Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers

The Twin!

Wednesday, July 27, 2011

Duit Syiling Baru

Berita terkini! Hehe..orang lain semua dah kecoh-kecoh. Saya aje yang baru nak share pasal duit syiling baru ni kan. Haaa...jangan tak tahu. Bank Negara nak keluarkan duit syiling baru, dan akan mula berada di pasaran (chewah!) pada awal tahun depan. Bagus jugak ye..sebab dah lama sangat dah kan kita pakai duit syiling yang sedia ada ni. Apa salahnya sekali sekala buat pembaharuan. Melangkah setapak maju ke hadapan! ;)

Ni la rupa dan saiz duit syiling yang baru nanti..
Oh, untuk maklumat lebih lanjut, kat sini saya kongsikan artikel yang diperoleh dari Bank Negara Malaysia. Alert! Alert! :D

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baru sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini (25 Julai 2011) oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baru ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna, dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Siri baru duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling baru ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelakkan daripada pemalsuan. Logam baru yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang berkualiti dan tahan lama.

Reka Bentuk Duit Syiling



  • Bahagian hadapan duit syiling
    Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan 14 titik yang melambangkan 13 Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai 5 garis mendatar yang melambangkan 5 prinsip Rukun Negara.
  • Motif bagi setiap denominasi adalah seperti berikut:



  • Bahagian belakang duit syiling
    Bahagian belakang semua duit syiling memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia' sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.
Haaaa...lepas ni boleh la simpan duit-duit syiling yang lama tu ye untuk dijadikan kenangan. Sebab duit syiling lama akan dimansuhkan secara berperingkat dan digantikan dengan duit syiling baru ni. Hurmmm...teringat pulak kat duit syiling seringgit yang warna kuning tu. Takde lak terfikir nak simpan dulu-dulu..Ada sesiapa yang simpan ke? ;)


3 comments:

  1. xmo simpan la...tp klu mu terasa mcm nk bg duit 50 lama tuh..nk gak ak simpan...tp yg mu bg la...kuikui

    ReplyDelete
  2. tq ayu sharing..hurmm..kalo sempat keluarkan time nk raya..boleh bagi duit syiling as duit raya :)

    ReplyDelete
  3. doy : er...takpat! haha. baik aku simpan masuk bank lagi bagos.. ;p
    intan : u r welcome dear..tak sempat la yang nk pakai raya ni..kalo tak silap tahun depan baru diedarkan. huhu~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service