Our Journey..

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 3, 2010

Perkahwinan Jarak Jauh..

Perkahwinan jarak jauh jarang berlaku atas kehendak pasangan yang berumahtangga. Lazimnya ia berpunca daripada komitmen kepada kerja seperti doktor, jurutera carigali, guru malah mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kita perlu ingat, manusia dikurniakan oleh Allah kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran hatta dalam situasi yang paling sukar. Justeru, kemampuan seorang suami dan isteri menyesuaikan diri dengan jarak yang memisahkan mereka, tidak harus menjadi satu-satunya penentu kepada baik atau tidaknya PJJ itu.

Perkahwinan ada tujuan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:


“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Room 30: 21]
Rumahtangga adalah tempat manusia mengecap damai. Sakinah dikurniakan Allah apabila seorang suami berada di sisi isteri, dan demikian juga sebaliknya. Inilah faktor terbesar mengapa di zaman Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, beliau membuat polisi tidak membenarkan tentera keluar berperang meninggalkan isterinya lebih daripada empat bulan, atau enam menurut pendapat lain.

Suatu malam, Umar mendengar seorang wanita menyanyikan sebuah syair yang menimbulkan rasa takut yang luar biasa kepada Amir al-Mu’minin:

Malam ini terasa panjang,

Aku dibalut kegelapannya,

Mataku enggan lena,

Tiada teman untuk bersenda,

Demi Allah, jika tidak kerana takutku kepada-Nya,

Bergoncanglah katil ini dari sisi ke sisi!

Umar memanggil wanita itu dan bertanyakan perihal dirinya. Beliau menceritakan keadaan dirinya yang ditinggalkan suami atas misi ketenteraan untuk satu tempoh yang panjang. Mendengar akan hal itu, Umar bertanya kepada anak beliau, Hafsah radhiyallahu ‘anha, yang ketika itu adalah balu kepada Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Soal beliau “berapakah tempoh seorang wanita mampu berpisah dengan suaminya?

Hafsah menjawab, “empat bulan!”

Lalu Umar menetapkan polisi agar tenteranya tidak pergi menyertai misi ketenteraan lebih daripada empat bulan.

Seorang suami yang meninggalkan isteri kerana kekangan kerja, harus untuk meninggalkannya lebih daripada tempoh itu jika isteri memberi restu. Hak yang terbabit adalah hak isteri untuk digauli oleh suaminya. Namun apakah kita secara mudah mengambil pilihan yang paling berisiko itu? Apakah harga yang mampu dibayar atas kehilangan masa-masa yang berharga, tambahan pula jika anak-anak turut terbabit sama.

Isteri mempunyai hak ke atas suami.

Suami mempunyai hak ke atas isteri.

Anak-anak, mudah-mudahan dikurniakan rezeki beroleh anak, juga ada hak ke atas ibu dan bapa.

Kesempurnaan fizikal, mental, emosional, spiritual, memerlukan didikan dengan kombinasi ayah dan ibu. Andai berpisah nyawa, atau talaq sudah membataskannya, tiadalah banyak yang boleh dikata. Namun dengan sengaja membiarkan jarak memisahkan suami dan isteri ketika pilihan yang lebih baik itu ada, falaa yalumanna illa nafsah, yakni janganlah disalahkan sesiapa kecuali dirinya sendiri!

Berusahalah untuk segera kembali bersama.

Di satu sudut yang unik di Malaysia, jururawat yang mahu bekerja di negara Arab, mesti berbincang dengan baik bersama suami. Tempoh kerja mestilah mematuhi perjanjian yang disepakati. Jangan sewenang-wenangnya membiarkan suami di tanah air. Jangan biarkan dirimu selesa dengan perpisahan itu.

Antara keelokan Islam, ia bukan sahaja memuliakan pernikahan, malah tegas menutup pintu-pintu fitnah dan kemusnahan.

Berusahalah!

Sumber darpada: ABU SAIF @ www.saifulislam.com



Alhamdulillah, kami berpisah utk 4 bulan sahaja dan saya akan terbang ke bumi Norwich untuk berjumpa suami tercinta, En. Openg.. :)

Tuesday, November 2, 2010

Orang yang mencintai kamu..

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR Checker

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service