..saya luar biasa ke? ahaks..). Sekadar nak meluahkan rasa hati ini :)
Okla..okla..membebel pulak ye..sebenarnya saya lama berehat dari berblogging kerana desakan tugas yang berlambak. Yela, nak cuti panjang kan..saya pun pulun la habis-habis. Kononnya tak nak la tinggal kerja terbengkalai. Tapi kerja kan..tak pernah nak habis. Hari-hari balik pukul 7 malam pun tak habis-habis lagi kerja. Malam dah exhausted. Memang tak larat la nak berblogging bagai.
Eh..melalut lagi!
Sebenarnya saya nak cerita pengalaman saya bersalin..Ha..Nak dengar tak? Nak dengar tak? Haha..(perasan fofular la pulak..). takpe la, saya nak cerita jugak walaupun takde yang nak dengar. Haha..Macam ni..
14 November 2011, Isnin
Pagi tu saya pergi ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk monthly check-up. Saya memang kena pergi kedua-dua klinik dan hospital untuk monthly check-up,sebab twin cases. Tunggu punya tunggu, akhirnya dapat jumpa doc dalam pukul 11 pagi. Doc scan babies, cakap baby ok. Lepas tu..
Doc : oh, dah almost 36 weeks ye. Belum rasa apa-apa lagi ke?
Saya : Contraction ke? Belum lagi Doc..Saya tak rasa sakit apa pun lagi..
Doc : Untuk twin cases, kita memang tak bagi lama-lama. Sebab takut berisiko. Paling lama pun kita bagi dalam 36 - 37 weeks la. Sekejap ye, saya call doktor pakar.
(lepas tu doc bincang dengan doktor pakar tu dan tanya tarikh yang sesuai).
Doc : Ok, saya dah check dengan doktor. macam ni, kalau by 23 haribulan ni tak rasa apa-apa lagi, awak kena serah diri dekat hospital la. Doktor ada time tu. Lepas tu kita akan induce untuk force baby keluar. Nanti saya bagi admission letter.
Saya dah macam...what??? Lepas tu apa doc cakap saya dah tak focus. Terus menggeletar satu badan. Saya tak sedia lagi nak bersalin!! Nak menangis pun ada masa tu. Terkejut agaknya. Haha. Terus saya call En. Openg untuk inform dia. Dia pun sama. Speechless..
Lepas discuss dengan En. Openg, kami bersetuju untuk dapatkan second opinion di KPJ Shah Alam. Kebetulan, saya akan ke KPJ Shah Alam pada minggu yang sama untuk regular check-up juga. Tamak kan? Kerajaan pergi, swasta pun pergi. Hehe. Bukan..alang-alang tempat kerja En. Openg cover, kita ambil la peluang..ye dak? ;)
16 November 2011, Rabu
Saya ke KPJ Shah Alam bersama En.Openg untuk check-up. Kalau ke sini, memang En.Openg temankan sekali. Hati dah berdebar-debar dah ni. Sebenarnya, check-up kali ni, saya mengharapkan doktor mengesahkan yang saya masih boleh bersalin minggu ke 38 dan ke atas. Konon-kononnya nak prepare mental dan fizikal dulu la..Takde la terkejut sangat. Haha..So masa check-up..
Doc : I'm not happy with what I see..
Saya : Kenapa Doc?
Doc : Cuba you tengok ni..one of your baby ni air ketuban dah kurang. Nampak tak macam dia sempit sikit compare dengan your other baby?
Saya dan En.Openg tengok la dekat monitor. Memang betul, tak nampak sangat ruang kosong yang ada air ketuban. Nampak macam my baby yang memenuhi kantung tu, without any space for air ketuban (I wonder kenapa Doc cakap ok masa check di HTAR..no comment!).
Doc : So I suggest you admit today. I akan inject ubat untuk matangkan paru-paru your babies, since baru 36 weeks and kita operate tomorrow. I tak advice tunggu lama-lama, takut berisiko for you baby tu..
Erk! Konon nak lambatkan masa bersalin. Ni lagi drastik! Saya dan En.Openg dah blur. So kami cakap dekat Dr. Siti Esah yang kami nak bincang dulu dan akan inform dia apa keputusan kami. Lama jugak la masa kami ambik nak dapatkan kata putus. Akhirnya, setelah fikir masak-masak, saya bersetuju untuk serah diri ke KPJ Shah Alam pada hari tu...
Nak tau lagi? Tunggu Part II ye! ;D
Salam puan...
ReplyDeletejust nak tanya KPJ Shah Alam kat mana yerrrrr...
orang rumah saya berhajat nak mintak keje situ...
leh bagi alamat tak...??? TQ...
meh datang ke blog saya
Salam..KPJ Shah Alam tu kat area seksyen 20..ooo wife nak mintak keje kat sane eh..ni alamat die:
ReplyDeleteKPJ SELANGOR SPECIALIST HOSPITAL
Lot 1, Jalan Singa 20/1, Section 20
40300 Shah Alam, Selangor
Tel: +603-55431111
Fax: +603-55431722
Email : kpjselangor@kpjselangor.kpjhealth.com.my / info@kpjselangor.com
All the best to your wife! :)
michael kors handbags outlet
ReplyDeleteyeezy shoes
adidas gazelle
golden goose sneakers
nike air max 2018
fila shoes
bape hoodie
nike lebron 16
mbt
yeezy
Doc : So I suggest you admit today. I akan inject ubat untuk matangkan paru-paru your babies, since baru 36 weeks and kita operate tomorrow. I tak advice tunggu lama-lama, takut berisiko for you baby tu..
ReplyDeletesimple black punjabi suit design
plain black churidar