Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, June 2, 2014

Sepetang di Padang

Hujung minggu yang lepas saya dan En Openg bawa si kemabr ke padang bersebelahan dengan Masjid Shah Alam. Tak rancang pun..duk lepak-lepak kat rumah, terlintas pulak nak bawa diorang ke sana. Ni kali kedua la bawa..first time tu Pak Uda a.k.a Dede diorang yang bawak ke sana.

Amboih...kemain seronok anak dara dua orang tu berlari-larian! Yang first time tu lagi tak plan. SO memang tak bawak apa-apa pun. Sudahnya, pi cilok bola member sebelah! Terkebil-kebil kawan tu tengok bola kena rampas..sorry dik non! hehe..

So yang ni prepared sikit la..bawak bola sorang satu, bawak jajan ngan bawak air..seronok diorang! Berlari ke tengah padang, pastu patah balik kat mama minum air. Ala-ala isi minyak la kononnya!

Anak dara benti minum air..sempat bergambar peace lagi!


Serius memang seronok buat family riadah kat sini..untuk family yang ada berdekatan, disyorkan bawa anak-anak kat sini. Petang-petang memang meriah.. (sah lepas ni bawak selalu). Hehe..

Apa pun, family time is the best!

xoxo,

Tuesday, May 20, 2014

Bilamana Balik Kampung

Ho ho ho balik kampung!

Ho ho ho balik kampung!

Hati girang!~

(adaptasi lagu Sudirman dengan gaya tersendiri.haha)

Seronok kan balik kampung? Kampung saya jauhhhhh nun di Terengganu sana. Memang susah la nak selalu balik. Jeles pulak kite ngan orang yang boleh balik kampung tiap-tiap minggu..boleh gitu? Hehe.

Oleh kerana jauh, jadinya biasanya kitorang adik-beradik yang merantau ke negeri lain ni (macam merantau ke luar negara pulak bunyinye..kelas gitu!) akan pakat-pakat balik time yang sama. Baru la meriah suasana di hari cuti!

Apa yang best kat kampung?

1. Sesi bergossip sambil mendera anak

Maknya dan makciks dan tokma bergossip di atas katil. Lokasi: bilik tokma

2. Makan mom's cooking yang super duper best sampai menjilat sepuluh jari uols!

Haaa...tergoda tak? Rosak binasa diet iols!


Tokki mempromote masakan the wifey aka tokma..memang the best!

Banyak lagi la cara kitorang spend masa kat kampung..tengok yang ni pun dah cukup nak gambarkan keseronokan yang kitorang rasa.

Oh, tak sabarnya nak gathering lagi!

xoxo,

Monday, January 6, 2014

Permulaan Tahun Baru..


Ha.. sedar tak sedar, kita dah menginjakkan kaki ke tahun 2014. Lagi 6 tahun nak sampai ke Tahun 2020. Cepat kan masa berlalu?

2013 dah berlalu pergi meninggalkan kita semua. Masa tak boleh undur-undur dah tau! So apa pencapaian korang semua sepanjang tahun 2013 yang lepas? (soalan bajet bagus je kan..macam la saya ni cemerlang sangat..haha). Ok takpe..lemme see..

Tahun 2013 :

Aliya ngan Anis dah masuk tiga tahun..OMG! Macam tak caya je! Tu la yang paling buat saya rasa cepatnya masa berlalu..dah panjang akal dah! Bak kata adik-adik saya, diorang ni macam tweety bird ngan ciken little!


 
 
 Err..same ke?

En. Openg..well, maintain selim melim macam tu jugak (jeles iols okay).. sepanjang stengah tahun lepas dia la yang duk jaga si kembar semasa saya berkursus 6 bulan. Lama ok! Sangat tabah dan sabar. Suami-suami dan bapa-bapa di luar sana, sila contohi ya! Muaahahahaha (gelak bangga)

Saya? Hmmm...dah berisi dah.. Eh, bukan berisi yang 'itu' ye..berisi dengan lemak di sana sini. Konon target nak kuruskan badan time kursus..dah imagine dah surprisekan sang suami dengan penampilan baru yang cun melecun meletopss.. A ah, ye la tu..memang surprise, tapi dengan saiz badan yang bertambah. Waaaaa! Takpa takpa..bawak jadikan azam tahun 2014 pulak! hahahah...

