Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 31, 2014

Cinta Pandang Pertama..

Curlasss tak topik iols? haha..

Er, cinta pandang pertama dgn En. Openg? Oh..bukan..yang tu biarlah rahsiaaa..ahaks! Hari ni saya nak cerita macam mana saya boleh 'berkenalan' dengan chenta hati dan jiwa dan badan saya..SHAKLEE..




Saya melahirkan kembar saya pada November 2011. Masa tu rasa macam dah fully prepared nak jage twin ni. Buat research sane sini, tanye kawan yang ade experience semua. 

TApI saya lupa, lain bayi lain caranya. Turn out to be, waktu dalam pantang tu anak-anak saya sangatlah kuat nanges. Sikit sikit nangis. Saya memang niat nak fully menyusu badan. So bila diorang nangis, after check bende lain (kembung ke tak, pampers basah ke tak), and takde problem, so saya susukan diorang. Bayangkan! Last last tu saya yang jadi penat sangat..dah takde energy dah kate orang. Yela, siang malam macam tu. tido pun macam tak tido sangat..

Time tu En. Openg dah suggest utk pakai susu formula sebab kesian tengok saya macam tu. dah jadi macam patung bernyawa pun ada (hyperbola sket. Aha). Saya tak nak..nak jugak menyusu badan. Time tu baru la saya usha sane sini tengok macam mana cara nak banyakkan susu (takut diorang tak kenyang) and badan still bertenaga. And after doing some research, saya ambil keputusan utk cuba Shaklee. Memang sebelum ni dah banyak kali dengar pasal Shaklee, tapi tak terfikir nak ambil.

Hasilnya? Memang jatuh cinta terus lepas pertama kali consume..





Alhamdulillah, saya tau dan yakin yang saya dah buat keputusan yang tepat dengan memilih Shaklee..susu badan tak pernah susut (rezeki dari Allah jua) sampai saya ambik keputusan nak stop sebab kursus jangka masa panjang dan badan kekal sihat bertenaga! 


So korang kat luar sana..tak nak try ke? ;)


xoxo,

Thursday, January 9, 2014

New Work, New Environment..

Ok.

Mana nak start ye..

Hurmmm...

Abes saja kursus yang macam bertahun nak abis tu, Alhamdulillah saya masih kekal di Selangor. Tapi tak tentu balik ke pejabat lama. Masa ditanya,

"Awak nak balik ke opis lama tak?"

Saya macam blur sekejap. Hati kata mauuuuuu sangat! Yela, environment lama, yang dah biasa..dah serasi kata orang. Tapi bila difikirkan, siapalah saya nak demand lebih-lebih. So saya cakap saya tak kisah, terpulang kepada pengurusan.

Maka..

Di sinilah saya sekarang..Opis lama ke? Tentulah tidak! Katanya better bertukar. Good for career development. And dapat pengalaman baru jugak..Kat mana? Mujur masih lagi dekat dengan rumah..di Bahagian Korporat. Wow! Ye..ye..saya tau..totally unrelated dan sangat sangat jauh dari job scope saya sebelum ni kan?

Mula-mula lapor diri balik dan dapat tau penempatan, macam ni la saya..

Apekah?

 
Pastu bila dah masuk opis baru jadi camni..


Ape nak buat kat sini?

 
 Pastu bile dah tau jobscope..

Ngaaa..tak penah buat! Boleh ke aku ni??

 Haaaa...hiperbola tak saya? Haha..Tapi Alhamdulillah..pegawai-pegawai, rakan sepejabat semua sangat helpful dan tak lokek beri tunjuk ajar. Sikit-sikit saya belajar..Sekarang pun masih lagi dalam proses pembelajaran..

Harapnya saya dapat la memberikan performance yang umppphhhh meletop kedebommm gitu kat opis baru ni..Haha..Amin... :)

xoxo,


Monday, January 6, 2014

Permulaan Tahun Baru..


Ha.. sedar tak sedar, kita dah menginjakkan kaki ke tahun 2014. Lagi 6 tahun nak sampai ke Tahun 2020. Cepat kan masa berlalu?

2013 dah berlalu pergi meninggalkan kita semua. Masa tak boleh undur-undur dah tau! So apa pencapaian korang semua sepanjang tahun 2013 yang lepas? (soalan bajet bagus je kan..macam la saya ni cemerlang sangat..haha). Ok takpe..lemme see..

Tahun 2013 :

Aliya ngan Anis dah masuk tiga tahun..OMG! Macam tak caya je! Tu la yang paling buat saya rasa cepatnya masa berlalu..dah panjang akal dah! Bak kata adik-adik saya, diorang ni macam tweety bird ngan ciken little!


 
 
 Err..same ke?

En. Openg..well, maintain selim melim macam tu jugak (jeles iols okay).. sepanjang stengah tahun lepas dia la yang duk jaga si kembar semasa saya berkursus 6 bulan. Lama ok! Sangat tabah dan sabar. Suami-suami dan bapa-bapa di luar sana, sila contohi ya! Muaahahahaha (gelak bangga)

Saya? Hmmm...dah berisi dah.. Eh, bukan berisi yang 'itu' ye..berisi dengan lemak di sana sini. Konon target nak kuruskan badan time kursus..dah imagine dah surprisekan sang suami dengan penampilan baru yang cun melecun meletopss.. A ah, ye la tu..memang surprise, tapi dengan saiz badan yang bertambah. Waaaaa! Takpa takpa..bawak jadikan azam tahun 2014 pulak! hahahah...

Korang pulak macam mana? ;)


XOXO,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service