Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 22, 2011

Minggu ke-14

Diam tak diam, anak-anak dalam kandungan saya dah hampir 14 minggu usia mereka. Perut saya pun dah mula rasa menegang dan tak selesa. En. Openg selalu kena marah dengan saya sebab dia sukeee sangat cucuk-cucuk perut and pinggang saya. Tak selesa tau! Bila dah kena tegur, dia cucuk tempat lain pulak. Lengan la, kaki la...haih..macam-macam la hubby saya sorang ni. Tapi itu la penghibur saya setiap hari. Hehe...

Oh, sempena usia chomel-chomel saya yang dah hampir mencecah 14 minggu ni, saya nak kongsi sedikit perkembangan bayi di dalam kandungan pada usia 14 minggu. Untuk panduan saya, dan juga ibu-ibu mengandung di luar sana.. :)


Masuk minggu ke 14, degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita (lajunye!). Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat salur darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa.

Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi adalah sekitar 3 setengah inci/ 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns/ 43 gram (last month, ukuran diorang dalam 5 cm sorang..I wonder..macam mana la sekarang ye?). Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerutkan dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak.

Sumber : Mengandung.com dan BabyCenter

Hmm..hujung minggu ni saya akan ke SMC untuk jalani pemeriksaan bulanan. Tak sabar rasanya nak tengok bayi-bayi comel saya! Berdebar-debar pun ada jugak. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Nanti saya kongsikan perkembangan mereka ye! Doakan babies dan mommy ni ye! :D

Wednesday, June 15, 2011

Orang Ketiga...Dan Keempat??

Atas permintaan seseorang, entri saya kali ni berkisar tentang orang ketiga dan keempat dalam hidup saya dan En. Openg. Apekah?? Ada orang yang cuba mengganggu gugat rumahtangga kami?? How dare! Taklah..kan saya dah cakap dalam entri saya sebelum ni..bukan sesuatu yang buruk. Masih confuse? Takpe takpe..meh saya ceritakan rentetan kisah yang berlaku...

6 April 2011

Pesanan dari penaja: sesiapa yang belum cukup umur, sila baca dengan pengawasan orang yang lebih arif ye. hehe.

Hari ni hari Rabu (sila cek kalendar anda kalau tak percaya ye). Saya dah berkira-kira time ni. Kalau ikutkan, saya dah hampir-hampir datang bulan. Kiranya sebenarnya tak lewat lagi la. Malam tadi tiba-tiba ada darah yang keluar. Saya pun macam, 'oh, dah datang la ni..'. Tapi hari ni takde la pulak. Saya rasa pelik sikit, tapi buat tak tahu aje. Tengah hari saya ke Jusco Bukit Raja (lunch hour tau..bukan mengulor ye!) sebab nak poskan kad jemputan kawen kami belah En. Openg. Entah kenapa, rasa nak beli 'benda tu' pulak. Haha. Dah fikir bukan-bukan la tu! Pregnancy test kit la..gatal kan? Padahal bukannya dah lewat 2 bulan. Lewat sehari pun belum! Dah gatal sangat nak perabih duit. Dub dab dub dab jugak la hati ni. Yela, still frust kalau tak jadi walaupun tau possibility untuk positif saaaangatlah low. Alih-alih...

OMG!

Malam tu saya tunggu En. Openg balik kerja. Excited toksah cakap la ni. Dah tak senang duduk dah ni. En. Openg sampai je kat rumah, saya dah senyum sampai ke telinga dah. Mula-mula saya hadiahkan dia kasut baby (yang dah beli sejak 2 bulan lepas..again, gatal kan?). En. Openg blur. Pastu, saya tunjukkan gambar result pregnancy test tadi. En. Openg blur lagi. Last-last, saya cakap direct aje. I'm pregnant! Seriously, both of us memang tak percaya mula-mula tu. Tapi Allah dah bagi rezeki..Alhamdulillah...

Ok..ok...saya tau, awak pura-pura blur je kan? Gedik!


Malam tu jugak kami pergi ke klinik, nak pastikan betul ke tak. Siap scan lagi! Haha. Doc cakap tak nampak apa-apa lagi kat dalam sebab awal lagi. Tapi memang confirm positif la lepas buat urine test dekat klinik. Kalau ikut perkiraan Doc, baru aje 3 minggu usianya. Alhamdulillah...and Doc minta kami datang lagi selepas 2 minggu untuk pastikan betul-betul..

20 April 2011

Baru aje sampai semalam dari Johor selepas bertungkus-lumus (kononnya) untuk majlis bertandang di rumah En. Openg. Penat tu memang ada lagi. Tapi tak sabar-sabar nak pergi cek kat klinik. So kami pergi waktu malam untuk berjumpa Doc yang sama..

Masa Doc scan tu..

Doc : Ok..ni nampak ni, kantung baby..so memang confirm ade la..

Saya dengan En. Openg dah senyum happy dah.


Doc : Eh, macam ada 2 kantung aje..kembar kot?

Saya dengan En. Openg tergamam. 2 kantung?? Biar betik!

Doc : Ada sape-sape yang ada keturunan kembar ke?
Saya : Ayang takde..abang ade ke?
En. Openg : Abang takde gak..

Aneh!

Doc : Takpe la..macam ni. Jangan terlalu mengharap sangat..sebab baby pun tak nampak lagi. Anything can happen. Next month datang lagi, kite tengok macam mana nanti..

24 Mei 2011

Saya ngan En. Openg try ke klinik panel Proton. Yela, jimat sikit belanja..free aje. Proton bayarkan. Hehe. Sampai aje di klinik, kami cakap nak buat pregnancy check up. Masa tu kami belum bagitau Doc lagi yang kemungkinan saya mengandungkan kembar.

Time scan tu, Doc macam confuse sket..Terdiam jugak la dia tengok dekat skrin tu. Pastu baru dia cakap..

Doc : Ok, nampak kat sini..ada satu kantung..so memang ada baby la. Nampak baby tu?
Saya : Er..Doc, satu kantung aje ek? (oh, so memang sorang aje la..)
En. Openg : Sebenarnye Doc, mase cek last month, Doc tu cakap ade possibility kembar..sebab nampak dua kantung..

Doc macam terkejut sikit. Dia tengok balik dekat skrin, pastu scan perut saya betul-betul..

Doc: Oooo..patut la..A ah, memang ada 2 la! (er....) Ok, ni satu..and ni lagi satu. Tengok, dua-dua sehat. Nampak tak heartbeat dia?

Nampak!!! And comel sangat! Jantung baby-baby saya kecik sangat! Nampak berdenyut-denyut. Pastu diorang gerak-gerak time Doc scan tu. Soooo cute! Saya rasa cam nak nangis je time tu!

Ok fine, lepas dah confirm tu, kami confirmkan dengan both families. Rupa-rupanya keturunan kami memang ada twin! Belah saya ada, belah En. Openg pun ada. Dan kami dua-dua tak tahu. Sengal kan? Apa pun, saya bersyukur sangat-sangat sebab Allah bagi rezeki pada kami dua sekaligus! Sekarang ni our babies dah almost 3 month dah. Alhamdulillah, both are safe and sound. Saya pun tak dibenarkan buat kerja yang berat-berat. Yela, bukan setakat berisi seorang..dua orang tau! Sedikit sebanyak, saya rasa risau jugak..Takut apa-apa terjadi pada anak-anak saya. Yela, masih awal lagi kan.

Apa pun, doakan kesejahteraan mama dan anak-anaknya ya!  :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service