Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

Petua Rumahtangga Bahagia

Hari ni saya tergerak hati nak share pasal petua rumahtangga bahagia. Yelah, bila dah hidup berumahtangga ni, bila dah hidup berdua bertiga berempat dan seterusnya ni (InsyaAllah..), mesti kita nak kekal sampai bila-bila kan? Ade ke orang yang macam,

'hurm, rase nak kawen la hari ni. kalo rase tak best, esok putus la.' 

Er...adekah? Even orang berchenta pun nak kekal..

'I sayangkan you. I nak sehidup semati dengan you.' (dialog rekaan semata-mata. tiada kena mengena dengan kisah saya dan En. Openg ye. harap maklum.)

Hehe. So, kesimpulannya, kita nak hubungan tu berpanjangan dan kekal. Sebab bagi saya, once saya dah kawen dengan dia, saya akan pandang dia sorang aje. Takde dah usha jejakes hensem kat luar sana. Opsss...saya inesen ye En. Openg..haha. Ok ok, nak tau petua kan? Sila la baca ye..

  1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
  2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
  3. Jaga agar mulut dan badan agar tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
  4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
  5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
  6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumahtangga.
  7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
  8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
  9. Sekiranya berlaku perceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan talak dua sahaja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
  10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
  11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding dengan keluarga sendiri.
  12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
  13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
  14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
  15. Menjawab setiap pertanyaan suami denga lembut.
  16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
  17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
  18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumahtangga.
  19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
  20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. 
  21. Ketua rumahtangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
  23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.



Jadi, apa lagi? Renung-renungkan dan selamat beramal~ ;)

Monday, April 25, 2011

Suami Ringan Tulang

MENGEMAS, memasak, membasuh, melipat baju dan menjaga anak sememangnya tidak dinafikan seolah-olah tugas mutlak isteri. Suami, hanya kerana dia bekerja dan memenuhi perbelanjaan sekeluarga, kerja rumah seperti sudah tertulis, di luar bidang kuasa mereka.
Satu senario yang mungkin wajar atau boleh diterima jika isteri tidak bekerja. Tetapi, jika isteri juga bekerja, sama-sama menyumbang untuk perbelanjaan isi rumah, keadaan seharusnya berubah. Suami harus membantu isteri. Sudahlah penat bekerja, balik ke rumah, 1,000 tugas lagi menanti.
Hari ini, kita dapat lihat ramai wanita dan isteri keluar bekerja, malah tidak kurang juga yang memegang jawatan hebat. Perangkaan Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat menunjukkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh meningkat daripada 44.7 peratus pada 1995 kepada 45.7 peratus pada 2008. Ia terus meningkat kepada 46.4 peratus pada 2009, malah kerajaan menyasarkan sebanyak 55 peratus penyertaan wanita dalam guna tenaga pada akhir Rancangan Malaysia Ke-10.
Namun, sebagai isteri, tanggungjawab di rumah masih lagi perlu diteruskan. Bagaimanapun, sebagai pembantu menambah pendapatan isi rumah, suami juga perlu membantu, ringan tulang dan saling bekerjasama dalam melakukan tugasan berkenaan.
Tolak tepi buat mereka yang berkemampuan atau mahu menggaji pembantu rumah. Pendek kata, segala-gala urusan, jika boleh diserahkan bulat-bulat kepada pembantu rumah. Tetapi, bagaimana pula bagi mereka yang kedua-duanya bekerja dan tidak mengupah pembantu? Tidakkah suami juga perlu memainkan peranan menguruskan kerja rumah?
Kerjasama, tolak ansur dan memahami antara satu sama lain amat penting dalam institusi kekeluargaan, lebih-lebih lagi hubungan suami isteri. Apabila suami ringan tulang, rajin membantu isteri di rumah, yang lelah dengan bebanan tugas di pejabat, isteri pasti sejuk hati. Paling penting, tidaklah isteri berasa diri seperti orang gaji.
Kerja dilakukan bukan lagi kerana terpaksa sebaliknya dilakukan dengan penuh keikhlasan. Bila terbit keikhlasan, hati gembira, hubungan suami isteri akan lebih intim malah lebih seronok apabila dapat melakukan kerja rumah bersama.
Penulis kagum melihat suami yang rajin menolong isteri di rumah. Ayah saudara penulis adalah contoh nyata, bagaimana sikap suami yang memahami dan bertolak-ansur ini mampu mengeratkan hubungan dengan pasangan dan membawa kesejahteraan pada keluarga.
Sebagai Ketua Hakim Mahkamah Syariah, Pak Ngah memang sibuk, belum lagi mengambil kira tekanan yang ditanggung. Tetapi, sebaik melangkah kaki ke rumah, biar pun penat, Pak Ngah tetap membantu isterinya, Mak Yah, melakukan kerja rumah, mengemas rumah, membasuh pinggan malah memasak.
Memang ada suami begitu tetapi penulis yakin, tidak ramai. Jika ada pun yang membantu, itu pun selepas diminta isteri berulang kali. Paling malang, tolong pun tak sepenuh hati, membentak-bentak, paling tidak pun muncung panjang sejengkal.
Alangkah bagusnya jika suami yang menawarkan diri. Bukankah itu lebih manis dan bahagia?

