Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers

The Twin!

Thursday, August 18, 2011

Ibu Mengandung Berpuasa?

Tahun ni merupakan tahun pertama saya berpuasa bersama suami terchenta, En. Openg. Dan akan menjadi kali pertama juga kami beraya bersama-sama. Kalau diikutkan, sepatutnya daripada tahun lepas lagi kami dah berpuasa dan beraya bersama. Apakan daya, En. Openg kan merantau ke UK untuk mecari sesuap nasi. Chewah! So saya masih lagi berpuasa dan berhari raya sebagai seorang yang ala-ala bujang tahun lepas. Hoho.

Dan tahun ini menjadi lebih istimewa sebab saya dan En. Openg berpuasa dan akan beraya bersama-sama dua orang budak kecik dalam perut saya ni (walaupun belum melihat dunia, saya dah assume diorang dah ada dengan kami) :D

Macam mana puasa? Mula-mula tu, saya risau jugak. Yela, saya dapat banyak sangat nak sihat macam ni..

'Kalau tak larat, jangan paksa diri. Nanti memudaratkan ibu dan anak-anak dalam perut tu..'

Maklumlah, saya mengandungkan dua orang sekaligus. Er..teruk sangat ke sampai tak larat nak puasa? Saya pun tak pasti saya akan lalui bulan puasa tahun ni macam mana. Tapi saya tekadkan dalam hati, kalau boleh, saya nak puasa penuh tahun ni! Maklumlah, bukan selalu dapat puasa penuh kan kalau dah namanya perempuan. Ehhe. So saya cakap dengan anak-anak saya.. 'Baby-baby mama, bulan ni mama nak puasa tau. So takle makan suka-suka hati. Mama makan awal sangat, sebelum Subuh and mama makan balik bila dah masuk Maghrib. So baby-baby mama ni kena tolong mama ok. Kena kuat sikit la...'

Selalu jugak saya cakap dengan diorang macam tu. Kalau ikutkan, dalam usia 5 bulan dalam kandungan ni, diorang dah boleh dengar apa yang kita cakap kan? Saya pun buat sikit study jugak pasal ibu mengandung yang berpuasa. Simptom-simptom macam mana yang menggalakkan ibu mengandung berbuka. Semua tu saya dapat dalam majalah Pa & Ma.



Cuak-cuak saya, saya kuatkan jugak semangat nak berpuasa. Alhamdulillah, masuk hari ni, dah 18 hari saya berpuasa. Tak pernah tinggal lagi. Hebat kan saya? hehe.. Takde lah, ni pun atas bantuan si kecik berdua dan En. Openg yang sangat memahami. Biasanya saya akan masak banyak untuk berbuka puasa. Sebab saya save kan untuk sahur sekali. Hehe. Ada jugak time saya tak larat. Macam letih sangat, sampai rasa tak larat nak masak semua tu. Time-time macam tu, siapa lagi..hero malaya la yang tolong. Hihi. Sama ada dia akan masak, ataupun kami akan berbuka di luar. Thanks for being soooo understanding sayang! :-*

Bazar ramadhan? Hoho..tu la antara tempat yang kami selalu cuba elakkan bulan puasa ni. Tergoda ke? Tidak..bukan sebab tu.. Tapi sebab ramai sangat orang! Rasa sesak. Tambahan lagi dengan keadaan saya yang berbadan dua ni. Jalan pun dah macam siput, ada hati nak ke tempat yang ramai orang macam tu..Kalau diikutkan, baru 2-3 kali kami ke bazar puasa kali ni. Tu pun sebab nak beli kuih dalam kuantiti yang agak banyak (saya memang sah-sah malas nak masak) ;p



Korang semua, macam mana puasa tahun ni? ;)

2 comments:

  1. Pengalaman mengandung + berpuasa memang memenatkan kan..saya pun first baby gak, dan first time mengandung dan berpuasa.. Awal ramdahn berkobar2 nak puasa penuh, abis Ramadhan, lubang jugak 3 hari..hehe.

    All the best! Smoga dpat menyambut kelahiran baby nanti dengan gembira~

    ReplyDelete
  2. Amanda Eltiqaz: thanks dear..sori for the late reply (very2 late infact -_-"). Dah nak dekat setahu dan kot. Aha. Update - alhamdulillah tahun lepas full puasa. bangga n hepi sangat2! Looking forward to this coming ramadhan. kali ni sebagai ibu menyusu pulak! :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service