Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 22, 2011

Minggu ke-14

Diam tak diam, anak-anak dalam kandungan saya dah hampir 14 minggu usia mereka. Perut saya pun dah mula rasa menegang dan tak selesa. En. Openg selalu kena marah dengan saya sebab dia sukeee sangat cucuk-cucuk perut and pinggang saya. Tak selesa tau! Bila dah kena tegur, dia cucuk tempat lain pulak. Lengan la, kaki la...haih..macam-macam la hubby saya sorang ni. Tapi itu la penghibur saya setiap hari. Hehe...

Oh, sempena usia chomel-chomel saya yang dah hampir mencecah 14 minggu ni, saya nak kongsi sedikit perkembangan bayi di dalam kandungan pada usia 14 minggu. Untuk panduan saya, dan juga ibu-ibu mengandung di luar sana.. :)


Masuk minggu ke 14, degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita (lajunye!). Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat salur darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa.

Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi adalah sekitar 3 setengah inci/ 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns/ 43 gram (last month, ukuran diorang dalam 5 cm sorang..I wonder..macam mana la sekarang ye?). Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerutkan dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak.

Sumber : Mengandung.com dan BabyCenter

Hmm..hujung minggu ni saya akan ke SMC untuk jalani pemeriksaan bulanan. Tak sabar rasanya nak tengok bayi-bayi comel saya! Berdebar-debar pun ada jugak. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Nanti saya kongsikan perkembangan mereka ye! Doakan babies dan mommy ni ye! :D

7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service