Korang pulak macam mana? ;)


XOXO,

Friday, April 5, 2013

Tangga Menuju Kejayaan..


Ha..hebat tak tajuk post saya kali ni? Apa maksudnya tu? Ok..sebenarnya entri kali ni saya buat khas untuk abang sulung saya, Ami Rozaidi, yang jealous sebab saya buat entri khas untuk adik saya (refer entri sebelum ini). Haha..

Tak adalah! Gurau saja..ayat sama macam sebelum ni..jangan marah ye abang..nanti cepat tua! Jatuh saham kang! Haha..

OK..ok..yang sebetulnya entri ni khas untuk abang saya yang sedang mendaki dan terus mendaki untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan. Buat abang yang akan membuka firma guamannya sendiri tak lama lagi (InsyaAllah..) diucapkan selamat maju jaya dan adik-adik semua mendoakan kejayaan abang sulung diorang ni. Kami bangga tau!





Dah..tak payah nak jealous-jealous bagai! ;p


Thursday, April 4, 2013

Birthday Gurl

Walaupun dah agak-agak terlambat sikit (er...sikit je kan? kan?), saya nak jugak wishkan..


kat adik musyuk saya yang sangat sangat sangat sangat tak matured itu. (haha..jangan marah dikmi! Nanti cepat tua!) :p
Ha? Apa? Tak percaya? Kalau tak percaya, cuba tengok kat bawah ni..


Ha..matured kan? (ni post nak kena cekik ngan birthday gurl nih..haha). Again, jangan marah darling! Nanti cepat tua! ;p

XOXO,

Monday, December 31, 2012

31 Disember 2012

Hari terakhir bagi tahun 2012..

Dah lame dah tak post apa-apa kat sini kan? Dah bersarang bersawang bermacam-macam lagi dah blog ni. Al maklumlah..kerja tak sudah-sudah. Lunch hour pun pi bantai buat kerja jugak. Kalau sebelum ni, sempat la jugak nak intai-intai kat sini. Sekarang, takdak maknanya...

Balik rumah? A'ah, yela tu boleh bukak laptop kat rumah. Duk melayan si kembar tu aje kerjanya. Kalaupun diorang tengah main, nampak aje papa mama diorang bukak laptop ke, ipad ke, habis la. Berkejar nak ambik. Berebut-rebut lak tu. Tu yang jarang sangat-sangat bukak laptop kat rumah. Ipad bole la, bukak jugak la (papa buat main game). Tu pun asyik basah kuyup dek kena cium ngan si kembar tu. Aduhai anak..

Tapi! Hari ni nak jugak post something kat sini. Konon sebagai penutup bagi tahun 2012..Kelas gitu!!

Ok, apa yang menarik bagi tahun 2012? Banyakkkkk sangat! Tapi yang paling saya treasure, melihat si Aliya dengan Anis membesar depan mata saya sendiri. Yela, masa diorang kecik and masa baby ni la diorang cepat membesar kan?Rugi sangat kalau terlepas time ni. Nasib baiklah tak kena pergi kursus lama-lama tahun ni. Fuhhh...(tapi bersedia la nak pi kursus 6 bulan tahun depan..isk).

Si Teciks ready nak makan

Dalam-dalam seronok tu, ade jugak dukanya tahun ni. Pemergian arwah tokki..Sedih sangat! Tak sangka betul arwah pergi time ni..Dalam tidur pulak tu. Saya mendapat khabar pemergian beliau pagi Sabtu awal Disember tempoh hari. Tu pun lepas dah berbelas miscall (sorry adik-adik..tak perasan). Terus berkejar balik ke Terengganu tang-tang tu jugak. Walaupun ralat tak sempat jumpa sebelum arwah meninggal, tapi Alhamdulillah sempat cium arwah sebelum dikebumikan. Untuk arwah Tokki, moga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...Al-Fatihah..

Majlis tahlil arwah..

Ok lah! Lunch hour pun dah habis, kerja pun dah menunggu, sampai sini dulu ya! Lain kali saya post panjang-panjang best-best ok! Tata titi tutu~


Tuesday, July 26, 2011

Minggu Check Up Dan Berpindah..

