Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label keluarga bahagia. Show all posts
Showing posts with label keluarga bahagia. Show all posts

Monday, January 6, 2014

Permulaan Tahun Baru..


Ha.. sedar tak sedar, kita dah menginjakkan kaki ke tahun 2014. Lagi 6 tahun nak sampai ke Tahun 2020. Cepat kan masa berlalu?

2013 dah berlalu pergi meninggalkan kita semua. Masa tak boleh undur-undur dah tau! So apa pencapaian korang semua sepanjang tahun 2013 yang lepas? (soalan bajet bagus je kan..macam la saya ni cemerlang sangat..haha). Ok takpe..lemme see..

Tahun 2013 :

Aliya ngan Anis dah masuk tiga tahun..OMG! Macam tak caya je! Tu la yang paling buat saya rasa cepatnya masa berlalu..dah panjang akal dah! Bak kata adik-adik saya, diorang ni macam tweety bird ngan ciken little!


 
 
 Err..same ke?

En. Openg..well, maintain selim melim macam tu jugak (jeles iols okay).. sepanjang stengah tahun lepas dia la yang duk jaga si kembar semasa saya berkursus 6 bulan. Lama ok! Sangat tabah dan sabar. Suami-suami dan bapa-bapa di luar sana, sila contohi ya! Muaahahahaha (gelak bangga)

Saya? Hmmm...dah berisi dah.. Eh, bukan berisi yang 'itu' ye..berisi dengan lemak di sana sini. Konon target nak kuruskan badan time kursus..dah imagine dah surprisekan sang suami dengan penampilan baru yang cun melecun meletopss.. A ah, ye la tu..memang surprise, tapi dengan saiz badan yang bertambah. Waaaaa! Takpa takpa..bawak jadikan azam tahun 2014 pulak! hahahah...

Korang pulak macam mana? ;)


XOXO,

Wednesday, May 11, 2011

Petua Rumahtangga Bahagia Siri 3 [untuk lelaki]

Kalau sebelum ni, entri saya lebih kepada untuk kaum Hawa, kali ni saya nak kasi lagi petua untuk rumahtangga bahagia aman damai untuk kaum Adam pula. So, selamat beramal! ;)

  1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama menanggung hutang suami. Seeloknya bahagikan sama rata, isteri bayar bil air, suami bayar bil elektrik.
  2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kena la memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.
  3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada mak anda.
  4. Jangan demand hubungan intim sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahawat sahaja.
  5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam ular sawa. Ada juga isteri baru buka lampin anak, suami dah muntah bagai nak rak sebab tak tahan tengok/bau tahi anak.
  6. Jangan sekali-kali duduk bersandar depan TV atau relaks macam tauke besar sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut berlari masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan, goyang kaki.
  7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai turn isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, ayam licin..tinggal tulang, janggut sotong, ekor taugeh.
  8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu. Kalau boleh sehari dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga).
  9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu especially perut. Banyak suami yang perut jalan dulu..
  10. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengorat isteri anda dulu. Jangan sesekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  11. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Rezeki tak masuk nanti..
  12. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami 'degil' tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela menolong.
  13. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor (bini bukan buka kedai dobi). Dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah (jangan nak berjimat sangat, kedai mamak jual murah aje). Bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya. Dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? Ni semua Kemahiran Hidup ni!
  14. Kalau keluar berjalan, biarlah seiringan. Ada suami yang jalan dulu, sebab isteri lembap sangat. Awak tu bukannya bujang lagi, jangan nak eksyen lebih.
  15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Kami pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tetapi diputarbelitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat tentu awak tak boleh tolerate jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
  18. Kalau tak suka sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aje. Kalau kita sakit atau nazak nanti, siapa yang akan jaga kita?
  19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjukkan anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri dah nazak pun tak perasan.
  20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya adalah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.
  21. Dalami agama dan bimbinglah isteri dan anak dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isterinya pun masuk syurga. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan isteri suami masuk neraka. Tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan tapi ini didengar dari seorang ustaz.
  22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. Jangan buat tak hirau kalau isteri merajuk atau kecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf. Kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau suami tak ambil kisah, perasaan isteri bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh jadi kanser kepada isteri.
Info : Koleksi Terbaik


Wednesday, May 4, 2011

Petua Rumahtangga Bahagia Siri 2 [untuk wanita]

Ha, kali ni saya nak share laaaaagi petua rumahtangga bahagia dengan semua, terutamanya para isteri di luar sana. Kepada yang dah kahwin, boleh amalkan ye (termasuk saya sendiri). Kepada yang belum dan bakal menjadi isteri, boleh jadikan sebagai pedoman ya :)

  1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
  2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
  3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai).
  4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
  5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
  6. Luangkan masa yang betul-betul 'berkualiti' sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
  7. Tanya ibu mertua, abang, kakak atau adik ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
  8. Masak resepi ibu mertua (kegemaran suami) sekali-sekala.
  9. Beri pujian terhadap penampilan suami - rambut, wajah, pakaian, kacak, kesederhanaan dan seumpamanya.
  10. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
  11. Minta bantuan suami hanya jika sesuai - sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
  12. Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama terutamanya ketika bersiap.
  13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu (lebih baik beritahu dari tak beritahu langsung).
  14. Bila suami minta bantuan, buatlah dengan serta-merta dan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit dan banyak komen (sesungguhnya Allah sangat gembira dengan perbuatan demikian).
  15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik kepada suami sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  16. Jika kita marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
  17. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan (jika boleh).
  18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
  19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
  20. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
  21. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
  22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian untuk berfikir.
  23. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
  24. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walaupun kita tak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
  25. Bila meminta bantuan suami - *terangkan kepada suami dengan jelas kerja-kerja rumah yang perlukan bantuan. *beri pilihan kerja yang disukai olehnya. *jangan menyuruh-nyuruh. *gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
  26. Pesan kepada suami untuk menelefon jika outstation. Jangan marahi dia jika dia tidak dapat berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
  27. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
  28. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dengan orang lain.
  29. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual
Info : Koleksi Terbaik


Thursday, April 28, 2011

Petua Rumahtangga Bahagia

Hari ni saya tergerak hati nak share pasal petua rumahtangga bahagia. Yelah, bila dah hidup berumahtangga ni, bila dah hidup berdua bertiga berempat dan seterusnya ni (InsyaAllah..), mesti kita nak kekal sampai bila-bila kan? Ade ke orang yang macam,

'hurm, rase nak kawen la hari ni. kalo rase tak best, esok putus la.' 

Er...adekah? Even orang berchenta pun nak kekal..

'I sayangkan you. I nak sehidup semati dengan you.' (dialog rekaan semata-mata. tiada kena mengena dengan kisah saya dan En. Openg ye. harap maklum.)

Hehe. So, kesimpulannya, kita nak hubungan tu berpanjangan dan kekal. Sebab bagi saya, once saya dah kawen dengan dia, saya akan pandang dia sorang aje. Takde dah usha jejakes hensem kat luar sana. Opsss...saya inesen ye En. Openg..haha. Ok ok, nak tau petua kan? Sila la baca ye..

  1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
  2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
  3. Jaga agar mulut dan badan agar tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
  4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
  5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
  6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumahtangga.
  7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
  8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
  9. Sekiranya berlaku perceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan talak dua sahaja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
  10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
  11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding dengan keluarga sendiri.
  12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
  13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
  14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
  15. Menjawab setiap pertanyaan suami denga lembut.
  16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
  17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
  18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumahtangga.
  19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
  20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. 
  21. Ketua rumahtangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
  23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.



Jadi, apa lagi? Renung-renungkan dan selamat beramal~ ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service