- Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama menanggung hutang suami. Seeloknya bahagikan sama rata, isteri bayar bil air, suami bayar bil elektrik.
- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kena la memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.
- Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada mak anda.
- Jangan demand hubungan intim sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahawat sahaja.
- Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam ular sawa. Ada juga isteri baru buka lampin anak, suami dah muntah bagai nak rak sebab tak tahan tengok/bau tahi anak.
- Jangan sekali-kali duduk bersandar depan TV atau relaks macam tauke besar sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut berlari masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan, goyang kaki.
- Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai turn isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, ayam licin..tinggal tulang, janggut sotong, ekor taugeh.
- Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu. Kalau boleh sehari dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga).
- Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu especially perut. Banyak suami yang perut jalan dulu..
- Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengorat isteri anda dulu. Jangan sesekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
- Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Rezeki tak masuk nanti..
- Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami 'degil' tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela menolong.
- Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor (bini bukan buka kedai dobi). Dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah (jangan nak berjimat sangat, kedai mamak jual murah aje). Bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya. Dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? Ni semua Kemahiran Hidup ni!
- Kalau keluar berjalan, biarlah seiringan. Ada suami yang jalan dulu, sebab isteri lembap sangat. Awak tu bukannya bujang lagi, jangan nak eksyen lebih.
- Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
- Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Kami pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tetapi diputarbelitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
- Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat tentu awak tak boleh tolerate jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
- Kalau tak suka sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aje. Kalau kita sakit atau nazak nanti, siapa yang akan jaga kita?
- Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjukkan anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri dah nazak pun tak perasan.
- Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya adalah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.
- Dalami agama dan bimbinglah isteri dan anak dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isterinya pun masuk syurga. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan isteri suami masuk neraka. Tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan tapi ini didengar dari seorang ustaz.
- Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. Jangan buat tak hirau kalau isteri merajuk atau kecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf. Kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau suami tak ambil kisah, perasaan isteri bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh jadi kanser kepada isteri.
Wednesday, May 11, 2011
Petua Rumahtangga Bahagia Siri 3 [untuk lelaki]
Kalau sebelum ni, entri saya lebih kepada untuk kaum Hawa, kali ni saya nak kasi lagi petua untuk rumahtangga bahagia aman damai untuk kaum Adam pula. So, selamat beramal! ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PR Checker
Check Page Rank of your Web site pages instantly: |
This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service |
No comments:
Post a Comment