Pagi tu saya bangun agak awal, walaupun hari tu hari Sabtu. Rajin kan saya? Haha..Tak lah..Sebenarnya saya ada pemeriksaan kesihatan hari tu. Nak cek macam mana anak-anak saya dalam perut ni. Lepas tu dah janji dengan abang saya untuk tolong dia dalam proses perpindahan dari Kuala Pilah ke Bangi. Oh, ingat saya yang pindah ke? Bukan..bukan..tajuk saje kasi gempak..hehe.. ;p

Memang excited sangat nak tau apa cerita baby-baby saya kat dalam ni. Sampai aje kat hospital, lepas dah cek GL En. Openg, saya daftar di kaunter. Masa nak timbang berat (nurse dah pesan supaya timbang siap-siap masa last check up hari tu), tak sangka pulak terserempak dengan Kak Tiqa, ex-opismate masa di DRB dulu. What a small world! And anak dia dah besar dah pun. Aktif dan nakal! Hehe..Oh, berat saya naik 2kg. Isk..Lepas ni kena la berjaga-jaga sikit time makan. Doc pun pesan, kalau naik banyak sangat, tak elok jugak.

Macam mana keadaan baby-baby saya? Tanak cerita panjang la..Apa kata tengok aje gambar kat bawah ni...

Ni la dua2 kembar saya..nampak kepala aje..duk bergosip agaknye tu..ehe..

Ni sorang..saya upload satu je la ye sbb baby lgi sorg pn duk camni gak...ehe..
Comel kan? Dah besar dah diorang..dah nampak tulang belakang semua. Elok aje duduk sebelah-sebelah pulak tu. Alhamdulillah dua-dua sihat. Rasa happy sangat-sangat...

Lepas dah habis check up, saya, En. Openg dan Dikmi bergerak ke Bangi untuk berjumpa abang dan adik lelaki saya. Dari sana barulah kami bertolak ke Kuala Pilah. Tak banyak pun yang nak dikemaskan sesampai di sana. Sebab semua kakak ipar saya dah kemaskan. Rajinkan dia? Respect sangat..sebab dia boleh kemas semua tu sorang-sorang sambil jaga dua orang anak yang berusia 4 tahun dan 1 tahun. So..kami cuma tolong time nak angkat barang masuk dalam lori the next day. Saya angkat barang? Tak..tak..ma dah warning siap-siap kat abang supaya tak kasi saya angkat barang sangat. Sayang kan ma kat saya? Hehe..

So, apa yang kami buat?


Haaa..ni la kerja saya, En. Openg dan adik saya. Layan budak kecik berdua tu supaya diorang tak ganggu papa dan mama diorang mengangkat barang dan nak elak dari diorang terkena habuk. Oh, saya hanya pemerhati saja..Cuba tengok, sapa yang lagi riang? Anak ke 'bapak-bapak'? Hehe...

Wednesday, May 11, 2011

Petua Rumahtangga Bahagia Siri 3 [untuk lelaki]

Kalau sebelum ni, entri saya lebih kepada untuk kaum Hawa, kali ni saya nak kasi lagi petua untuk rumahtangga bahagia aman damai untuk kaum Adam pula. So, selamat beramal! ;)