Ini bukan En. Openg dan saya ye..harap maklum.. ;)

Sumber : Mahligai Impian


Saya setuju dengan artikel di atas. Suami yang ringan tulang memang menjadi impian isteri, lagi-lagi isteri yang bekerja seperti saya. Er, jangan salah faham ya. Saya buatkan entri pasal ni bukan untuk komen atau kritik En. Openg. Tak pernah terniat pun nak buat macam tu..(Hubby, jangan salah faham jugak tau!).


Artikel ni adalah sebagai intro kepada apa yang cuba saya sampaikan kali ni. Yang saya cuba katakan di sini, saya saaaaayang En. Openg. Er, ada kaitan ke? Hehe. Lari topik? Tidak sebenarnya. Hm, untuk pengetahuan semua, semenjak dua menjak ni, saya cepat letih. Dan cepat mengantuk. Hanya orang tertentu yang tau kenapa. Hehe. Hujung minggu lalu, saya dan En. Openg keluar ke merata tempat. Dalam satu hari, kami ke Bandar Puteri Klang, ke Tesco Ampang, ke Sunway Pyramid dan ke Tesco Shah Alam. Sepanjang dalam kereta, saya cepat aje lelap. Tinggallah En. Openg drive sorang-sorang (mintak maaf banyak-banyak T_T). Kat rumah pun sama. Tengok tv sekejap aje dah lelap. Waktu saya macam tu, En. Openg la yang buat kerja-kerja kat rumah. Dia buat apa? Everything! Saya terjaga je (waktu tu dah tengah malam), rumah dah berkemas, pinggan dah berbasuh, baju yang saya basuh pun dah selamat bersidai. Waktu tu En. Openg dah tido nyenyak. Kepenatan agaknya. Masa tu saya rasa terharu sangat-sangat. So, entri ni saya buat khas untuk En Openg..to show how much I appreciate what he did and always do...


En. Openg, saya sayang kamu ketat-ketat! :-*

Friday, April 22, 2011

Saat Ku Bergelar Isteri..

Untuk kawan-kawan yang tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan saya pada 31 Julai 2010 yang lepas, di sini saya serta gambar-gambar untuk tatapan kalian. Maaf atas kelewatan ini..pengantin dah basi dah pun..hehe..

