Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 23, 2011

Tips Kesihatan : Pemakanan Sihat

Hari ni saya tergerak hati untuk berkongsi tentang tips kesihatan yang baik untuk diamalkan oleh kita semua. Sama-samalah kita amalkan ye! :)

Di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang mungkin boleh dikongsi bersama mengenai cara pemakanan yang bagus.


  • Jangan makan kombinasi makanan seperti di bawah ini:
  1. Jangan makan SUSU + DAGING
  2. Jangan makan DAGING + IKAN
  3. Jangan makan IKAN + SUSU
  4. Jangan makan AYAM + TELUR
  5. Jangan makan IKAN + TELUR
  6. Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  7. Jangan makan SUSU + CUKA
  8. Jangan makan  BUAH + SUSU, CTH: KOKTEL
  • Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu barulah makan nasi.
  • Tidur 1 jam selepas makan tengahari
  • Jangan makan malam terlalu lewat. Kalau boleh, makanlah sebelum Maghrib.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan barat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion- , jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadilah tindakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Islam menyarankan kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan baik. Berikut merupakan beberapa amalan yang boleh diamalakan untuk menjaga kesihatan :
  • Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakannya tak gemuk.
  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan ais ye..) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah kena penyakit).
  • Waktu solat Subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas kita membaca doa). Ia boleh mengelak daripada sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam salur darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis disunatkan menjilat jari. Ahli sains juga telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzim yang berfungsi mencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Ingat..


    Mungkin perkara yang disenaraikan dah banyak kali dan biasa sangat kita dengar. Tapi kalau setakat dengar dan tahu sahaja tapi tak amalkan, apalah gunanya. Yang penting..

    Kita baca...kita faham...kita amal...dan kita sebarkan~  :)


      1 comment:

      1. Di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang mungkin boleh dikongsi bersama mengenai cara pemakanan yang bagus.
        pakistani stitched designer suits
        pakistani suit cutting and stitching

        ReplyDelete

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      PR Checker

      Check Page Rank of your Web site pages instantly:

      This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service