Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

31 Disember 2012

Hari terakhir bagi tahun 2012..

Dah lame dah tak post apa-apa kat sini kan? Dah bersarang bersawang bermacam-macam lagi dah blog ni. Al maklumlah..kerja tak sudah-sudah. Lunch hour pun pi bantai buat kerja jugak. Kalau sebelum ni, sempat la jugak nak intai-intai kat sini. Sekarang, takdak maknanya...

Balik rumah? A'ah, yela tu boleh bukak laptop kat rumah. Duk melayan si kembar tu aje kerjanya. Kalaupun diorang tengah main, nampak aje papa mama diorang bukak laptop ke, ipad ke, habis la. Berkejar nak ambik. Berebut-rebut lak tu. Tu yang jarang sangat-sangat bukak laptop kat rumah. Ipad bole la, bukak jugak la (papa buat main game). Tu pun asyik basah kuyup dek kena cium ngan si kembar tu. Aduhai anak..

Tapi! Hari ni nak jugak post something kat sini. Konon sebagai penutup bagi tahun 2012..Kelas gitu!!

Ok, apa yang menarik bagi tahun 2012? Banyakkkkk sangat! Tapi yang paling saya treasure, melihat si Aliya dengan Anis membesar depan mata saya sendiri. Yela, masa diorang kecik and masa baby ni la diorang cepat membesar kan?Rugi sangat kalau terlepas time ni. Nasib baiklah tak kena pergi kursus lama-lama tahun ni. Fuhhh...(tapi bersedia la nak pi kursus 6 bulan tahun depan..isk).

Si Teciks ready nak makan

Dalam-dalam seronok tu, ade jugak dukanya tahun ni. Pemergian arwah tokki..Sedih sangat! Tak sangka betul arwah pergi time ni..Dalam tidur pulak tu. Saya mendapat khabar pemergian beliau pagi Sabtu awal Disember tempoh hari. Tu pun lepas dah berbelas miscall (sorry adik-adik..tak perasan). Terus berkejar balik ke Terengganu tang-tang tu jugak. Walaupun ralat tak sempat jumpa sebelum arwah meninggal, tapi Alhamdulillah sempat cium arwah sebelum dikebumikan. Untuk arwah Tokki, moga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...Al-Fatihah..

Majlis tahlil arwah..

Ok lah! Lunch hour pun dah habis, kerja pun dah menunggu, sampai sini dulu ya! Lain kali saya post panjang-panjang best-best ok! Tata titi tutu~


Wednesday, July 18, 2012

Aliya & Anis : 8 Bulan!

Hmm..sedar tak sedar, hari ni si kembar dah berusia 8 bulan 1 hari. Dah besar rupanya anak-anak mama ni! Sekejap aje rase mase berlalu...ish ish ish..

Hi u ols! Meet us the cute twin! XD

Ha? Apa perkembangan diorang sekarang? Dah dapat kaki (kate orang)? Belum..belum lagi..  TAPI..sangat sangat sangat la aktif. Hadoih! Penat mama nak kejar sorang sorang tau! Setakat ni, both my cuties belum boleh merangkak lagi. Sedang aktif mengengsot gitu. Ehe. Anis dah stabil dah posisi merangkak die. Cuma belum sampai tahap gerakkan tangan dan kaki ke hadapan lagi. Bile dah posisi merangkak tu, suke la die duk berayun sampai la die penat. Dah penat baru die meniarap balik. Comel tak? Hihi. Aliya baru angkat bontot aje. Belum posisi merangkak lagi. TAPI (lagi sekali ye)..kalau dah letak kat bawah, die la yang paling laju mengengsot ke sana ke mari. Faveret spot die? Cube teka! Apa? Atas tilam? Atas tikar evamatic ABC yang papa beli tu? Oh, no no no...Faveret spot die adalah tepi langsir kt sliding door tu, kat betul-betul depan TV main vcd player, sebelah peti ais, and the best spot is...lalu bawah kerusi. Aduhai anak mama..suke main terowong terowong ni ye...

Mama! Aliya dah lepas terowong~

Anis camna pulak? Selain daripada duk posisi merangkak die tu, Anis ni sukeeee sangat2 memanjat atas sumthing. Atas paha, atas kaki kalau kite lunjurkan, n yang paling best..haaa..cube tengok kat bawah ni...

Siap tertonggeng2 tu...seb baik la kasi main pek kecik -_-"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service