Kyaaaaaa!~ saye dibuli mereka!~ 

Tok Kadi kusyuk bagi tazkirah. Si Pengantin kusyuk menghapal ;)

Yessss!!! Akhirnya!!! ;p

Me + Him :)

Ish..muat tak ni? nasib baik muat..phew~

With my bestest buddies. Love ya all! :-*

Abah yang riang gumbire di hari raye..ops..hari perkahwinanku.. ;)

My family. Ramai kan? :D

His family. Eh, now mine as well.. :)

Nganga luas-luas sket..aaaaa..ummmm...shedap? XD

Di sebalik lalang-lalang di Masjid Terapung..

p/s: next entri nanti pasal wedding saya di Johor..harap sabar menanti ye ;)

Wednesday, March 9, 2011

My Baby..

Time takde kerja ni, saya rajinkan diri tengok FB kawan-kawan. Ramai juga rupanya yang letak gambar baby masing-masing as profile picture. Bila dah tengok banyak-banyak kali, mula la terfikir, 'bilalah pula turn diri sendiri nak letak gambar baby kat profile pic tu?'. Memang teringin untuk menimang cahayamata, tapi belum ada rezeki lagi. Takpe la. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya...betul tak? :)


p/s: tolong doakan saya ye semua! :)

Wednesday, March 2, 2011

Hari Kepulangan En Openg 2

26 Feb 2010

Hari ni tak banyak sangat aktiviti, sekadar berehat di rumah. Kira macam menggantikan hari semalam yang agak hectic la. Hehe. Bangun agak awal pagi tu, kira-kira jam 6 pagi and tolong mak sediakan sarapan (nak jadi menantu yang disenangi..hehe). Lepas tu cuma berehat-rehat saja, and took a nap pagi tu. Entah kenapa, mata ni macam berat je. Sampaikan mak tanya pada En Openg, 'dah ada isi ke?'. Alamak! Sori mak, memberi harapan palsu pula. Hehe.

Petang tu kami mengikut mak dan ayah untuk berjumpa dengan mak andam pilihan di Ayer Hitam. Pening kepala juga nak memilih baju yang ada. Baju-bajunya agak 'daring' dan agak tidak sesuai dengan imej saya yang bertudung. Tapi tak mengapa, inner kan ada..Ehe. Kata putus akhir, saya dan En Openg memilih baju pengantin dengan lace berwarna silver. Simple but elegant. Chewah! Kemudian saya diminta mencari kasut berwarna silver atau putih..ok..dan mencari contact lens berwarna biru atau grey! Biru? (tak boleh bayang saya bermata biru). Grey? (hurm..boleh la..lagi ok daripada biru). Macam-macam...

Pada malam harinya, ada family gathering kat rumah atuk di Felda Ayer Hitam plus aktiviti barbeque. Quite nice and enjoyable la. Masa makan-makan tu, Pakcik Khamis (bapa saudara En Openg) siap minta anak buah bacakan teks ucapan yang disediakan lagi. Pasal aktiviti-aktiviti family yang lepas and sedikit updates pasal family. Cerita perkahwinan kami turut dimasukkan, begitu juga dengan cerita honeymoon kami di UK. Malu! En Openg dah gelak besar. Saya pula dah tersenyum-senyum cover malu. Adeih...Waktu gathering itu juga, ada dibincangkan tentang next family activity iaitu lawatan ke Langkawi. Satu bas tu! Tentatively, lawatan tu pada 29 April nanti, memandangkan hujung minggu itu bersambung dengan cuti sempena Hari Buruh, 1 Mei. Insya-Allah saya dan En Openg akan turut serta rombongan tersebut. Tak sabar nye!

27 Feb 2010

Hari ini En Openg membawa saya berjalan-jalan di sekitar bandar Kluang. Kami ke Kluang Parade untuk mencari mata biru..ops..mata kelabu saya. Hehe. Memang tak pernah pakai, dan agak keberatan sebenarnya. Tapi tak apalah, demi mak andam terchenta yang dah janji untuk jadikan saya 'Diva' di majlis kami nanti (can't imagine!). Kami ke Kluang Railway Coffee untuk 'food testing' di sana, memandangkan tempat itu agak sinonim dengan Kluang. Malangnya tempat itu hanya dibuka pada waktu pagi, tidak pada waktu petang. Mungkin bukan rezeki saya untuk merasa agaknya..

