Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label song. Show all posts
Showing posts with label song. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Sedetik Lebih - Anuar Zain

Masih lagi berkisarkan tentang bachelorette party kami baru-baru ini. Apa kaitannya? Sebenarnya antara kami, yang paling sukakan lagu ni adalah Che Bad (correct me if I'm wrong my dear..ehe..). Tapi masa kami berkumpul tempoh hari, Che Bad telah mempromote lagu ni dengan jayanya kepada kami semua sampaikan tiap kali lagu ni ke udara di radio, kami semua akan menjerit sejerit-jeritnya! (hiperbola semata-mata..haha). Tapi serius, akan riuh-rendahla dalam kereta bila lagu ni dimainkan. Lepas tu kami akan menyanyi ramai-ramai ala-ala koir gitu. Aha. Bagi memahatkan memori bachelorette party itu (chewah!), saya postkan lagu kegemaran kami di sini untuk semua..Enjoy it and feel it! ;)



SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu..

Thursday, March 10, 2011

Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat



Masa saya first time dengar lagu ni, saya masih lagi berjauhan dengan En. Openg. Masih merindu-rindu kata orang. So memang feeling habis la bila dengar lagu ni. Terus masuk dalam top chart lagu-lagu yang saya suka. Dan saya nak share lagu ni dengan semua. So, enjoy.. :D




p/s: sekarang pun tengah dengar lagu ni :D


Thursday, February 24, 2011

Video : OST You're Beautiful - Without Words

Ingat tak post saya pasal drama Korea bertajuk You're Beautiful tu? Saya dah habis tengok semalam! As expected, tak mengecewakan saya. Happy ending, sudah tentu. Memang kebanyakan cerita Korea yang saya tonton berakhir dengan senyuman, tetapi jalan ceritanya tidak pernah mengecewakan saya. Dalam post saya ni, saya nak kongsikan antara lagu yang saya suka dalam drama ini..So, happy watching and singing! :)


Thursday, July 22, 2010

Kasihmu Amanahku

Sejak akhir-akhir ni, saya suka sangat dengar satu lagu ni..Kasihmu Amanahku nyanyian In-Team. Banyak isi berbentuk nasihat yang boleh kita ambil dan manfaatkan dalam lagu ni, especially untuk pasangan suami isteri dan bakal menjadi suami isteri (termasuklah saya). Agaknya, semenjak dua menjak nak kawen ni, jadi sensitif sket kot. heheh..so, enjoy.. :)

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service