  1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama menanggung hutang suami. Seeloknya bahagikan sama rata, isteri bayar bil air, suami bayar bil elektrik.
  2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kena la memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.
  3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada mak anda.
  4. Jangan demand hubungan intim sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahawat sahaja.
  5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam ular sawa. Ada juga isteri baru buka lampin anak, suami dah muntah bagai nak rak sebab tak tahan tengok/bau tahi anak.
  6. Jangan sekali-kali duduk bersandar depan TV atau relaks macam tauke besar sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut berlari masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan, goyang kaki.
  7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai turn isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, ayam licin..tinggal tulang, janggut sotong, ekor taugeh.
  8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu. Kalau boleh sehari dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga).
  9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu especially perut. Banyak suami yang perut jalan dulu..
  10. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengorat isteri anda dulu. Jangan sesekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  11. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Rezeki tak masuk nanti..
  12. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami 'degil' tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela menolong.
  13. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor (bini bukan buka kedai dobi). Dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah (jangan nak berjimat sangat, kedai mamak jual murah aje). Bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya. Dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? Ni semua Kemahiran Hidup ni!
  14. Kalau keluar berjalan, biarlah seiringan. Ada suami yang jalan dulu, sebab isteri lembap sangat. Awak tu bukannya bujang lagi, jangan nak eksyen lebih.
  15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Kami pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tetapi diputarbelitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat tentu awak tak boleh tolerate jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
  18. Kalau tak suka sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aje. Kalau kita sakit atau nazak nanti, siapa yang akan jaga kita?
  19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjukkan anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri dah nazak pun tak perasan.
  20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya adalah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.
  21. Dalami agama dan bimbinglah isteri dan anak dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isterinya pun masuk syurga. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan isteri suami masuk neraka. Tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan tapi ini didengar dari seorang ustaz.
  22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. Jangan buat tak hirau kalau isteri merajuk atau kecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf. Kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau suami tak ambil kisah, perasaan isteri bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh jadi kanser kepada isteri.
Info : Koleksi Terbaik


Wednesday, May 4, 2011

Petua Rumahtangga Bahagia Siri 2 [untuk wanita]

Ha, kali ni saya nak share laaaaagi petua rumahtangga bahagia dengan semua, terutamanya para isteri di luar sana. Kepada yang dah kahwin, boleh amalkan ye (termasuk saya sendiri). Kepada yang belum dan bakal menjadi isteri, boleh jadikan sebagai pedoman ya :)

  1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
  2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
  3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai).
  4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
  5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
  6. Luangkan masa yang betul-betul 'berkualiti' sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
  7. Tanya ibu mertua, abang, kakak atau adik ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
  8. Masak resepi ibu mertua (kegemaran suami) sekali-sekala.
  9. Beri pujian terhadap penampilan suami - rambut, wajah, pakaian, kacak, kesederhanaan dan seumpamanya.
  10. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
  11. Minta bantuan suami hanya jika sesuai - sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
  12. Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama terutamanya ketika bersiap.
  13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu (lebih baik beritahu dari tak beritahu langsung).
  14. Bila suami minta bantuan, buatlah dengan serta-merta dan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit dan banyak komen (sesungguhnya Allah sangat gembira dengan perbuatan demikian).
  15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik kepada suami sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  16. Jika kita marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
  17. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan (jika boleh).
  18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
  19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
  20. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
  21. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
  22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian untuk berfikir.
  23. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
  24. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walaupun kita tak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
  25. Bila meminta bantuan suami - *terangkan kepada suami dengan jelas kerja-kerja rumah yang perlukan bantuan. *beri pilihan kerja yang disukai olehnya. *jangan menyuruh-nyuruh. *gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
  26. Pesan kepada suami untuk menelefon jika outstation. Jangan marahi dia jika dia tidak dapat berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
  27. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
  28. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dengan orang lain.
  29. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual
Info : Koleksi Terbaik


Thursday, April 28, 2011

Petua Rumahtangga Bahagia

Hari ni saya tergerak hati nak share pasal petua rumahtangga bahagia. Yelah, bila dah hidup berumahtangga ni, bila dah hidup berdua bertiga berempat dan seterusnya ni (InsyaAllah..), mesti kita nak kekal sampai bila-bila kan? Ade ke orang yang macam,

'hurm, rase nak kawen la hari ni. kalo rase tak best, esok putus la.' 

Er...adekah? Even orang berchenta pun nak kekal..

'I sayangkan you. I nak sehidup semati dengan you.' (dialog rekaan semata-mata. tiada kena mengena dengan kisah saya dan En. Openg ye. harap maklum.)

Hehe. So, kesimpulannya, kita nak hubungan tu berpanjangan dan kekal. Sebab bagi saya, once saya dah kawen dengan dia, saya akan pandang dia sorang aje. Takde dah usha jejakes hensem kat luar sana. Opsss...saya inesen ye En. Openg..haha. Ok ok, nak tau petua kan? Sila la baca ye..

