Thursday, February 24, 2011
Video : OST You're Beautiful - Without Words
Ingat tak post saya pasal drama Korea bertajuk You're Beautiful tu? Saya dah habis tengok semalam! As expected, tak mengecewakan saya. Happy ending, sudah tentu. Memang kebanyakan cerita Korea yang saya tonton berakhir dengan senyuman, tetapi jalan ceritanya tidak pernah mengecewakan saya. Dalam post saya ni, saya nak kongsikan antara lagu yang saya suka dalam drama ini..So, happy watching and singing! :)
Menanti Hari Esok..
Esok..Tomorrow..Ada apa dengan hari esok?
Esok..En. Openg akan tiba di Malaysia! At last..setelah 6 bulan mencari rezeki di bumi orang..Tak sabar nak menanti tibanya hari esok! >_<
To En. Openg,
Jangan lupe check semua yang ade dalam honey-do list tu ye! ;)

Wednesday, February 23, 2011
Tips Kesihatan : Khasiat Teh
Saya suka minum teh, terutamanya teh ais (ish..ish..amat tidak sihat! hehe..). Saya mula menggemari teh selepas terpengaruh dengan adik perempuan saya, Aimi yang memang hantu teh ais. Tapi saya tak permah ambil tahu kebaikan dan keburukan teh. Jadi hari ini, saya nak share tentang khasiat teh supaya kita sama-sama tahu ye~ :)
Di sebalik kenikmatan dan kelazatan teh, terkandung juga khasiat yang menyihatkan badan dan mampu mencegah dari serangan penyakit terutama sekali teh hijau. Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah kardiovaskular, stroke dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.
Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya. Penyebabnya adalah kerana penduduk di situ lebih suka minum teh hijau secara teratur ditambah lagi dengan keadaan alam semulajadi yang masih terpelihara.
Radikal bebas terbentuk secara semulajadi dalam tubuh manusia. Molekul ini dapat merosakkan sel manusia. Molekul inilah yang menjadi salah satu penyebab kanser, termasuk berbagai jenis penyakit lain seperti jantung dan penuaan. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Antara jenis kanser yang boleh dicegah ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser dubur, kanser hati dan kanser pankreas.
Dalam banyak-banyak teh, rasanya memang diketahui umum bahawa teh yang paling baik adalah teh hijau.
Berikut disenaraikan khasiat teh hijau secara ringkas :
- Membantu membakar lemak
- Melindungi daripada hepatitis
- Melindungi daripada diabetes
- Mencegah keracunan makanan
- Menurunkan tekanan darah
Teh hijau dapat membantu mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif.
Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan kadar zat besi di dalam badan.
Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
Minum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti ´clostridia´.
Penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal ialah ´ACE inhibitor´. Teh hijau merupakan ´ACE inhibitor´ semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.
Tapi..kita semua harus ingat! Dalam kelebihan, ada kekurangannya..
Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.
Tips Kesihatan : Pemakanan Sihat
Hari ni saya tergerak hati untuk berkongsi tentang tips kesihatan yang baik untuk diamalkan oleh kita semua. Sama-samalah kita amalkan ye! :)
Di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang mungkin boleh dikongsi bersama mengenai cara pemakanan yang bagus.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan barat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion- , jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadilah tindakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang mungkin boleh dikongsi bersama mengenai cara pemakanan yang bagus.
- Jangan makan kombinasi makanan seperti di bawah ini:
- Jangan makan SUSU + DAGING
- Jangan makan DAGING + IKAN
- Jangan makan IKAN + SUSU
- Jangan makan AYAM + TELUR
- Jangan makan IKAN + TELUR
- Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
- Jangan makan SUSU + CUKA
- Jangan makan BUAH + SUSU, CTH: KOKTEL
- Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu barulah makan nasi.
- Tidur 1 jam selepas makan tengahari
- Jangan makan malam terlalu lewat. Kalau boleh, makanlah sebelum Maghrib.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan barat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion- , jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadilah tindakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Islam menyarankan kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan baik. Berikut merupakan beberapa amalan yang boleh diamalakan untuk menjaga kesihatan :
- Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakannya tak gemuk.
- Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan ais ye..) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah kena penyakit).
- Waktu solat Subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas kita membaca doa). Ia boleh mengelak daripada sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam salur darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
- Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis disunatkan menjilat jari. Ahli sains juga telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzim yang berfungsi mencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).
Ingat..
Kita baca...kita faham...kita amal...dan kita sebarkan~ :)
Tuesday, February 22, 2011
Tips Diet Untuk Kuruskan Badan
Dalam masa beberapa bulan ini, berat badan saya naik hampir 5kg! Ianya menjadi-jadi semasa saya diramalkan mengandung tempoh hari. Saya makan apa sahaja yang saya nak, kononnya untuk baby (alasan semata-mata..jangan tiru macam saya!). Selepas 2 bulan menanti, rupa-rupanya saya disahkan tidak mengandung. Kecewa juga pada mulanya..Tapi tak mengapa, mungkin Allah masih mahu memberi peluang kepada saya dan En. Openg untuk honeymoon sepuas-puasnya sebelum tanggungjawab menjadi semakin besar. Ehe. Jadi, misi saya sekarang : mengurangkan berat badan! Saya akan bersanding dalam masa sebulan lagi. Memandangkan saya dah confirm tak mengandung, saya akan maanfaatkan masa yang ada untuk berdiet, tapi dengan cara yang betullah ye..
Di sini saya postkan entri berkenaan dengan tips diet untuk menguruskan badan. Harap-harap saya boleh amalkan sepertimana tips ini...
1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.
Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk. Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.
Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang.
Apa-apa pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.
* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.
* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.
* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…
Sesekali Tidak Mengapa. Sekian, selamat mempraktikkannya…

