Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 11, 2010

Perpindahan Tempat Kerja

Whooopsss..bukan berpindah pejabat ye..saya hanya melompat dari satu unit ke unit yang lain. masih lagi bekerja di pejabat yang sama. Di mana? owh, belum saya nyatakan dalam post sebelum ini ya? saya bekerja di Pejabat Daerah Dan Tanah Raub. Er, mengapa dapat sini? entah, itu semua di luar bidang kuasa saya. hehe. Asalnya saya ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang a.k.a SUK Pahang pada April tahun ini. mungkin kerana saya anak jadi Terengganu. maka dapatlah negeri yang menjadi jiran tempat kelahiran saya. dari sana, kami (seramai 12 orang) dipecah-pecahkan. dari situlah saya bergerak ke Daerah Raub yang aman damai ini..



Oh, berbalik kepada topik asal. saya kini ditempatkan di Unit Pembangunan Luar Bandar, memegang jawatan Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Fizikal merangkap Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Masyarakat. panjang tak jawatan saya? saje kasi gempak aje tu..heheh..sebelum ini saya bertugas di Unit Khidmat Pengurusan.

Apa bezanya? banyak..di Unit Khidmat Pengurusan, saya banyak menguruskan hal-hal pentadbiran pejabat, termasuklah bahagian pengurusan kewangan, sumber manusia dan latihan. unit sayalah juga yang bertanggungjawab jika ada majlis dan keraian di daerah Raub. berada di unit ini, saya melaporkan tugasan terus kepada Pegawai Daerah. bunyi macam agak hebat, tapi sebenarnya biasa-biasa saja (saja merendah diri XD ).

Di Unit Pembangunan Luar Bandar a.k.a PLB, saya lebih banyak berinteraksi dengan orang luar. berinteraksi dengan Penghulu, Ketua Kampung dan masyarakat. saya juga bakal bertugas menjaga dan memantau projek-projek pembangunan kampung dan pembangunan masyarakat sekitar daerah Raub. seronok? memang seronok bunyinya. tapi say masih belum dapat memberikan gambaran lebih jelas, kerana minggu ini merupakan minggu kedua saya di sini. baru minggu kedua? ya..masih baru (walaupun saya pernah ditempatkan di unit PLB selama 1 bulan seawal saya menjejakkan kaki ke sini).




Kenapa kena tukar? prestasi teruk? owh, tidak..(harap-harap ini bukan sebabnya..eheh). sebenarnya saya ditugaskan di unit khidmat pengurusan kerana Penolong Pegawai Daerah KP pada waktu itu sedang mengikuti Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama 7 bulan. sepanjang waktu itu, saya mengambil alih tempat beliau, En. Zaidi. jadi faham-faham sajalah kenapa saya ditukarkan. ya, En. Zaidi sudah kembali bertugas di pejabat ini bermula minggu lepas. maka berpindah randahlah saya..



oh, itu bukan satu berita buruk. bagus juga sebenarnya, sebab saya dapat belajar banyak benda di sini, berada di unit-unit berbeza. dan saya harap masih banyak yang saya boleh pelajarai di sini..chayok! chayok! :D


Ganbatte!!

3 comments:

  1. wah...mcm best je keje mu ayu...
    cabaran demi cabaran...
    adventure gak keje mu nih
    PR mmg kena tip top ah
    sbb slalu kena deal nga org...
    wish u al da best yer

    ReplyDelete
  2. owh..mmg! banyak bnde bole blaja, n mmg banyak bnde yg kne blaja. heheh.. PR kne tiptop? mmg pun. tp hakikatnya PR aku sgtlah mengecewakn..isk2..takpe2, i blaja..i blaja..heheh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service