Nak tahu apa kisah selanjutnya? Selamat membaca! :)
16 November 2011, Rabu
Lepas semua prosedur dah dilaksanakan, jam 2 petang saya dah dimasukkan ke wad di KPJ. Memang tak sangka kan? Kononnya nak melambatkan tarikh bersalin, alih-alih makin cepat pula. Kemudian saya diberi suntikan untuk kuatkan paru-paru anak-anak saya, macam yang Dr. Siti cakap pagi tu. Saya dapat 2 kali suntikan. Lagi sekali selepas 12 jam, dalam pukul 3 pagi macam tu..
Memandangkan saya mengambil 2-bedded room, maka En. Openg tidak dibenarkan bermalam. Yela, untuk menjaga keselesaan partner sebelah katil saya. Oh, waktu saya dimasukkan, katil sebelah tu memang dah berpenghuni. Baru saja selesai menjalani caesarean. Cuak kan! Sedih jugak la time tu..sebab kena stay kat hospital sorang-sorang. Seram pun ada. Yela, saya mana pernah bermalam di hospital lagi. Tidur pun saya pasang lampu. Nasib la jiran sebelah ye..haha..
17 November 2011, Khamis
Hari yang dinanti..penuh debaran..chewah! ;p
Pagi tu awal-awal lagi En. Openg dah tercongok depan saya. Suami mithali kan? Sebenarnya saya yang paksa dia datang awal ke hospital. Haha. Yela, tak nak la duduk sorang-sorang. Menakutkan okeh. Family saya pula bertolak dari Terengganu pagi yang sama. Saya dijadualkan bersalin secara caesarean pada jam 2 petang. Sebelum tu, saya tak dibenarkan makan atau minum bagi mengelakkan muntah sewaktu pembedahan (pembedahan ty..scary!).
Jam 1 tengah hari, 2 orang nurse datang ke bilik saya untuk siapkan saya ke bilik pembedahan. Masa tu, En. Openg masih lagi menemani saya. Yang tak bestnya, En. Openg tidak dibenarkan menemani saya sewaktu pembedahan dijalankan. Agaknya takut sang suami pengsan kot. Hehe. Jam 1.30 petang, saya dah ada di ruang menunggu untuk masuk ke bilik pembedahan. Siap bersalin baju dan pakai penutup di kepala. Masa tu, saya tak fikir apa dah. Mulut memang tak berhenti berzikir. Hmmm...nak kata takut tu, ada la sikit. Tapi sikiiiit aje. Thanks to 'Expecting When You Are Expecting' book. Nasib baik saya baca buku tu. Cara buku tu bercerita pasal caesarean as if ianya bukanlah sesuatu yang menakutkan. Sebab tu saya agak tenang..
Tak lama selepas tu, saya ditolak masuk ke bilik pembedahan. 2 orang doktor dah sedia menanti di sana. Dr Siti untuk pembedahan, dan Dr Hassan (kalau tak silap saya) untuk masukkan bius dalam badan saya. Saya dibius separuh badan. Doc start pembedahan bila saya dah tak rasa apa dari pinggang ke hujung kaki. Kaki pun tak boleh nak angkat time tu. Memang sedar la waktu pembedahan dijalankan. Tapi tak nampak, sebab pandangan saya dihalang dengan sehelai kain yang digantung di hadapan saya. Cuma rasa yang perut saya ditolak-tolak dan ditekan-tekan time operation. Tapi tak sakit pun. Serius! :)
Sepanjang operation, doc kerapkali memanggil nama saya. Agaknya tak nak kasi saya pengsan kot. Jam 2.19 petang, sedang saya menunggu, tiba-tiba dengar suara baby menangis. Kuat! My first baby! 2 minit kemudian, satu lagi suara menangis. Pun kuat jugak! Rasa nak menangis aje time tu. Lepas nurse balutkan diorang, nurse bawak untuk saya cium. Comel sangat diorang! Kecik aje time tu..Saya minta nurse bawakan diorang kepada En.Openg untuk diazan dan diiqamahkan..
Lepas siap dijahot, saya ditolak ke treatment room. Lama jugak la saya dalam tu. Dalam sejam kot. Masa tu saya rasa sejuk sangat, Badan pun menggigil. Saya diletakkan di sebelah warmer untuk naikkan balik suhu badan saya. Agaknya kesan daripada bius tadi kot..Lepas suhu badan saya dah kembali normal, barulah saya dihantar pulang ke bilik untuk berehat..
Scary tak? Harap semua dapat bayangkan macam mana pengalaman bersalin saya. Kalau nak cerita detail lagi, lagi la panjang jadinya. Takut bosan pulak nanti. Hehe. Apa pun, ianya satu pengalaman yang sangat berharga bagi saya, walaupun saya tak bersalin secara normal. Janji budak comel dua orang tu selamat dan sihat..Ye dak? Nak tengok gambar diorang? Nanti saya share dalam next post saya ya? So tunggu.. ;)
tahniah ayu azriati
ReplyDeletethanks dear :)
DeleteTahniah..brp yer kos ceaser kat situ? Tgh survey2 utk deliver second baby next year..mmg kena ceaser sbb sy ada masalah sket..
ReplyDeleteiman mutiara: thanks dear..erm, since saya dlu twin cases, so almost 10k jugak la.tp kalau single baby, rsenye around 6-7k kot.. :)
Deletewah anak kembar ke? bestnya...hehehe..saya pun tgh tunggu hari bersalin ni...dah nak masuk 39 minggu..:)
ReplyDeleteEnna: Best! Enna dah 39 minggu? Dah dekat sangat dah tu! Congrats in advance dear! Single ke twin jugak? ;)
DeleteTahniah2..Seronok baca cerita sis.. saya pun berharap dapat bersalin di KPJ.. Cuma xtahu latest charges sekarang ni.. Doakan ye :)
ReplyDelete