Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Duit Syiling Baru

Berita terkini! Hehe..orang lain semua dah kecoh-kecoh. Saya aje yang baru nak share pasal duit syiling baru ni kan. Haaa...jangan tak tahu. Bank Negara nak keluarkan duit syiling baru, dan akan mula berada di pasaran (chewah!) pada awal tahun depan. Bagus jugak ye..sebab dah lama sangat dah kan kita pakai duit syiling yang sedia ada ni. Apa salahnya sekali sekala buat pembaharuan. Melangkah setapak maju ke hadapan! ;)

Ni la rupa dan saiz duit syiling yang baru nanti..
Oh, untuk maklumat lebih lanjut, kat sini saya kongsikan artikel yang diperoleh dari Bank Negara Malaysia. Alert! Alert! :D

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baru sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini (25 Julai 2011) oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baru ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna, dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Siri baru duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling baru ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelakkan daripada pemalsuan. Logam baru yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang berkualiti dan tahan lama.

Reka Bentuk Duit Syiling



  • Bahagian hadapan duit syiling
    Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan 14 titik yang melambangkan 13 Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai 5 garis mendatar yang melambangkan 5 prinsip Rukun Negara.
  • Motif bagi setiap denominasi adalah seperti berikut:



  • Bahagian belakang duit syiling
    Bahagian belakang semua duit syiling memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia' sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.
Haaaa...lepas ni boleh la simpan duit-duit syiling yang lama tu ye untuk dijadikan kenangan. Sebab duit syiling lama akan dimansuhkan secara berperingkat dan digantikan dengan duit syiling baru ni. Hurmmm...teringat pulak kat duit syiling seringgit yang warna kuning tu. Takde lak terfikir nak simpan dulu-dulu..Ada sesiapa yang simpan ke? ;)


Tuesday, April 12, 2011

Telur Oh Telur..

Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan sejumlah telur yang dirampas di Pulau Tikus, Pulau Pinang minggu lalu adalah tulen dan bukannay telur tiruan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abdul AzizJamaluddin berkata, hasil pemeriksaan dan penelitian fizikal ke atas telur tersebut membuktikan ia tidak mempunyai ciri-ciri tiruan.

Beliau menjelaskan, telur itu adalah tulen tetapi berdasarkan 'keganjilan' pada fizikalnya yang besar, ia tidak sepatutnya dijual di negara ini.

"Mengikut kajian kita, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAPP) adalah telur itu luar biasa dari segi saiz kerana lebih besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur."

"Bagaimanapun, ujian kita mendapati kulit dan isi kandungannya tidak mempunyai banyak perbezaan kerana ia memang tulen dan isu mengenai kewujudan telur tiruan adalah tidak benar."

-petikan daripada Utusan, 11 April 2010-


Pulak dah? Sebelum ni lain cerita, ini lain cerita pulak. Tapi kalau betullah tak ada telur tiruan seperti yang dihebohkan sebelum ini, Alhamdulillah. Tak ada la saya ragu-ragu nak makan telur lepas ni. Telan aje la labu (macam la sebelum ni berhati-hati sangat. hehe). Apapun, saya mohon maaf sekiranya entri saya sebelum ini membawa fakta yang salah dan mengelirukan semua orang. Maaf ya..saya hanya menulis berdasarkan apa yang saya tau dan apa yang saya rasa. Jangan marah ya kawan-kawan! :D (post terdahulu saya yang pasal telur tiruan tu pun saya ambik dari Utusan tau!) ;)

Dunia oh dunia...

Monday, April 11, 2011

Telur Ayam Tiruan?

"Kementerian Kesihatan mengesahkan kandungan telur ayam tiruan yang diperoleh di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru ini menyamai telur tulen.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persamaan seratus peratus kandungan protein telur ayam tersebut disahkan selepas bahan makanan itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kelmarin.
Berikutan itu, kata beliau, pihaknya akan mengadakan pemeriksaan DNA kali kedua bersama Jabatan Kimia esok terhadap sampel berkenaan untuk menentukan tahap ketulenannya."


-petikan akhbar Utusan Malaysia 10 April 2010-




Ape pun, bagi saya, tiruan tetap tiruan. Dalam banyak-banyak benda, kenapa la makanan yang nak dijadikan tiruan. Kita kan masih boleh menghasilkan makanan dengan cara yang baik dan neutral. Kenapa perlu ada makanan tiruan? Jadi darah daging kita nanti tau! Adeh...Ops, ini pendapat peribadi saya saja ok. Lain orang, lain pendapat..Ye tak? :)


Thursday, March 31, 2011

Pemandu Wanita Berbahaya?

Seperti biasa, waktu saya baru nak ke tempat kerja (tengah panaskan enjin kereta time tu), saya layankan aje topik borak di HotFM. Memang pagi-pagi saya akan bukak HotFM dan dengar apa topik diorang untuk hari tu. Kat rumah pun, bukak TV8 kuat-kuat, pastu dengar la celoteh Fara, FBI ngn AG sambil kemas tempat tido, gosok baju, sidai baju, lipat baju, ape-ape aje la! Er, ok, kembali ke topik asal. Hehe. Topik yang saya dengar hari tu agak menarik bagi saya - Pemandu Wanita Berbahaya.



'KUALA LUMPUR 28 Mac - Sidang Dewan Rakyat hari ini 'hangat' apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekaligus boleh mengundang kemalangan.
Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.
Malah, ujarnya, pemandu terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.'

Saya dah macam, 'Apekah??'. Secara peribadi, saya kurang bersetuju dengan kenyataan tu. Bagi saya, berbahaya atau tak, bukan terletak pada jantina, tapi pada pemanduan seseorang tu. Masa tu, tangan saya dah gatal dah nak dail nombor tepon HotFM, kononnya nak pertahankan hak asasi wanita la. Chewah! Tapi macam malas la plak nak membazirkan bil tepon. Marah En. Openg nanti..(ops...).

Kemudian, pagi tadi, juga dalam HotFM, saya dengar satu lagi kenyataan..


'Kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati bilangan pemandu lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita. 
Ketua Pengarah MIROS Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kajian itu turut  disokong statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan sejumlah 244,336 kemalangan membabitkan pemandul elaki  berbanding 103,153 bagi wanita, pada 2009.'

Ha! Masih lagi nak cakap pemandu wanita berbahaya? Saya tak sebelahkan mana-mana pihak. Seperti yang saya katakan, berbahaya atau tidak, tidak bergantung kepada jantina pemandunya. Korang rasa pula macam mana?

Tepuk dada, tanya selera.. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service