  1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
  2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
  3. Jaga agar mulut dan badan agar tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
  4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
  5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
  6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumahtangga.
  7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
  8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
  9. Sekiranya berlaku perceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan talak dua sahaja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
  10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
  11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding dengan keluarga sendiri.
  12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
  13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
  14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
  15. Menjawab setiap pertanyaan suami denga lembut.
  16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
  17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
  18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumahtangga.
  19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
  20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. 
  21. Ketua rumahtangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
  23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.



Jadi, apa lagi? Renung-renungkan dan selamat beramal~ ;)

Thursday, April 7, 2011

Rumahku Syurgaku

Saya jumpa artikel ni sewaktu melayari internet baru-baru ini. Satu artikel yang bagus bagi saya, dan saya harap ianya dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat membaca!





RUMAH TANGGA bahagia bertunjang pada tiang yang kukuh. Andai goyah satu tiang maka goyahlah istana yang dibina. Mewujudkan ‘rumahku syurgaku’ bukanlah suatu yang mudah jika suami dan isteri tidak faham peranan masing-masing.
Penyelia Unit Pembangunan Insan (UPI) Kawasan Jabi, Besut, Ramlah Awang ketika menyingkap kisah hidupnya berkata, keutuhan rumah tangga bergantung sejauh mana keutuhan suami dan isteri berpegang dengan ajaran Islam.
"Kita tidak boleh membentuk rumah tangga mengikut cita rasa kita tetapi mengikut cita rasa Tuhan walaupun bertentangan dengan cita rasa kita sendiri," ujarnya.
Katanya, untuk melahirkan ‘rumahku syurgaku’ bukan semudah ungkapan dibibir mulut tetapi ia perlu dibentuk dengan kecekalan dan kesabaran dengan patuh tunduk menurut perintah Tuhan. Yang paling penting katanya, persefahaman suami dan isteri serta tolak ansur dalam menyelesaikan perselisihan menjadi rencah yang boleh menjurus ke arah pembentukan rumah tangga harmoni.
Beliau yang juga isteri bekas seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tahun 1982, Allahyarham Haji Mohamad Jusoh atau lebih dikenali sebagai Ustaz Setimat, sering mengenangkan kehidupan bersama suami dan mengharapkan Allah merestui kehidupan itu sekaligus merasa bahagia bersama bekas suaminya.
Di samping itu katanya, tumpuan juga perlu diberikan kepada pendidikan anak-anak kerana ia suatu yang tidak boleh dipisahkan dari rencah kehidupan rumahtangga. "Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah Arab pula menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika anak dewasa umpama mengukir di atas air," jelasnya.
Katanya, Islam menentukan modul pendidikan di kalangan kanak-kanak berdasarkan had umur mereka. Tahap pertama ialah kategori satu hingga tujuh tahun, kedua tujuh hingga 14 tahun dan ketiga 15 tahun ke atas. Di tahap pertama Nabi s.a.w. menyarankan agar mendidik anak dengan belaian, kasih sayang dan kemanjaan. Tahap kedua disiplin perlu diberi perhatian secara serius.
Katanya, dalam salah sebuah hadis, Nabi menyaran supaya ibu bapa menjadikan mereka ini sebagai kawan dengan mendekati dan bertanyakan masalah mereka.
Kawan