Selepas berlegar-legar di sana, kami bergerak ke Ayer Hitam untuk meninjau kedai carpet dan langsir. Carpetnya agak mahal. Tapi berjaya merembat sehelai langsir untuk rumah baru kami. Hehe..Malam itu, sekali lagi kami ke rumah atuk untuk makan malam di sana..

28 Feb 2010

Pagi-pagi lagi kami dah bergerak ke Intan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) untuk bertanya tentang penginapan sementara (homestay) yang boleh disewa. Pencarian tak berhasil, memandangkan rumah-rumah di dalam IKWAS tak disewakan untuk tujuan peribadi. Tetapi pegawai di kaunter mencadangkan agar kami ke kuarters Kastam kerana ianya memang dijadikan homestay untuk orang luar. Alhamdulillah, kami jumpa dan berpuas hati dengan keadaan rumah tersebut. Keputusan, kami menyewa 2 homestay, rumah teres 3 bilik yang  terletak bersebelahan di Taman Intan, dengan harga cuma RM70 sehari. Murahnya! kalau di kampung saya, satu homestay berharga dalam anggaran RM200 - RM300 sehari. Mungkin rezeki kami kali. Alhamdulillah..

Setelah selesai, kami berkemas untuk pulang ke Klang. Setibanya di Klang, kami tak terus pulang ke rumah, tetapi ke Jusco Bukit Raja dan Courts Mammoth Klang untuk membeli sedikit barang keperluan. Barang apa? Langsir, penyidai baju, mesin basuh, peti ais dan lain-lain. Pada malam harinya pula, kami ke rumah sewa lama En Openg untuk mengambil Macho dan ke Tesco Shah Alam untuk membeli barang-barang lagi.

Selepas itu, barulah kami pulang ke rumah, berkemas apa yang patut (masing-masing dah penat time ni) and bersedia untuk kembali bekerja pada keesokan harinya...haih..

Tuesday, March 1, 2011

Hari Kepulangan En Openg

Dalam entri saya kali ni, saya nak cerita pasal hari En Openg menjejakkan kaki di Malaysia dan hujung minggu bersama En Openg.. :)

25 Feb 2010

Pagi tu saya bangun macam biasa. Still bangun jam 6 pagi walaupun tak kerja. Yela, nak ambil En Openg di KLIA. En Openg cakap dia akan sampai dalam jam 8 pagi. So saya dah buat anggaran, kalau bertolak dari rumah jam 6.50 pagi, masih lagi sampai awal di airport. Semangat nih! Konon-kononnya nak tunggu En Openg depan arrival punya entrance door tu.

Jam 7.30 pagi, time saya baru nak cari parking, En Openg call and cakap dia dah sampai. Dah tunggu dekat arrival hall dah pun. Adeh..kelam kabut saya keluar dari parking area and terus pergi ke terminal ketibaan. Lepas fetch En Openg, kami bergerak ke rumah sewa lama En Openg (ehem..sekarang dah ada rumah baru ye). Plan asalnya nak ambil Macho (nama timangan Persona En Openg) and ke rumah sewa sementara saya untuk ambil barang-barang saya di USJ14 (thanks to roomate yang sudi tumpangkan saya!). Malangnya Macho diblok oleh kereta kawan serumahnya. Untuk tak membuang masa, kami terus bergerak ke rumah sewa saya selepas memindahkan barang-barang yang ada dalam kereta saya ke Macho. Yela, nak banyakkan space yang ada dalam kereta saya.

Setibanya kami di sane, ada pulak pekerja tengah membersihkan lif. Siap dengan tangga dan baldi lagi. Alamak! Lif ada satu aje. Camne nak angkat barang ni? Nak pakai tangga? Kirim salam! Rumah saya di tingkat 3 ok! Kami dah mula risau. Nasib baik selepas saya siap berkemas, pekerja tadi dah selesai dengan kerja-kerjanya.