Wajah Baru Blogku
Sebelum ini, inilah rupa ayuaz.blogspot..
Setelah mengedit sana sini, paparan yang kawan-kawan tatap sekarang adalah wajah baru blog saya. Harap ianya memuaskan hati dan mata semua ye! Selamat menjamu mata! ;)
Setelah mengedit sana sini, paparan yang kawan-kawan tatap sekarang adalah wajah baru blog saya. Harap ianya memuaskan hati dan mata semua ye! Selamat menjamu mata! ;)
Pejabat Baru
Sebelum ini ada saya nyatakan yang saya telahpun berpindah ke Selngor. Tapi waktu itu, saya masih lagi berehat-rehat menenangkan fikiran dan badan sebab belum tahu pejabat sebenar saya. Setelah di'pool' selama 2 minggu, akhirnya saya dan Farah (juga bertukar, yang sama-sama melaporkan diri di SUK Selangor) dipanggil oleh Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan. Di sana, kami masing-masing diberikan surat penempatan. Agak berdebar jugak time tu, walaupun dah agak-agak yakin di mana saya akan ditempatkan. Alhamdulillah, seperti jangkaan, saya ditugaskan di Pejabat Daerah/Tanah Klang manakala Farah di JAIS.
Minggu hadapannya, saya melaporkan diri di pejabat baru saya, berkenalan dengan pegawa-pegawai dan warga kerja di sana. Oh, bukan kakitangan ye. Bekas Pegawai Daerah saya yang lama cukup marah kalau staff-staff dipanggil 'kakitangan'. Katanya, 'satff sini ade kaki dan tangan aje ke? takde akal?' Hehe. so, kami tukarkan kepada 'warga kerja'. Mungkin anda semua boleh aplikasikan benda yang sama juga di tempat kerja masing-masing ye. Hehe.
Sehingga hari ini, saya dah bertugas di pejabat baru ini selama hampir sebulan. Alhamdulillah, setakat ini belum ada apa-apa masalah. Pegawai dan staff di sini semua ok. Baik semuanya. Er, bukan mahu membodek ye, harap maklum. Ehe. Tapi saya masih belum didedahkan sepenuhnya dengan tugas hakiki saya. Masih dalam learning process. Doakan semuanya berjalan lancar ye! :)

Monday, February 21, 2011
Cinta, Sayang, Suka & Minat
Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu… <3

Korean Drama : You're Beautiful
Done with Secret Garden, I'm now addicted to another Korean Drama : You're Beautiful.
Ni lah kerja saya akibat kebosanan dan tak tahu nak buat apa selepas balik kerja. So kepade En. Openg, cepat-cepatlah pulang ye! Hehehe. Quite a nice story, obviously a love story..hehehe. Ceritanya ada persamaan dengan cerita Coffee Prince, bagi sesiapa yang dah selamat menonton Coffee Prince, yang saya khatamkan sewaktu di zaman universiti. Oh, untuk cerita You're Beautiful ini, saya selitkan sedikit sinopsis yang diambil dari Wikipedia untuk gambaran semua.
'The management company of the idol group A.N.JELL insisted on adding a new singer to the group as the lead vocal, Tae Kyung's voice was hurting. However,the new member, Mi Nam, had to go to the States to repair a botched eye job just before signing the contract. His agent came up with the idea of having his twin sister, Mi Nyu,to stand in for him and pretend that she was her brother. The two of them grew up in an orphanage and Mi Nyu, who was all set to become a nun, agreed to this charade as she didn't want to spoil her brother's chance of fame which would make it easier to look for their mother.'
Apa yang terjadi selepas itu? Apa kata kita sama-sama tonton.. (saya pun masih marathon lagi cerita ni..hihi)
Renung-renungkan, dan selamat menonton! :D
Subscribe to:
Posts (Atom)
PR Checker
Check Page Rank of your Web site pages instantly: |
This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service |