"Ini kerana jika kita tidak jadikan mereka sebagai kawan, mereka akan mencari tempat lain untuk mencurahkan masalah. Dan kalau dia mencari kawan yang jahat, tindakan itu memberi kesan yang buruk terhadap kehidupannya," jelas beliau. Seterusnya pada tahap umur 21 tahun ke atas, ibu bapa perlu memberi sedikit kebebasan untuk membuat keputusan bagi menentukan haluan arah tuju kehidupannya.
Menurut Ramlah ibu bapa masih menjadi penunjuk arah dan panduan berfikir kepada anak-anak, yang masih belum boleh berfikir bagi menentukan hala tuju kehidupan mereka sendiri tanpa restu dari kedua ibubapa. Kebebasan anak-anak di peringkat umur ini masih terhad. Mereka masih tidak dibenarkan keluar rumah tanpa keizinan dari kedua ibu bapa. "Apa yang saya amalkan dalam pendidikan anak-anak ialah asas agama. Bermula dari pra sekolah hingga ke peringkat rendah. Setelah tamat darjah enam mereka bebas memilih aliran masing-masing," katanya.
Ramlah yang dilahirkan di Kampung Gong Pasir mempunyai sembilan orang anak yang berjaya hasil perkongsian hidupnya dengan Allahyarham Ustaz Setimat. Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya (Khidmat Nasihat II) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Hajjah Tom Haji Ibrahim berkata, dalam usaha untuk mewujudkan ‘Rumahku Syurgaku’ beliau menyarankan para suami harus berperanan seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Katanya, Rasullullah s.a.w. apabila pulang ke rumah dari musafir baginda membeli hadiah untuk isterinya. Bagaimanapun pada suatu hari baginda terlupa membeli hadiah. Baginda lalu berpatah balik dan pergi ke pasar untuk membeli hadiah walaupun sudah tiba di pintu rumah seorang isteri baginda.
Katanya, peristiwa ini menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. menghargai pengorbanan isteri walaupun tidak boleh di balas dengan hanya sebuah hadiah. "Ia amat penting kerana dalam membina rumah tangga sebenarnya, kita berkongsi hidup," jelasnya. Secara tidak langsung timbul perasaan kasih sayang terhadap pasangan dan prinsip ini dijadikan amalan dalam mewujudkan rumahku syurgaku.
Menyentuh pendidikan anak-anak pula beliau berkata, contoh paling mudah ialah dengan mengazankan ke telinga kanan dan mengiqamatkan ke telinga kiri kanak-kanak yang baru dilahirkan ke dunia, bertujuan menanam dari awal lagi konsep iman kepada anak-anak.
"Kedua, apabila umur anak tujuh hari berilah nama yang baik-baik. Kemudian aqiqahkan anak-anak sebelum mereka mencapai usia akil baligh," katanya. Pendidikan awal ini diajar nabi supaya lahirnya anak-anak yang baik.
"la bermula dari kecil tetapi kadang-kadang masalah kita ialah bila anak besar baru mencari apa punca masalah sedangkan kita tidak ikut panduan sejak awal," katanya. Menurut beliau, kebanyakan masalah berpunca di rumah kerana jika di rumah cemerlang bermakna di luar juga cemerlang.
Nabi telah bersabda dalam sebuah hadisnya yang bermaksud, "Didiklah anak kamu 100 tahun sebelum ia dilahirkan." Maksudnya bermula dari memilih bakal isteri yang baik-baik.
Seperti kisah bapa kepada Imam Malik iaitu seorang ulama besar. Ada seorang lelaki bertanya bapa Imam Malik, "Bagaimana kamu melahirkan anak yang begitu hebat, imam yang begitu besar hingga boleh melahirkan satu mazhab (Mazhab Maliki). Bapa Imam Malik menyebut, "saya mendidik ibunya dahulu."
Didikan
Seorang pendidik, Hajjah Zainab Ahmad pula memberitahu, untuk mewujudkan rumah tangga yang bahagia ialah dengan memberi salam apabila keluar dan masuk ke rumah. "Kedua, makan bersama anak-anak. Ketiga, sembahyang jamaah bersama. Keempat rajin-rajin menerima kedatangan tetamu. Kelima, sentiasa membaca al-Quran di rumah. Jika tidak membaca al-Quran dan beribadat di rumah, rumah itu seperti kubur," jelasnya.
"Berdoa merupakan amalan baik walaupun ianya terlalu panjang kerana doa mengundang pertolongan Allah, rahmat dan kasih sayangnya," ujarnya. Tanda orang itu ingatkan Allah ialah seseorang sentiasa berdoa kepada Allah memohon rahmat dan kasih sayang-Nya.