Masa agak suntuk, dan masih ada beberapa tempat lagi yang kami nak pergi sebelum bergerak pulang ke Johor pada petang itu. Next destination : rumah Zam (ADO Hasil). Memandangkan saya tidak dapat menghadiri jemputan ke majlis perkahwinannya pada esok hari, jadi saya datang melawat hari Jumaat tu. Mujurlah peta yang dilampirkan pada kad ok dan sangat mudah untuk difahami. Dalam pada kesuntukan masa tu, kami tersangkut pula untuk makan tengah hari di rumah Zam. Segan mahu menolak, sebab semua dah tersedia. Tak apa lah, rezeki jangan ditolak kan?

Lepas tu, saya membawa En Openg singgah ke pejabat saya. Nak ambil kunci rumah baru (ehem..ehem..) dan nak tunjukkan pejabat saya kepada Encik Openg. Sambil menyelam minum air la kan..Last destination adalah kuarters yang kami bakal duduki. Selepas memunggah barang-barang dari dalam kereta saya, kami bergerak ke Seksyen 24, Shah Alam untuk En Openg menunaikan solat Jumaat dan selepas itu, kami ke Seksyen 7 Shah Alam untuk mengambil tilam dan anak-anak saya (Daniel dan Chomel) yang saya dobikan. Selepas menghantar barang-barang (lagi sekali) ke rumah sewa baru, barulah kami bergerak pulang ke Johor.

Kami sampai di Kluang pada jam 9 malam..What a day.. -_-"

Thursday, February 24, 2011

Menanti Hari Esok..

Esok..Tomorrow..Ada apa dengan hari esok?



Esok..En. Openg akan tiba di Malaysia! At last..setelah 6 bulan mencari rezeki di bumi orang..Tak sabar nak menanti tibanya hari esok! >_<

 To En. Openg,


Jangan lupe check semua yang ade dalam honey-do list tu ye! ;)

Monday, February 21, 2011

Cinta, Sayang, Suka & Minat

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu… <3

Monday, January 31, 2011

~ 6 Months~

Exclusively for En. Openg:

Thank you for your tender love
You'll never really know
How happy that you've made me
And how much I love you so

I really want to tell you
Just how precious you are to me,
My every thought of you
Is as loving as can be

My heart is totally filled with things
That words alone can't say,
This comes especially for you
With all my love today.

Happy 6 Months Anniversary Syg.. <3

Thursday, December 23, 2010

Counting..



Tik! Tok! Tik! Tok! Tik! Tok!

Clock is ticking! And I'm counting! Hmm..berapa lama lagi ye? Let me see..20..30..40..48! 48 months? No..48 days? No..48 hours more to go to see my dearest hubby! Saje je kira jam..nampak macam lama sikit. Memang lama pun by the way! Rasa lambat sangat masa berjalan. Padahal sebelum ni, dah empat bulan berjauhan, takde la rasa lambat sangat masa berjalan camni. Sabarlah wahai hati..

Buat En. Openg, Pn. Ayu sangat2 rindukan awak!

Tuesday, November 2, 2010

Orang yang mencintai kamu..

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Friday, August 27, 2010

Keberangkatan Sang Suami

Tarikh 16 Ogos 2010, tarikh yang sangat saya nak elakkan. Kalaulah boleh lepas 15 Ogos terus lompat ke 17 Ogos, kan best..tapi, 'kalau' aje la..Nak tak nak, terpaksa tempoh jugak. Nak tak nak, tarikh tu dah berlalu dengan selamat. Bagi orang lain, tarikh itu mungkin satu tarikh yang biasa. Tidak memberi apa-apa makna. Yela, kalau orang bekerja seperti saya, hari itu, pergi kerja, kerj, balik kerja, rehat-rehat dan tido. Dah habis sehari. Kenapa saya ambil berat tarikh itu? Kerana tarikh itulah suami saya berangkat ke bumi Norwich, meninggalkan saya di Malaysia. Ala, biasa la tu, kerja kan..memang la biasa, tapi ia akan jadi luar biasa jika suami anda meninggalkan anda selama 6 bulan! Nak-nak lagi bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga seperti saya. Apapun saya harus redha..Suami tercinta pergi untuk mencari sesuap nasi..

Hari itu, saya keluar awal dari pejabat. Jam 2 petang saya sudah berangkat ke Shah Alam. Tanpa pengetahuan bos saya. Hanya staff saya saja yang tau (ish..ish..teruk betul anak buah sorang ni kan). Sebolehnya, saya nak habiskan seberapa banyak masa yang saya ada dengan En. Openg. Bila saya sampai di Gombak, ada panggilan dari pejabat. Katanya, boss mencari saya. Alamak! Saya cepat-cepat call boss dan maklumkan saya tiada di pejabat. Kantoi! Nasib baiklah boss tak banyak tanya. Eheheh..

Setibanya saya di rumah En. Openg, saya tolong dia kemaskan apa yang patut. Itupun tak banyak. Dia banyak 1 beg sahaja. Dan kebanyakan barang sudahpun dimasukkan. Tak sempat saya nak tolong kemaskan beg dia. Isk isk..Minta maaf ye En. Openg..huhu.. Masa tu, walaupu ada sekelumit rasa sedih, tapi tidaklah begitu ketara. Saya masih lagi boleh mengawal kesedihan saya.

Makin dekat dengan waktu berlepas, makin saya rasa sedih. En. Openg yang drive ke airport. Saya duduk di sebelah, dan abang kandung saya di belakang. Sebab tu control sket sedih, malu dengan abang. Hehehehe..Makin dekat dengan airport, makin kuat saya genggam tangan En. Openg. Masa tu, saya tak tau apa perasaan saya. Saya tak rasa sebak, saya tak rasa nak menangis, tapi air mata saya tak henti-henti keluar.



En. Openg tau saya berat nak lepaskan dia..dia balas genggaman tangan saya erat2. Setiba di airport, hati saya makin tak menentu. Thanks to abang saya sebab banyak bagi peluang kepada kami untuk meluangkan masa berdua. En. Openg banyak pujuk saya. Saya pulak lagi banyak menangis. Saya tau, saya buat dia risau, tapi saya dah tak boleh nak control mase tu. Itu saja yang saya mampu buat..menangis dan terus menangis...

Bila dah sampai waktu dia masuk, hati saya dan tak keruan. En. Openg tanya,'boleh lepaskan abang pergi tak ni?'. Saya geleng kepala. Saya taknak berpisah dengan dia! Tapi saya tau, saya kena lepaskan jugak dia pergi. Takpe Ayu, bukannya tak boleh keep in touch. Saya fikir, ini dugaan pertama buat kami setelah kami bergelar suami isteri. Saya kena tabah! Perlahan-lahan saya anggukkan kepala. Itupun, tangan masih belum saya lepaskan.

Saya cium tangan sEn. Openg dan dia cium pipi dan dahi saya. Still, saya susah nak lepaskan pegangan tangan saya. Lantas En. Openg peluk saya kat situ. Barulah saya lepaskan genggaman tangan saya, tanda sedikit sebanyak saya dah relakan dia pergi..



Buat Encik Openg, ketahuilah bahawa saya sangat rindukan kamu di sini..Jaga diri elok-elok ya sayang..Saya sentiasa menghitung hari untuk terbang ke sana berjumpa kamu..

Thursday, July 22, 2010

Kasihmu Amanahku

Sejak akhir-akhir ni, saya suka sangat dengar satu lagu ni..Kasihmu Amanahku nyanyian In-Team. Banyak isi berbentuk nasihat yang boleh kita ambil dan manfaatkan dalam lagu ni, especially untuk pasangan suami isteri dan bakal menjadi suami isteri (termasuklah saya). Agaknya, semenjak dua menjak nak kawen ni, jadi sensitif sket kot. heheh..so, enjoy.. :)

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya..