Tuesday, March 29, 2011

Sehari Bersama BabyBeruwang

25 Mac lepas merupakan hari lahir adik kesayangan saya, Dikmi or a.k.a blogger BabyBeruwang yang ke 21 ke 12 (opsss...muda lagi you ni ye!). Hehe. Memandangkan besday beliau jatuh pada hari Jumaat, tak dapatlah saya celebrate dengan beliau pada hari tersebut. Hujung minggu tempoh hari saya dan En. Openg ke UIA untuk melawat adik terchenta sekaligus meraikan hari beliau menjadi setahun lebih tua. Hoho. Kat sini saya dengan berbesar hati mahu berkongsi aktiviti-aktiviti kami yang tak berape nak best tu.. ;D


Shopping kasut di WangsaWalk XD

BabyBeruwang bersama kek pilihan hati di Secret Recipe

Wah wah..menghayati lagu gitu! ;D

Tu dia...En Openg turut sama menghangatkan suasana! >_<

p/s : pls forgive gambo2 yang agak tak chantek ni (amik dengan sayang Nokia XpressMusic saya aje)

Wednesday, March 9, 2011

My Baby..

Time takde kerja ni, saya rajinkan diri tengok FB kawan-kawan. Ramai juga rupanya yang letak gambar baby masing-masing as profile picture. Bila dah tengok banyak-banyak kali, mula la terfikir, 'bilalah pula turn diri sendiri nak letak gambar baby kat profile pic tu?'. Memang teringin untuk menimang cahayamata, tapi belum ada rezeki lagi. Takpe la. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya...betul tak? :)


p/s: tolong doakan saya ye semua! :)

Friday, March 4, 2011

Mama Dah Sihat!

Alhamdulillah, Mama dah semakin sihat. Cuma masih kena makan ubat dan berjalan dengan perlahan. Tapi Mama cakap, sakit tu dah kurang. Last time pergi scan tempoh hari, doktor dah sahkan yang tiada batu karang dalam hempedu. Kata doktor, asid yang keluar agak banyak dalam badan, menjadikan gastrik Mama agak teruk kesannya. Nasib baik tak teruk..Tapi Mama still kena jalani follow up check up untuk memantau keadaan salur yang tersumbat disebabkan oleh darah agak beku..

Sekarang, saya berada di kampung halaman, juga adik-adik saya. Terpaksa batalkan plan untuk ke pre-wedding photoshoot Huda. Agak ralat, tapi bagi saya kesihatan Mama lebih penting. InsyaAllah saya akan join diorang ke Perak minggu hadapan untuk bachelorette party Huda. Can't wait! :D

Wednesday, March 2, 2011

Doakan Mama Saya..

Kawan-kawan, minta tolong doakan agar Mama saya cepat sembuh ya..Mama mengalami sakit gastrik yang agak teruk sehingga dimasukkan dalam emergency hospital tempoh hari (saya dapat tahu berita ini hari Ahad lalu). Di hospital, doktor suspect ada batu karang sekali. Dah scan dan tak nampak ketulan batu karang, Alhamdulillah..tapi doktor cakap risau kalau ada ketul-ketul halus batu karang. Terbaru, Mama ada masalah salur darah ke jantung sedikit tersumbat. Tak kritikal, alhamdulillah, dan doktor dah bagi ubat untuk cairkan darah beku. Hari ini Mama sekali lagi buat check up untuk pastikan ada batu karang atau tak. Masih belum tahu lagi apa keputusannya. Masuk hari ini, dah 4 hari mama tak ke sekolah..Minta doakan ye..

Mama,

Kak Ayu doakan Mama cepat-cepat sembuh. Tamo sakit-sakit..Kuatkan semangat Mama. Jangan lupa makan ikut waktu dan makan ubat juga. Love you Mama..

Hari Kepulangan En Openg 2

26 Feb 2010

Hari ni tak banyak sangat aktiviti, sekadar berehat di rumah. Kira macam menggantikan hari semalam yang agak hectic la. Hehe. Bangun agak awal pagi tu, kira-kira jam 6 pagi and tolong mak sediakan sarapan (nak jadi menantu yang disenangi..hehe). Lepas tu cuma berehat-rehat saja, and took a nap pagi tu. Entah kenapa, mata ni macam berat je. Sampaikan mak tanya pada En Openg, 'dah ada isi ke?'. Alamak! Sori mak, memberi harapan palsu pula. Hehe.