Tuesday, July 20, 2010

My 25th Birthday..

Hari ni emosi saya kurang stabil..sebenarnya bukan hari ini saje, start daripada semalam lagi. kenapa? sebab saya akan melalui sepanjang hari ini tanpa orang tersayang di sisi..

Semalam, 19hb Julai, saya tak ingat langsung pasal tarikh hari ini. Kesibukan tugas mengatasi segalanya..pagi ada mesyuarat, lepas tu kelam-kabut sebab ramai ketua jabatan tak dapat surat. cek punya cek, rupa-rupanya staff pergi postkn surat tu, sedangkan jabatan-jabatan tu dalam daerah yang sama aje. Biasanya diorang ni rajin pergi hantar by hand. Entah kenapa kali ni termalas pulak, pergi pos aje. Tak pasal-pasal kena call semua ketua jabatan mintak hadir mesyuarat (walaupun bukan saya yang call ;p ). Tapi takut jugak la..takut kena marah dengan Dato' Pegawai Daerah. Yela, dah la dah jadi macam tu, minum pagi pulak lambat sampai. Staff pergi order minum pagi dengan orang luar. Susah! Nasib baik mood Dato' agak-agak ok. Terima kasih En Mat kerana membantu menceriakan suasana.. (walaupun pasrah sebab saya jadi bahan usik diorg..maklum la, pengantin baru...).



Balik je pejabat, ada sorang staff jumpe saya..

Saya : Ye Abg Mat, ade ape?
Staff : Cik, saya nak cakap skit ni..tapi saya nak mintak maaf awal-awal la.. (muka serius)
Saya : Kenapa ya? Cakap je la.. (dah mula tertanya-tanya)
Staff : Tak, saya nak bagitau, selamat hari jadi cik..sori ye, saya wish awal sket..(senyum-senyum)

Baru saya teringat..esok birthday saya! Dan baru saya teringat jugak..'dia' takde untuk sambut dengan saya. Saya senyum dan cakap terima kasih dekat staff tu. Terharu jugak sebab die concern pasal bos dia yang macam bukan bos ni. Tapi sedih jugak, mengingatkan malam nanti saya sorang-sorang tunggu detik 12 malam..



Malam tadi En. Openg call saya, tapi saya takleh nak cakap sangat sebab saya sedih. Sekejap je kami cakap, lepas tu En. Openg end call sebab nak keluar makan dengan kawan-kawan dia. Tak lama selepas tu, En. Openg sms saya. He always know whenever I'm not ok (walaupun dah cuba sedaya-upaya sorok). Lepas sms ngan En. Openg, saya makin sedih..

Jam 11.30 malam, saya dapat call dari En. Openg..

En. Openg : Sayang ok ni?
Saya : Tak sangat, but dont worry, nnti ayg ok la ni..
En. Openg : Sori tak dapat celebrate ngan sayang malam ni, tp lepas ni kite dah boleh celebrate sama-sama dah..

(sedikit perbualan yang saya ingat-ingat lupa plus taleh cite banyak-banyak ;p)

Tepat jam 12 malam, En. Openg wish saya happy birthday. Saya nangis gila-gila masa tu. Sedih, first time takleh celebrate sama-sama sejak kami jadi pasangan kekasih. Tapi nak buat macam mana kn, keadaan tak mengizinkan. Time kaceh En. Openg sebab sanggup pujuk saya sampai saya ok. Love you so much!!! :-*

Dan, time kaceh juga buat adik kesayangan n bakal adik ipar (ehem2) yang wish saya di tengah-tengah malam semalam. Juga buat kawan-kawan yang wish di FB dan sms. Thanks guys!~

Lasty, Happy 25th Birthday to Cik Ayu Azriati (soon to be Puan Ayu Azriati ;p)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service