Petang tu kami mengikut mak dan ayah untuk berjumpa dengan mak andam pilihan di Ayer Hitam. Pening kepala juga nak memilih baju yang ada. Baju-bajunya agak 'daring' dan agak tidak sesuai dengan imej saya yang bertudung. Tapi tak mengapa, inner kan ada..Ehe. Kata putus akhir, saya dan En Openg memilih baju pengantin dengan lace berwarna silver. Simple but elegant. Chewah! Kemudian saya diminta mencari kasut berwarna silver atau putih..ok..dan mencari contact lens berwarna biru atau grey! Biru? (tak boleh bayang saya bermata biru). Grey? (hurm..boleh la..lagi ok daripada biru). Macam-macam...

Pada malam harinya, ada family gathering kat rumah atuk di Felda Ayer Hitam plus aktiviti barbeque. Quite nice and enjoyable la. Masa makan-makan tu, Pakcik Khamis (bapa saudara En Openg) siap minta anak buah bacakan teks ucapan yang disediakan lagi. Pasal aktiviti-aktiviti family yang lepas and sedikit updates pasal family. Cerita perkahwinan kami turut dimasukkan, begitu juga dengan cerita honeymoon kami di UK. Malu! En Openg dah gelak besar. Saya pula dah tersenyum-senyum cover malu. Adeih...Waktu gathering itu juga, ada dibincangkan tentang next family activity iaitu lawatan ke Langkawi. Satu bas tu! Tentatively, lawatan tu pada 29 April nanti, memandangkan hujung minggu itu bersambung dengan cuti sempena Hari Buruh, 1 Mei. Insya-Allah saya dan En Openg akan turut serta rombongan tersebut. Tak sabar nye!

27 Feb 2010

Hari ini En Openg membawa saya berjalan-jalan di sekitar bandar Kluang. Kami ke Kluang Parade untuk mencari mata biru..ops..mata kelabu saya. Hehe. Memang tak pernah pakai, dan agak keberatan sebenarnya. Tapi tak apalah, demi mak andam terchenta yang dah janji untuk jadikan saya 'Diva' di majlis kami nanti (can't imagine!). Kami ke Kluang Railway Coffee untuk 'food testing' di sana, memandangkan tempat itu agak sinonim dengan Kluang. Malangnya tempat itu hanya dibuka pada waktu pagi, tidak pada waktu petang. Mungkin bukan rezeki saya untuk merasa agaknya..

Selepas berlegar-legar di sana, kami bergerak ke Ayer Hitam untuk meninjau kedai carpet dan langsir. Carpetnya agak mahal. Tapi berjaya merembat sehelai langsir untuk rumah baru kami. Hehe..Malam itu, sekali lagi kami ke rumah atuk untuk makan malam di sana..

28 Feb 2010

Pagi-pagi lagi kami dah bergerak ke Intan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) untuk bertanya tentang penginapan sementara (homestay) yang boleh disewa. Pencarian tak berhasil, memandangkan rumah-rumah di dalam IKWAS tak disewakan untuk tujuan peribadi. Tetapi pegawai di kaunter mencadangkan agar kami ke kuarters Kastam kerana ianya memang dijadikan homestay untuk orang luar. Alhamdulillah, kami jumpa dan berpuas hati dengan keadaan rumah tersebut. Keputusan, kami menyewa 2 homestay, rumah teres 3 bilik yang  terletak bersebelahan di Taman Intan, dengan harga cuma RM70 sehari. Murahnya! kalau di kampung saya, satu homestay berharga dalam anggaran RM200 - RM300 sehari. Mungkin rezeki kami kali. Alhamdulillah..

Setelah selesai, kami berkemas untuk pulang ke Klang. Setibanya di Klang, kami tak terus pulang ke rumah, tetapi ke Jusco Bukit Raja dan Courts Mammoth Klang untuk membeli sedikit barang keperluan. Barang apa? Langsir, penyidai baju, mesin basuh, peti ais dan lain-lain. Pada malam harinya pula, kami ke rumah sewa lama En Openg untuk mengambil Macho dan ke Tesco Shah Alam untuk membeli barang-barang lagi.

Selepas itu, barulah kami pulang ke rumah, berkemas apa yang patut (masing-masing dah penat time ni) and bersedia untuk kembali bekerja pada keesokan harinya...haih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service